Selasa, 10 April 2012

Bila Perut 'Main Tepuk Amai Amai'

Ini yang buat perut "main tepuk amai amai ni"

Rasanya tak ramai suka roti. Mungkin tak mengenyangkan kot..Menurut kajian, roti mengandungi lebih banyak karbohidrat, protin, kalsium dan besi berbanding dengan nasi putih yang kita selalu makan. Kini dipasaran terdapat pelbagai jenis roti yang boleh menjadi pilihan. Dan pastinya kita semua mempunyai roti kegemaran yang tersendiri.

Adeii, bunyi keroncang buat orang bernama Ana ke? hehe.. Ada orang bila tayang makan dia tetiba lapar.. Sebenarnya nak beritahu, ada yang kata dia diet tapi tak makan langsung.. Sian, dia tak faham.. Nasi dia tolak.. Dia ambil tali ikat perut.. Sebenarnya diet itu bukan bermakna tak makan langsung tapi ambil nasi tapi kuantiti yg sedikit.. Dan ada yang diet hanya makan roti sahaja.. Bagus roti ni memberi tenaga yang cepat..

Sebenarnya tak perlu diet ni.. Cuma ikut pesan Rasulullah, Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.. Itu petuanya, ramai yang ikut nafsu.. Makan bila lapar, bila diajak makan juga, bila kenyang rasa mulut nak kunyah makan lagi.. Adooii, macam mana tu? Ramai juga gagal yang minum air dengan bernafas dengannya.. Bagaimana tu? Rasulullah ajar satu teguk satu nafas. Banyak kita langgar ajaran Rasulullah.. Itu belum lagi makan berdiri, perut tu yang mana datang rezekinya, halal atau tidak.. Itu kena perihatin..

Kalau ada cakap, jaga mata, ramai boleh buat, jaga mulut, ramai boleh lakukan, jika kata jaga telinga, juga orang boleh laksana, Tapi jaga perut ramai yang gagal sebenarnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular