Selasa, 25 Mei 2010

"Bodoh" Wrong Place and Wrong Time

( Biarkan. . .    Biarkan. . . )

Fahami Istilah "Bodoh"

Bodoh/Kebodohan adalah keadaan dan situasi di saat kurangnya pengetahuan terhadap sesuatu informasi bersifat subjektif. Hal ini tidak sama dengan tingkat kecerdasan yang rendah (kedunguan), seperti kualiti intelektual dan tingkatan pendidikan yang dimiliki seseorang. Kata "bodoh" adalah kata sifat yang menggambarkan keadaan di saat seseorang tidak menyedari sesuatu hal, tapi masih memiliki kemampuan untuk memahaminya. Istilah bodoh dapat ditempatkan seperti dalam kalimat "Seseorang memiliki kemahiran dalam matematik, tapi sama sekali bodoh dalam ilmu bahasa." Namun secara umum, kata bodoh sering ditempatkan seperti dalam kalimat "Orang itu bodoh kerana membiarkan hal itu terjadi." Penggunaan istilah bodoh pada contoh kalimat yang kedua tersebut bermakna sebuah ucapan penghinaan yang merendahkan kualiti kecerdasan seseorang, tapi sebenarnya itu tidak tepat dalam hal makna sebenarnya.
Highlightkan Perkataan "Bodoh"

1) Kata "bodoh" adalah kata sifat yang menggambarkan keadaan di saat seseorang tidak menyedari sesuatu hal, tapi masih memiliki kemampuan untuk memahaminya.
2) Sebuah ucapan penghinaan yang merendahkan kualiti kecerdasan seseorang.

"Bodoh" Wrong Place and Wrong Time

Umumnya kepada masyarakat dan khususnya kepada belia dan remaja serta tidak terkecuali kepada pelajar dan kanak kanak kini  salah menafsir perkataan "bodoh". Bukan sahaja salah menafsirkan perkataan ini malah salah penggunaannya dalam istilah ayat tatabahasa. Pastinya tidak menyalahkan mana mana pihak terutamanya para pendidik, guru dan ibu bapa tetapi ianya pernah hangat suatu masa dahulu dan menularnya lebih banyak pengaruh nya dari rakan sebaya. 

Mungkin kalian pernah mendengar perkataan ini:

"Bodohlah kau ni"

"Hoi, petang ni kita main bola bodoh"

Contoh yang dikemukan di atas adalah sebahagian daripadanya dan pelbagai lagi gaya pertuturan yang di pangkal atau di akhrinya di selitkan perkataan "bodoh". Pastilah ini tidak terselit dalam satu bab yang kecil dalam tatabahasa bahasa melayu tetapi inilah realitinya masalah ini menular. Jika hari ini kita baru sedar perkara ini, apa kata kita kalaulah sebagai pelajar, kalaulah kita sebagai bapa dan ibu kepada anak-anak, kalaulah kita sebagai guru atau pendidik kepada anak murid, cuba sekejap kita mendengar pertuturan kawan-kawan kita, pertuturan anak-anak kita dan anak didik kita atau anak murid kita dan bertanya pada diri "adakah ia berlaku di sekeliling kita?" dan bertanya pada diri "apakah harus aku buat? Biarkan? atau Buat tak tahu?".

Dari Pandangan Al-Quran mengenai Kata-Kata

"Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah salam"

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit."

"Pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpaan itu untuk manusia selalu ingat"

"Dan perumpaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun)"

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki"

(Surah Ibrahim : 23-27)

Mungkin kita sudah mula buka mata apabila dua maksud yang dihighlight tadi membawa maksud yang tidak senang di dengar dan pasti kita marah jika itu dilontarkan kepada kita. Kata-kata itu ibarat doa dan jika seandainya perkataan "bodoh" terus bermaharajalela di setiap ayat yang dilontarkan maka buruklah bahasa kita dan usaha untuk memartabakan bahasa kemungkinan terbantut kerana dalam susah payah satu pihak mengangkat tinggi bahasa melayu manakala satu pihak lagi sibuk merojakkannya dan mengubahnya sesuka hati. Juga menjadi kerisauan kita bersama apabila terjadinya seperti perbahasa menyebut "kerana mulut badan binasa".

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik." 

(Hadith Riwayat Sahih Bukhari & Muslim)

Oleh itu, teguhkan perpaduan kita di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat Islam, peka terhadap perkara perkara yang kita anggap ia remeh tapi kesannya mendalam kepada masa depan anak bangsa dan kesan kepada perkembangan kepandaian anak bangsa akan datang.
Wa'Allahu'alam . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular