Selasa, 31 Ogos 2010

Ilmu Tambahan + + + (Masih Kekal, Tidak Berubah)


" Jangan lihat siapa yang menyampaikan tapi lihat apa yang disampaikan "


Kekadang, kita sebenarnya confuis.. Kenapa? Ada yang kata bila aku belajar dalam bidang ini maka apa yang aku perlu ambil tahu hanya di dalam bidang aku sahaja lantas golongan ini cetek ilmu dari segi bidang lain. Misal kata dia kini seorang pelajar pengurusan maka bidang lain dia tak tumpu sangat. Cukup baginya hanya bidang pengurusannya..

Bagaimana paradigma kita apabila kita terpaksa hidup bergantung kepada orang? Mesti tertanya bagaimana tu? Macam ni, kekadang yalah kitakan hidup saling bantu membantu tapi kekadang kita banyak bantu  daripada meminta bantuan. Jadi, soal ikhlas dalam ini boleh dipersoalkan ke? Ikhlas itu milik Allah dan disandarkan pada manusia. Jadi kita yang timbul dalam hati kita sama ada kita ikhlas atau tidak. Tapi andai kata kita bersusah payah menolong seseorang? Ikhlas ke tidak tu? Penulis tinggalkan persoalan ini untuk di fikir.

Pengurusan yang Mengurus
Yeah, subjek pengurasan menang sem ni.. Subjek pengurusan lebih banyak dari subjek agama. Itu yang kekadang nak mengeluh tu.. Sebenar tak baik mengeluh ni.. Bukan ke Allah pesan, Dia tak akan bebankan apa yang hamba-Nya tak mampu tanggung.. Jadi buat Ana pengurusan, pengurusanlah. No problemente.. Hehe.. Asalkan hidup tidak mengeluh.. Walaupun belajar pengurusan tapi tak bermakna dah sekular dah.. Jadikan pengurusan itu pengurusan untuk mengurus hal-hal yang melibatkan etika dan adab. Bukan ke Islam menganjurkan kita beretika dan berada. Justeru, itu mengurus atau pengurus adalah penting bagi mendisiplinkan kita dan melancarkan aktiviti seharian kita.

P/S : Walaupun pengurusan meliputi hampir keseluruhan sem ini namun tunjang akidah tidak akan dipadam.. Teruskan berjuang.. Takbir!!! Allahuakbar!!

Ahad, 29 Ogos 2010

Sifat Bersangka baik Bermula Dari Diri Sendiri (Siri II )


Sambungan Siri I . . .

 Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk sentiasa bersanga baik sesama Insan :

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinlah bahawa dia lebih baik daripada kamu. Ucapkanlah dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah S.W.T. jauh lebih baik dan lebih mulia"

2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah S.W.T, sedangkan aku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku."

3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Dia telah beribadah kepada Allah S.W.T jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku."

4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak aku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak aku capai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku"

5) Jika bertemu dengan orang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku."

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk."

Demikianlah antara nasihat yang dititipkan oleh seorang ulama yang masyhur yang disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam yang baik. 

Rabu, 25 Ogos 2010

Kembalikan Nostagia Mengirim Kad Raya


(Koleksi Kad Raya Zaman Sekolah Dulu)

Assalamualaikum w.b.r... (hehe..)

Selamat berpuasa semua. Dah masuk 15 hari terakhir dah. Sampai ada yang kata dah masuk fasa kedua dah puasa. Dan kalau solat terawih tu dah kene serta qunut dah dalam solat witir pada rakaat ketiga tu. Dan di bulan puasa ni ramai yang gemar beli di bazaar ramadhan yalah ibu ibu kita di rumah tiada idea dah masak dirumah.. Sudah hampir semua hidangan dan masakan sudah di masak di rumah.. (Maaf Ibu ibu.. Ampun)

Kembalikan Nostagia Kad Raya.. Seronok sebenarnya menerima sesuatu daripada seseorang. Tak kisahlah daripada keluarga (ibu bapa & Adik adik), kawan, sahabat atau pun orang yang kita sayang. Tak kisahlah, sesuatu yang kita dapat itu kecil ke besar atau sebagainya yang pasti kita akan rasa dihargai dan dalam masa yang sama kita menghargai si pemberi dan kita sentiasa mengenang nostagia lalu.

SMS VS Kad Raya

Bagaimana? Siapa menang? Hehe.. Yang mana lebih terlekat di hati. Bagi saya peribadinya memilih kad raya kerana ia lebih berharga dan lebih bernilai walaupun agar payah memilikinya. Lagipun, sedekahlah sikit duit anda beli stamp untuk gaji si posmen. Posmen pun ada anak bini jadi posmen pun seorang bapa yang nak menyara keluarganya.. (Hehe.. Betulkan?

Hehe.. Apakah nastogia anda yang berkaitan dengan kad raya? Sukar untuk mendapatkan alamat rumah untuk mengirim kad raya? Malu untuk sampaikan melalui tangan kad raya Anda? Berkorbanlah sikit demi mengeratkan hubungan silaturrahim.. Selamat berpuasa dan menulis kad raya.. Hehe..


P/s : Insya-Allah sahabat dan  sahabiah.. Ana akan kirim kan kad raya buat sahabat dan sahabiah yang rapat dengan Ana.. Nantikan ea??

Wa'Allahualam .. Salam... 

Sifat Bersangka baik Bermula Dari Diri Sendiri (Siri I )

Firman Allah S.W.T :

"Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian besar sangkaan itu berdosa. Dan jangan kamu mengintip dan jangan kamu mengumpat setengah kamu kepada setengah yang lain."
(Surah Al -Hujurat ayat 12)

Para pembaca sekalian,

Hanya Allah Ta'ala sahaja tahu siapakah yang bakal menduduki syurganya. Bukan kita. Kita bukan penentu atau orang yang selayaknya untuk menghukum sama ada seorang itu baik atau buruk. Ingatlah, tidak semestinya orang jahat di mata kita itu juga jahat di sisi Allah. Sebaliknya pula, tidak semestinya orang yang baik di mata kita itu mulia di sisi Allah Ta'ala.

Ingatkah kita kisah Imam Barsisa, dia pada awalnya menjadi ulama yang disanjung tetapi diakhirnya mati direjam kerana berzina. Begitu juga kisah lelaki yang membunuh genap 100 orang, akhirnya mati dalam perjalanan untuk bertaubat dan di masukkan ke dalam syurga. Dunia bukanlah tempat mengukur baik dan buruk seseorang. Dunia adalah tempat bekerja dan beramal. Justeru itu, hati perlu dibuang daripada label isme, prejudis, sikap mengutuk, sikap menghukum dan sebagainya. Sebaliknya, kita amat perlu bersifat keterbukaan, kesediaan menerima dan bersangka baik sesama makhluk.

Bersangka Baik Sifat Rasulullah 

Sifat berbaik sangka ini adalah sifat Rasulullah. Dengan sifat ini ramai yang terpesona akan baginda dan menjadi asbab ramai yang mengikuti agama yang dibawanya. Pernah suatu ketika seorang lelaki bernama Buraidah datang dan kedatangannya bertujuan menangkap baginda. Sewaktu itu baginda sedang bersama Saidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Sebaik sahaja tiba lelaki itu berdiri dihadapannya, maka baginda bertanya, " Siapakah nama kamu?" Jawab lelaki itu, "Aku Buraidah". Maksud nama Buraidah ialah berasal daripada perkataan bard iaitu bererti sejuk.

Lalu baginda berkata, "Alhamdulillah wahai Abu Bakar, kita berada dalam kesejukan yang nyaman." Lalu Rasulullah s.a.w bertanya lagi, " dari daerah manakah asal kamu? " Lalu Buraidah menjawab, "dari daerah Aslam.". Aslam membawa maksud telah diselamatkan. Baginda lantas berkata, "Alhamdulillah, wahai Abu Bakar hari ini kita telah pun diselamatkan oleh kehadiran tetamu kita yang mendamaikan." Akhirnya dengan sikap bersangka baik Rasulullah ini menyebabkan Buraidah malu untuk meneruskan niatnya menangkap baginda.

Lihat bagaimana hebatnya kuasa bersangka baik itu sehingga boleh merubah keputusan dan niat seseorang di sekeliling kita. Jika kita mempunyai daya pemikiran positif yang kuat serta mampu dijelmakan dalam perkataan, wajah dan gerak geri kita, pasti ia akan memberi impak yang besar dalam usaha mengajak manusia ke jalan Allah.. Insya-Allah.

Akan bersambung di siri II..

Sabtu, 21 Ogos 2010

Go-A-Head-Do-A-Stunts


Aku terpaksa akur
Itu yang sudah tertulis buatku

Huhhh, penatnya 5 pancainderaku
Ku mahu ke-5 nya tenang dan rehat bersamaku

Otakku termengah mengah semput
Go A Head katanya.. Apakah daya..
Ku tak mampu.. Katanya lagi, Go A Head..

Aku fikir dia tak faham melayu kott (ngee~)
Aku berbahasa orang puteh i can't.

Dia tanya lagi Why
Aku jawab dalam bahasa Orang Puteh lagi Why me

Dia kata sambil berbisik You are the choosen!!! 
Mungkin benar katanya..  Aku terpilih.. 

Dalam hatiku meluah sendiri..
Aku terpilih sebagai bakal Daei..
Dia mencelah tajam ~ Go A Head Do A Stunts 

May Allah blessing Me!!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bangsaku Jangan Cemarkan Bulan Ramadhan


 (Gambar Hiasan )
Bazaar Maksiat

Pasti ada yang marah.. Wooi, asal pulak bazaar Maksiat?? Bukan Bazaar Ramadhan.. Sesuki hati kau je pi tambah tamboh.. Sab0r, bowo tene adik, abe, akok, mok cik dan pok cik weii.. Dengor dulu hambo nok citer ni weii, tene tene gok.. Gitu ar.. Siang tadi sempat poyeii ke bazaar bersama pekerja Abi bagi membeli beberapa jenis juadah berbuka. Lewat dah masa tu. Tengok jam kejap. (Pukul berapa datuk harimau) Pukul 6.13 detik tu. Penuh orang, berhimpit dan macam ikan sardin arr sen0ng n0k khab0r.

Yang tak sedap mata memandang dan hati merasa ialah sampai ada yang berebut rebut membeli makanan. Innalillah.. Lapar sangat ke? Rezeki tak larilah.. Kalau banyak mana pun kita beli, sesedap mana pun makan yang kita beli kalau Allah tak izinkan kita merasai nikmat kesedapan makanan tersebut maka kita dikalangan orang yang rugi dan malu kepada Allah. Yang berebut tu pula ada yang bertudung, tak bertudung dan ada yang lelaki berebut dengan perempuan pun ada. Nauzubillah ~~

Ramadhan tak ramadhan sama jer.. Bazaar dah jadi pasar malam.. Dengan riuhnya penjual teriak mencari pelangan dan dengan sakit matanya melihat pasangan-pasangan kononnya membeli juadah berbuka tapi siap pegang tangan, aurat tak tutupnya, yang bertudung pun selambe ye ye je pegang tangan si lelaki, yang macam tak cukup kain pun ada. Masa berada dalam suasana ini, jujur kata mood nak membeli tak ada dah. Sesedap mana makan yang dihidang depan mata pun tak lalu nak beli apa lagi nak makan. Inilah tika bazaar ditambah maksiat di dalamnya.

Tambah Tradisi pra - Maksiat Baru (Oh tidak..)


Bukan niat nak mengajar mana mana pihak sebenarnya. Cukuplah dengan berleluasanya  orang yang tak puasa walaupun dalam Ic dia trang tang tang menunjukkan dia Islam. Dan kini tradisi pra-maksiat terbaru ialah umat Islam berbuka puasa di padang. Ini berlaku berleluasa di tempat Ana. Selepas balik bazaar tadi lalulah di kawasan padang ni dan yang tak sukanya ada pula pasangan bukan muhrim berbuka puasa bersama seakan-akan berbahagialah konon di samping rasa tak malunya duduk berdua duaan walaupun di sekelilingnya ada keluarga yang berderet anak anaknya ampai tikar mahu berbuka puasa . Tradisi kita ceduk mana ni? Tiada rumah ke? Yang couple tu pula puasa setakat tahan lapar dan dahaga je ke? Harap haraplah ada pihak berwajib yang dapat bentaras perkara ni sebelum bertambah parah pula.

P/S : Minta tolong banyak banyak.. Bann teee rasss cepat!!!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Macam Macam (Apakah Ragam Anda?)


Banyak Orang Banyak Ragam

Hehe, kononlah.. Semakin ramai manusia semakin pelbagai ragam tercipta. Bukan kesenian tercipta tau tapi ragam tercipta. " Rambut je sama hitam tapi hati lain-lain". Benar tu dan tiada penafian yang harus di buat. Meh tengok contoh sikit. Dah masuk 4 hari puasa, ada tak kamu kamu ke bazar? Mesto ada punya. Beli apa di bazar? Lain lain makanan kan kita beli? Banyak tak ragam makan kita? Bila time berbuka mulalah sendat perut, makanan tak habis pastu membaziar..(Tak berniat nak cakap hal ini.. treettt..)

Banyak Ragam Solat Jemaah ( Anda? )

Golongan dan ragam ini first class. Itulah ia yang pertama. Golongan ini sentiasa hatinya di masjid. Mereka akan hadir solat berjemaah lima waktu sehari semalam, solat sunnat rawatib serta tahayatul masjid dan apabila tibanya ramadhan mereka tambahkan dengan solat terawih. Dan misal kata jika berakhirnya ramadhan golongan ini tetap mengimarahkan masjid. Golongan ini termasuk dalam 7 golongan di naungi arasy Allah di padang masyar nanti.. Alhamdulillah..

Golongan dan ragam ini jatuh pada tangga kedua. Golongan ini hanya kalau kebiasaannya hanya solat jemaah isyak dan subuh kerana ada hadith yang mengatakan seolah olah dia solat semalaman suntuk. Golongan ini juga rajin solat terawih. Dan jika ramadhan telah berlalu maka golongan ini tetap mengerjakan solat Isyak dan Subuh berjamaah disamping solat sunnat rawatib dan tahayatul masjid.

  Golongan Terakhir ini pula hanya waktu solat terawih je bayangnya nampak. Time solat lima waktu jemaahnya tidaklah hanya solat di rumah sahaja. Jika ada salah satu solat lima waktu yang golongan ini berada dalam jemaah  maka ianya waktu waktu yang terpilih sahaja.


P/S : Anda dalam golongan mana? Buat Pria semua solat Jumaat janganlah tinggal ea? janganlah malas. Terutamanya buat golongan ketiga. Kalaulah tiada solat Jumaat maka sesatlah kita. Masjid pun tak mahu pergi..

Isnin, 9 Ogos 2010

:: Nukilan Rahsia Yang Terdedah ::


Nukilan ini mungkin rahsia. Namun suka untukku dedahkan bahawa hangatnya kasihku pada seorang yang ku panggil mama. Rindu sangat rasanya pada insan ini.  Insan yang dia tercipta untuk melahirkanku di muka bumi. Insan yang aku rasa selamat dengannya . Mungkin aku seorang yang agak manja. Benar tu, tidak dinafikan namum tiada salah yang boleh dihukum pada mana mana makamah pun jika rinduku pada mamaku sentiasa dirasai di kalbu.

Cerita Anak Manja

Aku rasa bangga bila orang kata  " Shah, kau ni anak mak arr.. " Betul tu, saya anak mak. Tanpa Mak tiadalah saya dilahirkan di dunia. Tanpa Mak tak lahir perjuangan dan bakal perjuang yang menegakkan agama Islam hatta Rasulullah juga lahir dari rahim seorang ibu cuma Rasulullah di uji dengan menjadi yatim piatu pada usia yang sangat muda. Rasulullah kehilangan ayahanda (Abdullah) sebelum Nabi lahir lagi dan kehilangan ibunda (Aminah) selepas di lahirkan beberapa tahun. Walaupun Nabi Muhammad yatim paitu namun Rasullah tahu menghargai seorang ibu.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu. 

Berbalik kepada "cerita anak manja". Walaupun aku dikirakan beruntung kerana walaupun berjauhan dengan mamaku dengan jarak yang tak sampai 9 km namun rinduku pada mamaku sentiasa mendatangiku dan setiap kali ia hadir ingin aku pulang memeluk mamaku dan mencium pipinya. Walaupun aku dulu agak nakal, ada juga melawan cakap mamaku, serba tak kena apa bila mamaku menegur salahku, suka membantah kata dia namun kasih sayangnya padaku kekadang aku rasa lebih daripada adik beradik lain walaupun aku sudah boleh dikatakan sudah layak menjadi bapa. (Hahahaha). Terbongkar sudah rahsianya aku anak yang manja..

Sedikit Nasihat Buat Bakal Zaujahku 

Buat bakal zaujahku (Tiada calon pun), aku berpesan padamu. Jika kau menikah denganku maka kau juga menikah dengan keluargaku dan juga bergitu aku menikah denganmu maka aku juga menikah dengan keluargamu. Maksudnya, aku juga bertanggungjawab mendidik keluargamu dan menyanyangi keluargamu. Bukan hanya aku sayang kamu namun aku juga kene sayang keluargamu dan begitu juga kamu. Jadi, bakal zaujahku. Aku pilih kamu berdasarkan bagaimana hubunganmu dengan mamaku. Aku anak yang patuh dan aku anak mama. Aku akan memilih calon zaujahku berdasarkan hubunganya dengan keluargaku dan mamaku dan semestinya mamaku bukan seorang yang cerewet. Dia menyuruhku memilih dan memperkenalkan kepadanya. Pernahku memberitahu kepadanya yang bahawa aku ingin seorang Isteri yang boleh membantu kerja "daeiku" dan menutup segala kesedihanku sepanjang aku hidup. Bermakna dialah segala-gala buatku. Dialah Isteri buatku, mama, buat anak-anakku akan datang, kakak dan kawan, sahabat serta teman buatku, dialah perjuang yang berjuang bersamaku dan dialah terbaik menjaga mama dan Abahku di hujung usia mereka. Insya-Allah.. Insan ini akan hadir dan aku mendoakan dia hadir pada tepat masanya apabila semuanya telah aku kecapi. Insya-Allah...

Khamis, 5 Ogos 2010

:: Sampaiku Menutup Mata ::


Betulkah kata orang ? Rumah Tangga Mana Yang Tak Di Timpa Badai dan Ombak. Rumah Tangga pasangan mana yang tak pernah beralun kencang.. Itulah dugaan berumah tangga meski pun permulaannya semuanya baik dan teratur. Ujian dan dugaan ini semuanya hak Allah dan juga kebahagiaan dan kesenangan semuanya hak Allah. Namun kekadang mereka tidak faham, mereka tidak sedar apa yang mereka miliki lantas mereka kurang hargai apa yang sudah ada di depan mata malah apabila sudah kehilangan maka mulalah mengenang air mata tanda penyesalan yang di saat itu sudah tidak ada makna.

Benarkah mencari pasangan hidup bukan mudah?

Entahlah.. Ada yang kata ia sukar namun setengahnya ia mudah. Bagi penulis, penulis hanya kata tidak tahu. Kerana penulis sendiri belum bernikah dan penulis sendiri belum jumpa jodoh. Mungkin belum masanya lagi. Tapi pengalaman dalam menilai kehidupan orang yang berpasangan sama ada pada waktu mudanya mereka sudah menikah dan juga ada yang walaupun sudah sedikit berusia tapi masih belum bertemu jodoh dan berjumpa dengan pasangan yang dikatakan boleh sama sama mendirikan masjid yang bahagia. 

Kekadang mencari pasangan hidup ini senang. Bayangkan bila kita sudah jatuh suka pada seseorang yang niatnya untuk dijadikan pasangan hidup tetapi terpaksa relakan pemergiaannya kerana sudah tertulis dirinya bukan untuk kita dan mungkin Allah datangkan yang lebih baik. Selalu dan kebiasaannya itu yang kita baik sangka terhadap Allah dan kita harapkan namun apabila saat itu sudah berlalu kita kembali mencari seseorang yang pantas buat kita namun ianya bukan senang kerana kemungkinan belum ada jodoh yang sesuai buat kita.

Cita Cita dan Jodoh

Bagiku cita cita perlu didahulukan daripada jodoh. Manusia perlu berusaha untuk kedua-duanya sama ada cita-cita dan jodoh. Bagiku perihal jodoh manusia kene serah lebih kepada Allah agar dia tidak rasa kecewa serta dapat mendahului cita-cita daripada selainnya. Penulis juga ada cita cita dan semua orang ada cita cita namun apa yang dicitanya berbeza - beza dan tidak serupa. Tapi yang pasti penulis pasti cara mencapai cita-cita itu tidak lari daripada kesibukan, cemas, penat dan ada yang menangis kerana gagal namun orang yang cerdik melihat kegagalan itu sebagai salah satu langkah permulaan dia untuk berjaya.

Jodoh kemudian, sebelumnya fitrah. Cinta selepas nikah pada zaman ini sudah susah nak dijumpai. Bukan mengharapkan harus ada cinta sebelum nikah tapi suasana zaman sekarang ini lebih perlu mengenali dahulu orang yang nak dijadikan pasangan hidup sekurang kurangnya kenal latar belakangnya dan keturunannya. Penulis sebenarnya tidak layak bercakap tentang mencari pasangan hidup ini tapi apa yang penulis cuba ketengahkan adalah dahulukan cita-cita terutamanya wanita. Dahulukan cita-cita dan membalas jasa kedua ibu bapa sementara ada peluang.

Buat Wanita Ku Berpesan

Penulis bukanlah orang perlu didengari nasihatnya tapi ambillah ia sebagai pesanan dan ingatan. Wanita itu syurganya di bawah tapak kaki ibu apabila dia belum bernikah dan selepas dia bernikah maka syurganya di bawah tapak kaki suami. Selagi syurga seorang wanita itu di bawah syurga ibu maka wanita harus sedar ianya bukan mudah. Penulis menasihati wanita agar dahulukan cita cita agar dengan cita cita itu wanita boleh capai apa yang dicita kerana dengan citanya, dengan diploma dan ijazahnya bakal dijanjikan pekerjaan yang mampu membalas jasa ibu bapanya. Bukanlah itu impian wanita masa mudanya?  

Pernah dengar tak? "Wanita itu walaupun tinggi mana belajarnya tetap juga tempatnya di dapur". Ini bukan sindiran malah sebenarnya ia menjadi penguat semangat buat wanita. Dengan cita-cita dan dengan titik usaha mencapai ilmu yang bentuknya diploma da ijazah malah Master dan Phd. itu maka jika sudah mencapainya maka senanglah untuk membalas jasa ibu bapa dan jika benar tempat wanita itu di dapur (Suri Rumah Tangga) maka jadilah wanita yang berada di dapur itu biarlah memenggang kelulusan yang melayakkan ia bekerja di kemudian hari. Seperti pada mulanya penulis menulis yang rumah tangga mana yang tak ditimpa badai makan misal kata berlaku perkara yang Allah benci yakni cerai maka wanita yang di dapur tadi yakni yang memenggang kelulusan yang melayakkan ia bekerja mampu meneruskan hidupnya walaupun bakal digelar ibu tunggal namun berjaya mengalasi kehidupannya dengan citanya yang di kecapi.

Maaf, jika penulis ada salah dan silap..

Rabu, 4 Ogos 2010

Jum Pakat Pakat Mai


Julung kali di adakan di KIPSAS :

Aktiviti-aktivi yang menarik di sediakan seperti :
1) Jualan Buku oleh pengedar buku seperti PTS, Alaf 21, Creative Enterprise dan banyak lagi.

2) Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

3) Lakonan drama dan penyampaian sajak serta puisi. 

4)  Persembahan nasyid dan pertandingan bercerita

5) Dan macam macam lagi...


MOh pakat pakat mai boh!!!!

Ahad, 1 Ogos 2010

Penantianku Bukan Sia Sia ( Selamat Datang)


Betulkah kata manusia, penantian itu satu penyeksaan? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Jika kita menanti sesuatu yang tidak pasti maka penantian itu memang sah sia sia dan jika kita menanti sesuatu yang bakal berlaku maka dengan izin Allah (Insya-Allah) ianya akan menjadi penantian anda satu kenyataan. Menurutku semua orang sedang menanti, cuma yang bezanya apa yang dinanti.

Bayangkan kekadang penantian yang kita nanti sememangnya lama tapi apabila ia datang maka kitalah orang yang paling gembira untuk menyambutnya. Keluarga si nelayan pasti menunggu lama kepulangan  si nelayan, mungkin berbulan, berminggu mahu pun berhari. Juga seorang pemenggang diploma menunggu panggilan tawaran untuk melanjutkan ke peringkat ijazah dan (Insya-Allah) itulah diriku beberapa bulan lagi dari hari ini. 
PenantianKu Bukan Sia Sia

Ia hampir datang.. Sukanya kurasa.. Dah tak sabar berada dalamnya.. Inginku dakapnya.. Kalau dihitung kurang dari 2 minggu lagi.. Inginku berada dengannya 24 jam tanpa henti walaupun had limitnya hanya 30 hari yakni sebulan. Walaupun sekali hanya setahun. Ku menanti dengan sabar tanpa mengeluh dan kali ini  (Insya-Allah) aku akan bertemu dengannya lagi.. Hari hari sebelumnya apabila ku merasainya kurasakan ianya berbeza sedikit dengannya.. Syukurku apabila bila tiba masanya ku dapat "dating" dengannya. Berdua-duaan tanpa had limit, bila bila masa dan di mana saja.. Sukanya..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular