Rabu, 31 Ogos 2011

Meraih Sedikit Kegembiraan


Insya-Allah...
Menghitung detik dan hari..

Bukan Syawal Kali Ini

 

Ramadhan telah dua hari pergi.. Syawal berkunjung dengan elok sekali namun entah syawal ini bukan untukku.. Untuk merasai syawal akan datang syaratnya menempuh ramdhan pada tahun akan datang maka masihkah ada ramadhan dan syawal buatku untuk tahun itu?

Setiap perkara bermula dengan hati.. Jika baik maka merujuk pada hati.. Jika buruk juga merujuk pada hati.. Syawal ni kemenangan bagi hati hati yang berjaya mujahadahkan nafsunya di bulan ramadhan.. Alhamdulillah.. Insya-Allah semuanya berjaya menempuh bulan ramadhan.. Dan ada sudah menyambung puasa 6.. 

Pelbagai ragam syawal ni terutama adik adik kita (kita pun pernah merasai zaman kanak kanak) bagi meraka masa ni nak 'kumpul' duit raya. Tapi elok elok ea jangan sampai kita meminta minta dan diam je walau  berapa yang tuan rumah sedekahkan.. Syawal ni satu lebaran baru sebenarnya.. Banyak amalan sedekah dalam bulan syawal ini.. Jika dahulu masa bulan ramadhan kita rajin bersedekah maka kita boleh teruskan amalan sedekah pada bulan syawal pula.. Begitu juga ibadah puasa.. Puasa yang diwajibkan hanya 30 hari di bulan raadhan namun usahlah kita hadkan ibadah itu. Kita teruskan meraih pahala dengan puasa 6 dalam bulan syawal pula serta boleh juga kita puasa sunat setiap Isnin dan khamis juga setiap pertengahan bulan bulan yang lain..

Seronok berkunjung pasti perut terisi.. Jaga jaga permakanan kita.. Risau bab bab makan sekarang ni.. Maklumlah negara kita ni negara yang terdapat pelbagai makanan.. Kueh sahaja pelbagai jenis belum lagi lauk pauknya.. Makanan beratnya..  Berat badannya pun bertambah.. Sakitnya pun pelbagai nanti.. Jagalah kesihatan anda di bulan syawal ni.. Kemas kinikan diri anda untuk kembali bertugas nanti.. Insya-Allah.. Taqqaballahu min qum..


Selasa, 30 Ogos 2011

Minal Eidil Wa Faizin 1432 H

 
(Di pagi hari raya)

" Assalamualaikum w.b.r. Salam Eidul Fitri dan salam lebaran. Ana peribadinya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki salah silap, dosa dan kekhilafan diri ini sepanjang mengendalikan blog ini. Juga memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ini dengan ucapan Selamat hari raya Eidul Fitri. Yang memandu hati hati memandu, yang bersuka ria berpada pada dalam kegembiraan dan diharapkan amalan ramadhan lalu dapat di istiqomahkan pada bulan syawal pula. Minal Eidil Wa Faizin dan taqqaballahu min qum.. "

Ucapan raya sahabat-sahabat (terima kasih)

Muhd Aizuddin

Setitik embun di pohon rimbun,
Diatap nipah air bergenang,
Dosa bertimbun mohon di ampun.
Silap & Salah jangan dikenang..
Salam Aidilfitri maaf zahir batin =) Take care

Ustaz Nazri 

Kullu'Ann wan Antum bi Khaiir
Ustazah Sharifah Ilyani

Salam aidilfitri. maaf zahir batin

Norhashimaa
Saya juga ingin memohon maaf atas segala salah silap.
Salam eidulfitri.

Kamalia

Kama pun yea.. Eid Mubarak :-)

Ukhti R

Kepada sahabat2, akak2, adik2,
andai tersalah kate, 
terlebih gurauan yang menyakitkan hati,
terambil barang tanpa disedari,
tercuri hati (erk, ni salah taip ni, hehe) 
halalkan makan minum saya ya, harap raya tahun ni 
memberi 1001 kegembiraan dan keberkatan pada semua
dan dalam kerahmatan Allah. Wasalam.

Mak angkat Perak

Indah lagit kerana awan, indah laut kerana kebiruan,
indah Ramadhan kerana keinsafan, Indah Aidilfitri kerana kemaafan..
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.. ikhlas dari kami sekeluarga..

Rafiequdin

Semoga Ramadhan yang bakal berlalu membawa rahmat kepada kita semua 
dan semoga Syawal yang bakal menjelang mengeratkan lagi tali
persaudaraan sesama kita, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. =)

Ramzi

Kambing Biri2 naik LRT, katak pisang tercekik tulang,
walaupun sms saja yang diberi,
itulah tandanya ingatan tak hilang.. Selamat hari raya maaf zahir & batin.

Farhanah Hazwani & Asma

"Sebening air wudhu' sesuci Al -Quran, semerdu alunan zikir,
Seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci & dendam.
Juka tangan tak sempat berjabat, wajah tak sempat bertatap,
bukalah pintu kemaafan untukku, Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

 Syukri Bin Sohor

Memang esok hari raya, Burn dosa sudah di terima
Ku kirim mesej penganti kad raya
Harap saudara dapat terima
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin di Pinta.

Sharmimie Farhana Bin Marzuki

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
dalam gurau & senda tentu ada khilaf dan dosa,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI..

Noor Insyirah

Selamat hari raya maaf zahir batin juga. Shah tiada salah pun.
Ana minta maaf juga ye?

Amar Bin Hamid

1 Syawal menjelang tiba, takdbir bergema mengegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan silap dosa,
ampun maaf dipinta, dihari mulia,
Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir dan batin dari saya..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Perayaan Itu Selamat

˛˚˛*˛°.˛*.˛°˛.** ** 。*˛.
˛°_██_*.。*./ \ .˛* .˛。.˛.*.* * 。*
˛. (´• ̮•)*.。*/.\*˛.* ˛_Π_____. Pandu Cermat
( . • . ) ˛°./• ' ' •\.˛*./______/~\*. ˛*.。˛* ˛. *。
*(...'•'.. ) *˛╬╬╬╬╬˛°.|田田 ╬╬╬╬╬*˚ .˛ *...

Selamat Hari raya ~ drive slowly n and safe reach ur village..

* Usah tergesa gesa.. Insya-Allah, Allah akan berkati perjalanan anda untuk menyambung ukhwah. Yang jauh di dekatkan.. Yang dekat dirapatkan..

Khamis, 25 Ogos 2011

Mencari Manfaat Di Penghujung Waktu

 

" Adakah sedih meninggalkan ramadhan 
atau 
tidak sabar berhari raya? "
Benar cepat masa berlalu.. Kini sebulan macam seminggu, seminggu macam sehari dan sehari macam sejam. Inilah salah satu tanda dunia ini sudah tak lama lagi. Ramadhan kan pergi syawal pula akan kembali, sayu kedengaran azan berkumdang. Sayukan? Adakah sedih meninggalkan ramadhan? Kenapa perlu sedih. Perlu sedih kerana ini mungkin ramadhan terakhir buat kita. Yang berpuasa dan berbuka puasa dengan kita pada tahun ini belum tentu dapat berbuka puasa dan berpuasa dengan kita pada tahun hadapan. Bagaimana pula yang berterawih satu masjid dengan kita, bertadarus dengan kita dan berqiamulail dengan kita? Tentunya tahun depan kemungkinan kita tidak bersama mereka atau mereka tidak bersama kita. Mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Sedih, sayu dan sepi ramadhan akan pergi.

Tidak sabar berhari raya? Setiap yang merasakan ramadhan tentunya akan merai syawal yakni bulan berhari raya. Bulan kemenangan bagi umat Islam. Jika di imbas sejarah beberapa peperangan Nabi Muhammad berlaku pada bulan ramadhan dan bulan syawal adalah bulan kemenangannya.  Antaranya beberapa peperangan Baginda : - 
Ramadhan 2H  (Perang Badar)
Ibnu Hisyam menyatakan perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Perang ini terjadi pada pagi Jumat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.
Ramadhan 5H (Perang Khandaq)

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Strategi ini ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Hal ini diusulkan Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaidah setelah pasukan muslimin berjaya memecah belah pasukan musuh.
Ramadhan 8H Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah)

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan.

Ramadhan 9H (Perang Tabuk)

Pada tahun 629 M Rasulullah Saw. memutuskan untuk melakukan aksi preventif,yakni ekspedisi ke wilayah tabuk yang berbatasan dengan romawi. Setelah sampai di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan Bizantium ataupun sekutunya.
Ramadhan 10H (Ekspedisi Yaman)

Rasulullah Saw mengutus pasukan dibawah pimpinan Saidina Ali Ra, ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku yang berpengaruh di Yaman langsung menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka sholat berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.
Bagaimana bulan syawal bulan kemenangan buat kita?
Apa matlamat ramadhan kita tahun ni? Sudah terlaksanakah? Sudah mahu kecapikah? Sudah merasaikah? Sepatutnya sudah sudah sudah atau hampir sempurna. Kemenangan bagaimana? Kemenangan mengutip ketiga permata dalam bulan ramadhan yang tiada dijanjikan dalam bulan lain. Apakah permata itu? 
…. dan dia (bulan Ramadhan) bulan yang awalnya rahmat, dan tengahnya magfiroh (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka…
 Lalu apa lagi, tentunya kemenangan jihad hawa nafsu, kemenangan merasai penderitaan orang miskin yang mengajar kita erti berjimat (bukan kedekut) dan tidak membazir serta tidak mengalakkan pembaziran. Kemenangan kita melaksanakan rukun Islam ketiga yakni puasa di bulan ramadhan supaya kita kembali kepada fitrah kita dan taat perintah Allah. Kemenangan apa lagi? Pastinya setiap matlamat yang didahulukan niat yang baik Insya-Allah, Allah S.W.T. akan ukurnya sebagai kemenangan.. 
Ramadhan masih berbaki.. Manfaatkanlah.. Tingkatkan amalan kurangkan juadah.. Bahagikan masa, persiapkan kelengkapan raya namun jangan lupa ramadhan yang masih berbaki.. Raikan tetamu ramadhan serta sediakan kelengkapan menyambut tetamu syawal.. Insya-Allah..

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerana Kau Isteriku


Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Dalam setiap institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. 

Memang isteri perlu taat pada suami tetapi taat yang mesti seiring dengan ajaran Islam. Bukan taat secara membuta tuli. Taat dulu kepada Allah S.W.T. lalu ketaatan itu dijanakan pula dengan tingkahlaku taat kepada suami.

Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka." - Ada yang masih sabar dengan suami.. (kata seorang wanita)
 
Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,katanya.
 
Diizinkan isteri didera seperti Asiah dan disuruh bersabar kerana itu ujian daripada Allah? Tak dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan supaya deraan itu segera dihentikan? Maaf la, tapi pada pengetahuan saya, itu bukanlah sebagaimana yang diajar dalam Islam! Bersabar memang perlu bersabar tetapi bukan bersabar sehingga dicederakan/dibunuh seperti Asiah didera Firaun.
 
Isteri acuan al-Quran taat pada suami yang soleh, bukan secara membabi buta.Dalam Islam, juga wajib bagi suami melayan isteri dengan baik dan memenuhi hak-hak isteri seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw, dan tiadapun disuruh isteri bersabar sahaja apabila didera suami.
 
 Taat pada suami dalam erti yang tepatnya taat selagi suami tidak menyuruh melakukan perkara perkara yang boleh menyakiti dirinya dan melanggar perintah Allah.. Ada yang kata seorang isteri itu senang ke syurga pabila mana dia patuh atau taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa dan taat perintah suami.. Tapi yang menjadi persoalannya fahamkan mereka caranya dan insya-Allah wanita kita makin matang dan makin kental mempertahankan agama yang ada dalam diri walaupun baru hanya sekelumit.. Wa'Allahualam..
 
(Ana tak berani nak mendalamkan Isu ini, isu sensitif pada wanita)..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mahu Kelainan Dari Kebiasaan

 

Sabda Rasulullah: Kalau manusia tahu kelebihan Ramadan, nescaya mereka mahu setiap tahun itu Ramadan.

Di dalam hadis lain pula diterangkan, daripada Jabir, katanya, "Apabila akhir malam Ramadan, maka menangis langit dan bumi, dan malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad." Lalu para sahabat bertanya, Apakah musibah itu?" Kata Nabi s.a.w. "Kerana perginya Ramadan. Doa di dalam bulan Ramadan adalah mustajab, sedekah diterima, kebaikan digandakan dan azab pula ditolak.
 
Pernah Ana memang malam tu lepas terawih (8) dalam pukul 9.30 malam, Ana saja je nak singgap pasaraya. Ana sejujurnya suka melihat ragam orang. Bulan itu bulan puasa. Ana tengok gelagat orang. Ana pernah bekerja pada bulan ramadhan dahulu. Kerja shif malam, sebenarnya rasa bersalah orang pergi terawih kita kerja, berkhidmat dengan golongan bukan Islam pula tu. Tapi malam tu Ana tengok pasaraya ramai orang. Berbondong bondong, Pertengahan ramadhan juga waktu tu. Ana cuba berbaik sangka, mungkin mereka macam Ana lepas terawih ke pasaraya walaupun pukul 10.00 malam pasaraya dah tutup. 

Sebab Ana terfikir sesuatu. Ramadhan ni macam pertandingan. Permulaan ramadhan itu pendaftaran orang. Masa tu malam terawih pertama ramai sungguh nak daftar nama. Jadi 10 malam pertama itu sibuk bersaing dalam saf solat masing masing. Pastu 10 malam kedua masa tu semi-final dah. Tinggal beberapa saf sahaja yang layak ke semi-final. Ramai yang tersingkir. Lalu 10 malam terakhir tinggal dua saf sahaja menunjukkan masa final tu tinggal dua saf dan dua kumpulan sahaja. Dan akhirnya di beberapa malam terakhir tinggal satu saf sahaja yang menang. Kalau fikir balik, memang logik. Hanya beberapa golongan sahaja mahu buat kelainan dari kebiasaan. 

Juga semalam Ana berterawih di masjid negeri (rujuk cerita berkenaan Syeikh Mahir Al-Muaeqly) di tepi masjid itu ada padang. Ana tahu ramai yang menjadi trend berbuka di padang. Tapi yang sedihnya. Bila berbuka di padang tepi masjid pula tu sepatutnya lepas berbuka bila bilal laung azan berkejarlah solat maghrib dahulu. Alang alang tepi masjidkan? Solatlah di masjid. Semalam Ana tengok ramai berkejar masuk ke masjid tak mahu lepaskan peluang berimamkan Imam Mekah tapi ada juga buat tak tahu. Buat tak endah je. Ya Allah, puasa apa sebenarnya mereka ni? Kena berbaik sangkakan? Tapi sebenarnya salah jika kita berbaik sangka tidak kena tempatnya. Kalau benar anda kata berbaik sangka, cuba anda tegur diorang, tegur dengan pertanyaan. Dah solat maghrib ke? Kalau baik sangat sangka kita, tiadalah sampai banyak pertanyaan kalau kita puasa tapi tak solatkan? Ada juga tanya puasa, tapi tak menutup aurat. Dapat lihatkan? Bagaimana kita meletakkan positif itu dalam diri. Insya-Allah kita tergolong dalam golongan yg mahu kelainan dari kebiasaan yang Allah tak suka dan tidak tercapai tujuan ramadhan yang kita berada di dalamnya..

Syeikh Mahir Al - Mueaqly

 

Maher Al-Mueaqly (Arabic: ماهر المعيقلي) (born in 1967) is the imam of the Grand mosque in the Islamic holy city of Mecca, Saudi Arabia. His full name is Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly. Sheikh Maher's mom and dad moved to Madinah of Nabi (SAW) and he was born there as well. He memorized the whole quran in Madinah and he was taught in the class of many scholars who are respected worldwide in Madinah.

He began his Sheikh career in the North of The Kingdom Of Saudia. He was taught extensively in mathematics until he began teaching it as well. At this point he stopped preaching and started working as a math teacher. He went back to Makkah to become a scholar and taught in the school of balaat. In Makkah he became a renowned speaker and began preaching once again. After becoming loved by the people he was chosen to become an advisor to Prince Abdul-Majid in Makkah. The sheikh is married and has four children: two boys and two girls. He began to teach Quran in Makkah before he began teaching at King Abdullah Saood University. He was promised before ramadan that he would lead taraweeh prayers in Madinah for the year 1426 and 1427, so he did. After that he was moved to Makkah and began to lead taraweeh from the first day of 1428 Ramadan in Masjid Al- Haram with Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

He has also led prayers in grand mosque in Madinah known as Masjid an-Nabawi. He has led taraweeh prayers in the yrs h1428 (2007), h1429 (2008) and h1430 (2009). He regularly leads Fajr and Maghrib prayers in Masjid Al-Haram..
 

Alhamdulillah.. Syukur dan suka sebenarnya dapat berterawih dengan Imam Mahir Al - Mueaqly di Masjid negeri kuantan, Pahang.. Sebenarnya tiga hari 18, 19 dan 20 Ramadhan.. Ana tertanya, salah ke kalau kita kagum akan manusia? Macam kita kagum kalau bahasa orang puteh admire.. Macam kita admire kat Nabi Muhammad kita dan Allah pesan supaya kita jadikan Nabi Muhammad itu contoh ikutan.. Dan Ana selain Nabi Muhammad jadi ikutan, para ulama dan imam pun boleh dijadikan contoh ikutan.. Masa Ana di mekah dahulu, suara syeikh mahir nilah Ana suka dan rindu nak dengar.. Selalu beliau imami solat subuh dan asar.. Alhamdulillah.. Tak tahu nak gambar macam mana.. Di Mekah Imam ni dijaga rapi.. Sekali Imam lalu empat orang penjaganya.. Indahnya kalau malaysia macam tu.. Doakan supaya satu hari nanti kita juga boleh begitu...

Isnin, 15 Ogos 2011

Belajar Untuk Mengawal Marah

 

Amarah.. Dulu waktu kecil saya kenal apa tu marah.. Bila saya dah besar sikit orang sebut amarah.. Besar sikit lagi saya kenal marah dan amarah itu sama sahaja cuma tambah "a" saja.. Ragam bulat puasa.. Amarahlah paling ketara nampak.. Kenapa kita marah? mungkin kalau kebiasaannya ada orang yg sakiti hati kita.. Dan kalau hari hari selain bulan puasa, amarah puncanya mestilah sebab kita buat silap.. 

Eh, nak cerita pasal amarah.. Benar saat kita serabut, saat kita banyak memikir, saat kita ditindih dengan pelbagai ujian yang Allah tetapkan respon pertama kita ialah kita naik geram.. Mungkin kalau ujian yang Allah tetapkan itu sedikit mungkin kita masih boleh ambil nafaz tenang namun apabila kita terjatuh ditimpa durian pula kita dah mula tak duduk diam.. Kita sebagai manusia memang tidak lari dan tidak terkecuali ada perasaaan amarah namun apabila kita fikir balik tiada guna amarah kita.. Kerana amarah itu tiupan puing puing syaitan dan kalau bulan puasa amarah datang dari mana? Tentunya datang dari puing puing nafsu kita..

Nak kongsi cerita pasal amarah punca keburukan.. Semalam Ana berbuka dengan seorang kawan.. Teringin makan makanan segera.. Jadi KFC jadi pilihan.. Kawan Ana chop tempat, manakala Ana beraturlah.. Panjang barisannya.. Potong Queu tidak dibenarkan.. Waktu Ana beratur itu dah pukul 7.00 ptg.. Bila fikir balik buka puasa kat kuantan dan sewaktu dengannya ialah pukul 7.23 ptg.. Bila fikir semula nak 23 minit juga beratur.. Dalam 23 minit itu pelbagai ragam.. Mana taknya giliran Ana masa tu pukul 7.20 ptg.. Tapi sebelum tu ada seorang lelaki belakang Ana ni.. Ngumih betul mulut dia.. (Bukan nak mengata tapi nak cerita contoh marah dibulan puasa). Sebelum giliran Ana ada mak cik dan Anak dia kat depan.. Mak cik tu bawa ramai juga ahli keluarganya berbuka puasa.. Jadi mak cik ambil masa yang agak lama untuk memesan makanan.. Maklumlah setiap orang lain seleranya.. Ana belakang lelaki tu lalu terdengarlah lelaki tu menyumpah kat mak cik tu.. "Pesan makanan macam tak makan 5 hari". "Sudah sudahlah, orang lain nak makan juga" dan bebebarap lagi kata kata Abang tu.. Mungkin bengang beratur lama sebabnya waktu tu lagi 6 - minit nak berbuka.. 

Selepas peristiwa semalan Ana rasa itu salah satu marah kerana memenuhi hawa nafsu penat dan lapar.. Hasil amarahnya menyebabkan mulutnya sudah menyumpah perkara yg tidak elok didengar.. Jadi bagaimana puasanya? Belum lagi matanya? Belum lagi kalau masa berbuka aneka makanan dipesan.. Sudah jadi satu pembaziran.. Itulah Allah kata pahala puasa itu adalah hambaKu dan Aku sahaja.. Tak susah nak puasa walaupun ada yang liat nak puasa tapi bila dah puasa ramai pula yang hanya tahan lapar dan dahaga.. Mari muhasabah diri, muhasabah puasa dan mujahadah nafsu.. Bila puasa nafsu kita akan lemah.. Insya-Allah..

Khamis, 11 Ogos 2011

Astafirullah..

 

Mengetahui perkara itu.. Berat dan serabut fikiran.. Namun hadirnya ramadhan kurangkan sedikit bebanannya.. Anda rasa apa apabila ramadhan menyinggah? Pasti ada rasa menganggap ianya ramadhan terakhir? Pastinya aku juga begitu.. Merasakan begitu dan mahunya aku lakukan terbaik dalam ramadhan ini.. Namun sakit dan musibah yang Allah berikan itu sebenarnya buat kita lebih matang.. 

Astafirullah pelbagai yang dihadapi tahun ini.. Perit dan bahagia.. Bagaimana kalau kita menjadi 'ego untuk menjaga hati kita'? Yalah, kita tahu ragam orang disekeliling kita. Ada yang mengambil kesempatan atas kita dan tetiba membenci kita.. Asam dan garam hidup, perit dan jerit hidup ini perlu dihadapi tapi sejauh mana kita mampu. Sejauh mana kita mampu tanggung, sejauh mana kita sanggup hadapi.. Semalam Ana faham tentang jodoh.. Jodoh itu seperti rezeki.. Rezeki perlu dicari.. Dapat tak dapat itu lain cerita yang penting kita usaha.. Ana berusaha untuk jodoh.. Namun entahlah.. Mungkin belum lagi masanya.. Pelbagai halangan dan peristiwa.. Ana belum lagi temui jodoh yang sesuai walaupun Ana dah berusaha.. Ana masih selamanya pegang bahawa 'Allah tidak akan beri apa yang kita minta tetapi Dia akan beri apa yang kita perlu'.. Insya-Allah, carilah ketenangan diri untuk semakin bertenang buat hari hari akan datang.. Risau itu perlu tapi ada hadnya..

Rabu, 10 Ogos 2011

Terguris Hati Ini


Saat hatiku ingin bernikah.. kenapa bukan tajuk itu kuletak.. Benarkah aku sudah dalam katogeri wajib nikah? Susah nak kata apabila tiada calon yg sesuai.. Mana taknya hidung tak mancung, pipi tak tersorong sorong.. Bukan itu ukurankan dalam soal hati ini.. Tak tahulah.. Apabila sudah ada calon pelbagai yg berlaku.. Terguris benar hati ini.. Menangis kusendiri.. Mungkin belum masanya.. Kadang kadang cuba lupakan apa yang berlaku.. Cuba belajar ketenangan untuk bertenang.. Rasa teraniaya kekadang.. Apa salah diri.. Mungkin ada salah diri ini.. Ada terkhilaf suatu hari dulu.. Orang kata kalau susah nak jumpa jodoh ni kita akan jumpa yang benar benar molek buat kita suatu hari nanti..

Sabarlaha duhai hati yang 'terguris merindu untuk menikah'.. Allah telah tuliskan jodohmu.. Jauh atau dekat.. Sebelah atau sejengkal kalau terpisah maka akan bersua juga.. Jodoh rahsia Allah yang diibaratkan satu sampul surat putih di dalamnya kertas yang putih di mana ada satu nama yakni jodohmu dan surat itu milik Allah selain-Nya tidak layak membukanya..

Doalah semoga dikurniakan isteri solehah penyejuk mata penawar hati dan zuriat yang soleh/ solehah.. Di kesempatan ini Ana ucapkan tahniah buat sahabat Ana yang selamat diijab qabul pasangan Nooraini Amir Hassan dan Nizam.. Semoga kalian diberkati dan dirahmati.. Barakallahufikum..

Selasa, 2 Ogos 2011

Rapatkan Saf.. Luruskan Saf..

 

Salam Ramadhan Karem.. Allahuma Ameen.. Alhamdulillah sudah tiga hari solat terawih dan sudah dua hari berpuasa.. Bagaimana puasa anda? Bagaimana amalan puasa anda? Moga moga diberkati dan dipermudahkan serta dilimpahkan urusan yang dipermudahkan.. Solat terawih bagaimana? Ada yang lakukan 8 rakaat dan ada lakukan 20 rakaat serta witir 3 rakaat.. Alhamdulillah.. Barakallahulakum..

Anda ke masjid kalau awal waktu nampak tak masyarakat Islam kita masih suka duduk belakang belakang.. Mungkin bagi mereka saf yang depan hanya untuk yang berjubah, berkain pelikat dan untuk tetamu masjid.. Tapi dalam hadith nabi bersabda : Jika kamu tahu kelebihan saf pertama yakni hadapan sekali di belakang imam nescaya kamu akan berlumba-lumba (berlari) memilih saf hadapan.. Ramai yang tahu tapi entahlah.. Buat tak tahu kot..

Lihat saf yang ramai ketika solat terawih.. Safnya boleh dibilang tidak seperti hari biasa tak dapat dibilang kerana satu saf pun tak cukup tapi bila ramai ada pula ruang ruang yang tak dilengkapi.. Allah kata apabila bulan ramadhan terbuka luas pintu pintu syurga dan ditutup serapat rapatnya pintu neraka dan dirantai syaitan serta iblis.. Tapi tidak bermakna anda menyediakan ruang ruang ketika meluruskan saf.. Solat terawih itu sunat yang dituntut bagus kalau kamu melaksanakan tapi jangan menbuat sesuatu yang nampak jelas pincangnya seperti puasa dibulan ramadhan tatkala berbukanya makanannya Ya Allah, bukan main banyak.. Membazir.. Kalau boleh elakkan kepincangan itu.. 


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular