Selasa, 23 Ogos 2016

SABAR ATAS SABAR

Assalamualaikum & Bismillah




Sabar atas sabar. Nasihat dan berpesan kepada kesabaran memang ramai boleh buat namun bila sabar yang perlu ada pada diri masa dan ketika perkara itu terjadi, mengucap panjang macam kita tak beragama, terus lupa nasihat dan pesanan kesabaran yang sering dilontarkan diulang ulang lagi saban hari. Saya sendiri sebenarnya bukan arif bab sabar, termasuklah saya ini juga panas baran bertempat cuma terkawal. Sejak peroleh ketenangan hati ni banyak sekolahkan saya akan sabar dan redha. [INSYAALLAH]


Nak terjemah ke? Dia menangis bukan kerana dia lemah tapi sebab dia telah menjadi kuat terlalu lama. Terlerai, bercucuran juga air mata kesabaran dan ketabahan itu. Siapa yang tidak menangis, semua orang menangis. Lantas menangis itu dapat meluahkan segala penat yang tersimpan dan terbuku setelah sekian lama tabah dan sabar. Rasulullah juga menangis sebenarnya. Ada ceritanya, Pada suatu ketika, Rasullullah seperti diriwayatkan Abdullah bin Amr bin al-Ash, tengah membaca kisah Nabi Ibrahim juga tentang Nabi Isa. Setelah itu Rasulullah mengangkat tanganya dan berdoa. "Ya Allah, umatku, umatku. Setelah itu beliau menangis. Kemudian Allah befirman, wahai Jibril, temuilah Muhammad--Rabbmu Maha Tahu apa yang terjadi, lalu tanyakan kepadanya kenapa ia menangis. Jibril kemudian mendatangi beliau. Kemudian beliau ceritakan, apa yang terjadi-Dia Maha Tahu tentang hal itu. Lalu Allah berfirman, Wahai Jibril, temuilah Muhammad lalu katakan, Kami membuatmu redha mengenai nasib umatmu dan itu tidak akan mengecewakanmu. (HR Muslim).





Mari kita berdoa  : 

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126)

Isnin, 22 Ogos 2016

ASTAFIRULLAH

 

Assalamualaikum & Bismillah 

Lampuneonku bersinar. Inilah lampuneon. Yang panjang itu lampu kalimantan. Astafirullah 'alazim. Sejak dua menjak ni banyak sangat musibah kita dengar dan rasai. Sama ada menghadapi kita bahkan menimpa orang lain. Dunia hampir ke penghujungnya dan manusia rasa leka nak bertaubat. Manusia sibuk dengan scroll segala macam media sosial, Facebooknya, instagramnya, whatsappnya, telegramnya tak jauh juga dengan perkara baru yang mengamatkan juga isi dunia yakni pokemon go. Semua ni jatuh haram jika melalaikan, melewatkan apa yang patut diawalkan, mengabaikan apa yang patut disahut dan sebagainya. Betulkan? [MENGAKU SAHAJA]



Astafirullah, Moga kita kerap sebut dan sebut, ulang dan ulangi semoga kita sedar kita dalam melakukan dosa maka bertaubatlah kepada Allah. [ASTAFIRULLAH].

HARI YANG PENAT




Assalamualaikum & Bismilillah

Hari yang penat. Tamat. Sekian.

Tidak, tidak, sesungguhnya saya sedang rasa rajin nak menulis. Tiga entri pos berutut-rutut,itu tidak penat malah rajin [TERBAIK]. Hari yang penat? Apa yang menjadi anda penat sebenarnya? Penat & kepenatan. Selain itu ada ke? Berpenat, penatan, terpenat, terpenatan, berpenatan. Ada ke? Tidak ada saya rasa. Haah,senang sikit nak hurai, eh tengok blogger sedang kepenatan nak berpanjangan berceloteh di sini [HEHE]. 



Penat. Biasalah penat akan dirasai oleh semua orang. Kerja pun penat, tidak berkerja pun akan merasai penat. Tidur, duduk, berdiri, senang kata apa yang melibatkan perbuatan mengerjakan maka akan timbut penat. Penat terbahagi kepada dua yakni penat fizikal dan penat mentaliti. Teringat beberapa hari lepas blogger mengalami "Mentality Toche". Sungguh penat sampai berkerut dahi dan lenguh sendi sendi badan. 

Kepenatan. Siapa kepenatan? Alhamdulillah blogger memang rasa kepenatan menulis dan bekerja namun jika nak mengeluh kita sendiri memilih untuk melakukannya. Seperti berlari mengelilingi padang bola tanpa disuruh, kita yang memilih maka kepenatan itu kita layak mendapatkannya atas apa kita usahakan namun insyaAllah [InsyaAllah] besar manfaatnya atas diri kita semestinya dan khususnya untuk orang lain. Cuma perlu positif dan menerima dengan hati yang tenang dan mesra.

 

Ahad, 21 Ogos 2016

RNR HATI

Assalamualaikum & Bismillah


Alhamdulillah, miliki juga buku terbaru Ustaz Pahrol Mohd Juoi tajuknya R&R Hati. Jika anda belum membaca, begitu juga saya. Seperti kita yang memandu jauh dan kita perlu R&R, apa itu R&R? Dari segi mengembangkan singkatan R yang pertama iaitu Rawat dan R kedua ialah Rehat. 

Nak ulas apa ea? Belum membaca lagi walaupun sudah hampir beberapa minggu dalam simpanan, insyaAllah akan mula membaca tidak lama lagi. Baiklah, saya sertakan sinopsis R&R HATI di bawah.

Sinopsis 

RnR Hati

Siapa yang tidak suka muda? Orang muda – cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih ingin meniru identiti lain?

Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi. Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat untuk berehat. Harganya hanya RM20.00 MYR

Sabtu, 20 Ogos 2016

MUQADIMMAH LEWAT




Assalamualaikum dan bismillah..

Sekali lagi banyak yang tinggal. Tinggal, tertinggal, meninggal, ketinggalan dan tinggalkan.  

1} Tinggal sudah kita akan Ramadhan yang dinanti, bilang dari hari ke hari. Pergi setelah cukupnya hari. Hari dia pergi dan tinggal akan kita, reaksi kita gembira kerana bagi orang berpuasa itu gembiranya ada dua yakni ketika berbuka puasa dan satu lagi ketika menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa. [SEBAK]

2} Tertinggal, pastinya frasa ter maksudnya bukan sengaja, maka jika tertinggal puasa pada ramadhan yg lepas wajiblah ganti. Jika tidak berkemampuan maka haruslah membayar fidyah. [BERPESAN]

3} Meninggal, Innalillahiwa innailaihirajiun, kalimah ini bukan hanya untuk yg telah meninggal dunia tapi amnya untuk musibah yang melanda. [Al-Fatihah]

4} Ketinggalan, banyak dah saya ketinggalan. Cuma kadang kala ketinggalan ini satu titik lebih baik kerana biar tak up to date sangat asalkan hidup tenang dalam rahmat Allah S.W.T [INSYALLAH]

5) TInggalkan, sebenarnya segala yang telah kita tinggalkan atau yang telah tinggalkan kita tidak akan sama lagi suasananya selepas itu [MOGA ALLAH MERAHMATI KITA]



 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular