Jumaat, 27 April 2012

Teratak Impian Acuan Anda

Pesan para Malaikat kepada Maryam :

Wahai Maryam, Taatilah Rabbmu ( Tuhanmu ), SUJUD dan RUKUKlah bersama orang2 yang rukuk... surah ali-imran ayat 43...

:: Mahu menjadi wanita SOLEHA,,,contohilah Maryam,,,mentaati Allah, banyak sujud dan rukuknya....Allahurabbi...wahai para wanita usaha jadi seperti Maryam...♥
 

Bagi yg sudah bernikah pernah tak menutup malam dengar surah al-mulk bersama isteri? Pernah tak mengaji dan sujud buatnya tika dia 'tidak boleh' ? Ana percaya wanita solehah dia tidak mengeluh apabila Allah anugerahkan 'kerehatan' yang kekadang melemahkan dan menyakitkan mereka. Malah, ada wanita solehah rindu akan sujud dan mengaji Al-Quran seperti kebiasaan yang dilakukkan.



Kita sebagai pelengkap diri mereka tidak ada salahnya mengubat kerinduaan pasangan kita dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran dan solat dihadapannya walaupun solat sunat agar kerinduaan dia pada aktiviti mengaji dan bersujud terubat apabila dia 'tidak boleh'.. Insya-Allah.. Bina keluarga sakinah, mawardah dan warrahmah...

P/s : Suatu masa nanti, Tak 'owesome' lah bila lelaki lebih faham aurat wanita daripada wanita itu sendiri pabila melihat keadaan zaman sekarang ni..

Selasa, 24 April 2012

Bila Mana Di Kita Sebut Masjid


Haruslah... Sebuah Masjid IPTA Islam sepatutnya ramai jemaahnya di kalangan pelajar namun setengah saf sahaja yg ada.. Haruslah... Dipuji imam yg sebelum solat pastikan satu persatu saf lurus dan rapat.. :))

Kucuba sampaikan walaupun satu ayat... Insya-Allah..


Isnin, 23 April 2012

Berilah Lebih + + + + + +

 



Ada di antara kita ambil makanan tambahan seperti vitamin atau sebagainya untuk tenaga dan kesihatan yg cergas.. Bagus, Allah suka kita ikhtiar.. Tapi berapa ramai tiap hari dia lakukan /ambil 'makanan rohani tambahan' dalam menambah ketaatan dan syukur kepada Allah? Ayuh, fikirkan 'makanan rohani tambahan' yg kita perlukan.. Jika sudah ada jawapannya maka usah beritahu saya malah laksanakannya secara sedikit namun istiqomah... :)) Saya percaya anda mampu =)
 
Jangan tunggu lama kerana ???
 
Setiap yg hidup pasti merasai mati (Meninggal dunia) Takziah buat Sahabat Karib Ana (Ahmad Shahir Al-Muallij) ayahnyabaru sahaja meninggal dunia pada pukul 8.15 malam td, harap sahabat boleh doakan semoga Jenazah Ayah saya di ampunkan Allah & dicucuri Rahmat ke atasnya...(T_T)

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.... 

Ahad, 22 April 2012

Melihat Yang Semalam

 

Jum Naik Setapak Demi Setapak

Nak tangga berapa kaki? 8 kaki ke? 12 kaki ke? Sesungguhnya tangga tidak dibilang berapa kaki kerana tangga tiada kaki, tangga dibilang dengan anak.. Orang tidak tanya berapa kaki tangga, orang tanya berapa anak tangga.. Huwwaaa.. *Saje muqqadimah..


Dulu hingga kini kita mendengar ini :

"Hari ini lebih baik daripada semalam"

Betul kata anda, silalah jadi macam tu kerana hari ini "Hari ini lebih baik daripada semalam" ini hanya orang yang rasa semalam dia teruk dan hari ini dia rasa baik sikit. Ataupun semalam dia kurang bantu orang, hari ini dia banyak bantu orang. Juga semalam ibadahnya kurang, hari ini lebih baik dan kualiti..

 
 Luncur dengan lajunya

Best best luncur dengan lajunya.. Bagi yang semalamnya lebih baik pada hari ini, Ana berpesan :-
 
"Jika waktu dulu kau lebih baik, lebih beriman dan lebih dekat dengan Allah, maka jangan segan kembali pada waktu dulu. Benar, hari ini lebih baik dari semalam, tapi jadilah seperti semalam jika semalam kamu lebih dekat kepada Allah lebih dari hari ini." :))

Jumaat, 20 April 2012

Kita Tak Mahu Jadi 'Mayor' ??

 
 Gapo dia pulop ni? 

Mace mace mu ni. Buleh tubek mace mace, benda gok 'MAYOR' tu?

In many countries, a Mayor (from the Latin māior, meaning "greater") is the highest ranking officer in the municipal government of a town or a large urban city.
 
In many municipal systems the mayor serves as chief executive officer and/or ceremonial official of many types of municipalities. Worldwide, there is a wide variance in local laws and customs regarding the powers and responsibilities of a mayor, as well as the means by which a mayor is elected or otherwise mandated.

Dop pahe, dop pahe...

Bace ni pulok...

Mayor ialah Datuk bandar merupakan pegawai tertinggi atau ketua pentadbiran di sesebuah bandar atau bandar raya.
 
Ala ciput je? hahaha
 
Saya dapat idea tulis blog ni (entry kali ini ) dari satu applikasi yang dikenali sebagai 4square @ Foursquare bukan empat petak jauh sekali Spongebob seluar petak.. Hik hik hik..

* Saje je saya kuningkan tu.. Lihat ------>

Inilah foursquare

Saya terfikir, saya fikir lagi. Pasti ada tanya apa kaitan? Nak suruh jadi datuk bandar ke? Tak.. Saya nak buka mata semua.. Saya masih hairan kenapa orang melayu kita tidak maju? Bagi saya pendapat peribadinya ialah :
 
1) Masih bergantung kepada bangsa lain
 
2) Masih tidak berfukur di luar kotak
 
3) Gagal menghayati kata Rasulullah 90% peratus rezeki itu datangnya daripada perniagaan.
 
4) Jika jadi tuan punya perniagaan tiada sifat majikan berjiwakan kuli
 
5) Jumud dan tak sokong bangsa sendiri
 
6) Takut ambil risiko.
 
7) Tidak percaya dan tidak yakin pada diri.
 
8) Berfikiran negetif terhadap bangsa sendiri.
 
9) Berkata buruk dan negetif terhadap perniagaan bangsa sendiri
 
Ini yang perlu ubah. Bangsa lain tidak sifat macam ni.. Mereka mengamalkan sifat 'makan besar'. Bila ada perniagaan mereka tak mementingkan diri, malah mereka ajak dan turun temurunkan perniagaan mereka..
 
Ketika mereka sedang memonopoli perniagaan di negara kita sendiri.. Kitaa sibuk bertelingkah pasal ke maslahatan yang berlaku.. Renunglah...


Rabu, 18 April 2012

Apa Yang Boleh Kita Buat Ialah Bersyukur


Dulu nak itu, minta ini, mahu yg tu, harapkan yg mcm ini. Sekarang dah dapat itu, ini, yg tu dan mcm ni. Maka yg semua itu perlu satu sahaja yakni berterima kasih pada Allah (bersyukur). Manusia ( mcm saya dan kamu semua ) ni kadang kadang cepat lupa, cepat alpha, cepat leka dan cepat seronok bila dapat nikmat tapi lupa, alpha dan leka nak syukur. 

Kalau kita berjalan, kita melihat suasana persekitaran kita, mata yang melihat ni rasa tak percaya, rasa naif sangat apabila melihat manusia (mungkin kita pun sama) kurang sedar nikmat Islam, nikmat Iman dan nikmat tubuh badan dahulu perlu disyukuri. Dalam sehari (24 jam) dalam setahun 365 hari ( 8,760 jam) bersamaan 525,600 minit dan berapa saatkah? Benar 31,536,000 saat.. Nah, nak main dgn nombor sangat.. Setahun tu kalau umur dah 22 darab dengan 31,536,000 jadi berapa? kiralah sendiri..

Allah pesan selalu dalam surah Ar-Rahman berbunyi "Dan nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu ingin dustakan?" Dustakan maknanya apa? Dustakan maknanya tidak bersyukur dan ambil remeh tentang apa Allah dah beri.. 

Ingatlah, Dia boleh tarik bila bila masa.. Dia tarik tanpa lambat sesat dan cepat sesaat.. Sebelum Dia ambil balik moh, kita sama sama menyukuri nikmat Allah berikan.. Belum, maka mulai sekarang sebutlah Alhamdulillah.. :))

Selasa, 10 April 2012

Bila Perut 'Main Tepuk Amai Amai'

Ini yang buat perut "main tepuk amai amai ni"

Rasanya tak ramai suka roti. Mungkin tak mengenyangkan kot..Menurut kajian, roti mengandungi lebih banyak karbohidrat, protin, kalsium dan besi berbanding dengan nasi putih yang kita selalu makan. Kini dipasaran terdapat pelbagai jenis roti yang boleh menjadi pilihan. Dan pastinya kita semua mempunyai roti kegemaran yang tersendiri.

Adeii, bunyi keroncang buat orang bernama Ana ke? hehe.. Ada orang bila tayang makan dia tetiba lapar.. Sebenarnya nak beritahu, ada yang kata dia diet tapi tak makan langsung.. Sian, dia tak faham.. Nasi dia tolak.. Dia ambil tali ikat perut.. Sebenarnya diet itu bukan bermakna tak makan langsung tapi ambil nasi tapi kuantiti yg sedikit.. Dan ada yang diet hanya makan roti sahaja.. Bagus roti ni memberi tenaga yang cepat..

Sebenarnya tak perlu diet ni.. Cuma ikut pesan Rasulullah, Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.. Itu petuanya, ramai yang ikut nafsu.. Makan bila lapar, bila diajak makan juga, bila kenyang rasa mulut nak kunyah makan lagi.. Adooii, macam mana tu? Ramai juga gagal yang minum air dengan bernafas dengannya.. Bagaimana tu? Rasulullah ajar satu teguk satu nafas. Banyak kita langgar ajaran Rasulullah.. Itu belum lagi makan berdiri, perut tu yang mana datang rezekinya, halal atau tidak.. Itu kena perihatin..

Kalau ada cakap, jaga mata, ramai boleh buat, jaga mulut, ramai boleh lakukan, jika kata jaga telinga, juga orang boleh laksana, Tapi jaga perut ramai yang gagal sebenarnya...

Sabtu, 7 April 2012

Fenomena 'Untunglaaaa' Berterusan

Assalamualaikum..

Baik hari ni mulakan dengan salam..

Berita baik esok Ana dengan kembar Ana (Suhaila Binti Jamiluddin) akan bertunang di Gelang Patah, Johor Bharu di rumah Ayahnya.. Alhamdulillah, maju setapak lagi kembar Ana.. Dia adalah pelajar Universiti Yarmouk, Jordon dan bakal incek tunang dan bakal suami dia juga orang sana.. Sanah helwah dan Barakallah ea kembar Ana.. Doaku mengiringimu..

Berita baik lagi, sahabat Ana Syariaz Maskur sudah membeli keretanya sendiri.. Wah, Persona warna steel grey yang berplate wilayah persekutuan WWN **** (no di rahsiakan nanti susah nak cari makan). Sahabat Ana yang Ana kenal dari kecil ni sudah bergelar Ahli Farmasi di Sepang selangor.. Alhamdulillah besar sudah.. Pesanan Istimewa buat dia "jangan nakal nakal"

Berita baik lagi ( walaupun lambat tahu), sahabat Ana Muhammad Solihin Bin Hassan dan Cikgu pratikal Ana dulu Cikgu Qamariah Binti Abdullah sudah mendirikan rumah tangga pada 17.3.2012.. Tahniah dari Ana dan para sahabat.. Walaupun bari tahu tapi at least dah tahukan...

Berita baik lagi... Adalah...

Fenomena untunglaaaa berterusan...

Nak uar uarkan


Ana ada buka satu kedai online jual novel terpakai

http://www.facebook.com/JualanNovelTerpakai

Jumaat, 6 April 2012

Tak Baek!!!

Oppss.. Gambar tiada.. (Nothing to display)

Tak baek.. Oppss.. Memang kita bukan baik sangat.. 

Eh, awak.. Awak nak tahu, bla bla bla bla..
Ya ke? biasalah zaman sekarang. Engkau jangan tak tahu bla bla bla..

Oppsss.. Ini bukan mengumpat... (Tak baek!!!!)

Awak pasti ini bukan mengumpat? Kurang pastikan.. Ini bukan mengumpat tapi ini mengata. Kekadang kita salah tafsir, eh awak ni semua orang yang salah. Awak betul sangat ke?  Taklah macam tu.. Maksud saya, kadang kadang kita bila bercakap macam kita je baek sangat, kita je 'malaikat', semua nak komplain. Itu tak kena, ini tak kena, sepatutnya macam tu bukan macam ni macam macamlah..

Kenapa macam tu? Sebab kita 'ego' dalam kebijaksanaan.Opss, ego lagi, bukan touch and go tau.. Hahaha.. Dah dah dah.. Kadang kadang kita tak bijak, kita sahaja je buat bijak.. Bila orang nak berbicara satu topik, kita yang tak tahu buat buat tahu.. Payahlah macam tu.. Payahkan? Jadi jangan kita macam tu..

 

 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular