Jumaat, 19 Ogos 2011

Mahu Kelainan Dari Kebiasaan

 

Sabda Rasulullah: Kalau manusia tahu kelebihan Ramadan, nescaya mereka mahu setiap tahun itu Ramadan.

Di dalam hadis lain pula diterangkan, daripada Jabir, katanya, "Apabila akhir malam Ramadan, maka menangis langit dan bumi, dan malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad." Lalu para sahabat bertanya, Apakah musibah itu?" Kata Nabi s.a.w. "Kerana perginya Ramadan. Doa di dalam bulan Ramadan adalah mustajab, sedekah diterima, kebaikan digandakan dan azab pula ditolak.
 
Pernah Ana memang malam tu lepas terawih (8) dalam pukul 9.30 malam, Ana saja je nak singgap pasaraya. Ana sejujurnya suka melihat ragam orang. Bulan itu bulan puasa. Ana tengok gelagat orang. Ana pernah bekerja pada bulan ramadhan dahulu. Kerja shif malam, sebenarnya rasa bersalah orang pergi terawih kita kerja, berkhidmat dengan golongan bukan Islam pula tu. Tapi malam tu Ana tengok pasaraya ramai orang. Berbondong bondong, Pertengahan ramadhan juga waktu tu. Ana cuba berbaik sangka, mungkin mereka macam Ana lepas terawih ke pasaraya walaupun pukul 10.00 malam pasaraya dah tutup. 

Sebab Ana terfikir sesuatu. Ramadhan ni macam pertandingan. Permulaan ramadhan itu pendaftaran orang. Masa tu malam terawih pertama ramai sungguh nak daftar nama. Jadi 10 malam pertama itu sibuk bersaing dalam saf solat masing masing. Pastu 10 malam kedua masa tu semi-final dah. Tinggal beberapa saf sahaja yang layak ke semi-final. Ramai yang tersingkir. Lalu 10 malam terakhir tinggal dua saf sahaja menunjukkan masa final tu tinggal dua saf dan dua kumpulan sahaja. Dan akhirnya di beberapa malam terakhir tinggal satu saf sahaja yang menang. Kalau fikir balik, memang logik. Hanya beberapa golongan sahaja mahu buat kelainan dari kebiasaan. 

Juga semalam Ana berterawih di masjid negeri (rujuk cerita berkenaan Syeikh Mahir Al-Muaeqly) di tepi masjid itu ada padang. Ana tahu ramai yang menjadi trend berbuka di padang. Tapi yang sedihnya. Bila berbuka di padang tepi masjid pula tu sepatutnya lepas berbuka bila bilal laung azan berkejarlah solat maghrib dahulu. Alang alang tepi masjidkan? Solatlah di masjid. Semalam Ana tengok ramai berkejar masuk ke masjid tak mahu lepaskan peluang berimamkan Imam Mekah tapi ada juga buat tak tahu. Buat tak endah je. Ya Allah, puasa apa sebenarnya mereka ni? Kena berbaik sangkakan? Tapi sebenarnya salah jika kita berbaik sangka tidak kena tempatnya. Kalau benar anda kata berbaik sangka, cuba anda tegur diorang, tegur dengan pertanyaan. Dah solat maghrib ke? Kalau baik sangat sangka kita, tiadalah sampai banyak pertanyaan kalau kita puasa tapi tak solatkan? Ada juga tanya puasa, tapi tak menutup aurat. Dapat lihatkan? Bagaimana kita meletakkan positif itu dalam diri. Insya-Allah kita tergolong dalam golongan yg mahu kelainan dari kebiasaan yang Allah tak suka dan tidak tercapai tujuan ramadhan yang kita berada di dalamnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular