Selasa, 2 Ogos 2011

Rapatkan Saf.. Luruskan Saf..

 

Salam Ramadhan Karem.. Allahuma Ameen.. Alhamdulillah sudah tiga hari solat terawih dan sudah dua hari berpuasa.. Bagaimana puasa anda? Bagaimana amalan puasa anda? Moga moga diberkati dan dipermudahkan serta dilimpahkan urusan yang dipermudahkan.. Solat terawih bagaimana? Ada yang lakukan 8 rakaat dan ada lakukan 20 rakaat serta witir 3 rakaat.. Alhamdulillah.. Barakallahulakum..

Anda ke masjid kalau awal waktu nampak tak masyarakat Islam kita masih suka duduk belakang belakang.. Mungkin bagi mereka saf yang depan hanya untuk yang berjubah, berkain pelikat dan untuk tetamu masjid.. Tapi dalam hadith nabi bersabda : Jika kamu tahu kelebihan saf pertama yakni hadapan sekali di belakang imam nescaya kamu akan berlumba-lumba (berlari) memilih saf hadapan.. Ramai yang tahu tapi entahlah.. Buat tak tahu kot..

Lihat saf yang ramai ketika solat terawih.. Safnya boleh dibilang tidak seperti hari biasa tak dapat dibilang kerana satu saf pun tak cukup tapi bila ramai ada pula ruang ruang yang tak dilengkapi.. Allah kata apabila bulan ramadhan terbuka luas pintu pintu syurga dan ditutup serapat rapatnya pintu neraka dan dirantai syaitan serta iblis.. Tapi tidak bermakna anda menyediakan ruang ruang ketika meluruskan saf.. Solat terawih itu sunat yang dituntut bagus kalau kamu melaksanakan tapi jangan menbuat sesuatu yang nampak jelas pincangnya seperti puasa dibulan ramadhan tatkala berbukanya makanannya Ya Allah, bukan main banyak.. Membazir.. Kalau boleh elakkan kepincangan itu.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular