Ahad, 1 Ogos 2010

Penantianku Bukan Sia Sia ( Selamat Datang)


Betulkah kata manusia, penantian itu satu penyeksaan? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Jika kita menanti sesuatu yang tidak pasti maka penantian itu memang sah sia sia dan jika kita menanti sesuatu yang bakal berlaku maka dengan izin Allah (Insya-Allah) ianya akan menjadi penantian anda satu kenyataan. Menurutku semua orang sedang menanti, cuma yang bezanya apa yang dinanti.

Bayangkan kekadang penantian yang kita nanti sememangnya lama tapi apabila ia datang maka kitalah orang yang paling gembira untuk menyambutnya. Keluarga si nelayan pasti menunggu lama kepulangan  si nelayan, mungkin berbulan, berminggu mahu pun berhari. Juga seorang pemenggang diploma menunggu panggilan tawaran untuk melanjutkan ke peringkat ijazah dan (Insya-Allah) itulah diriku beberapa bulan lagi dari hari ini. 
PenantianKu Bukan Sia Sia

Ia hampir datang.. Sukanya kurasa.. Dah tak sabar berada dalamnya.. Inginku dakapnya.. Kalau dihitung kurang dari 2 minggu lagi.. Inginku berada dengannya 24 jam tanpa henti walaupun had limitnya hanya 30 hari yakni sebulan. Walaupun sekali hanya setahun. Ku menanti dengan sabar tanpa mengeluh dan kali ini  (Insya-Allah) aku akan bertemu dengannya lagi.. Hari hari sebelumnya apabila ku merasainya kurasakan ianya berbeza sedikit dengannya.. Syukurku apabila bila tiba masanya ku dapat "dating" dengannya. Berdua-duaan tanpa had limit, bila bila masa dan di mana saja.. Sukanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular