Sabtu, 31 Disember 2011

Bang Bang Boom Malam Menangis

 

"Kita akan menangis malam tahun baru? Benar, kenapa? Duit kita jutaan ringgit di bakar tanpa prajudis.. Iye ke? Benar.. Orang tengok mercun tahun baru tersenyum tapi sebenarnya satu pembaziran yg Allah tak suka.. Inilah hasil negara barat dijadikan contoh selama 54 tahun.."
Membazir, bukan budaya Islam dan risau murka Allah..
 Anda lebih banyak ilmu, Anda mungkin lebih banyak hujah, Anda mungkin lebih tahu hukum..
Anda fikirlah.. Bukan sayang wang namun pembaziran dan budaya bukan Islam harus dihentikan segera. !!!
Kafir cara dia.. Kita Islam cara kita..

Tak malukah kita pada Allah? Adakah orang kafir ikutan negara kita?

Mana Mungkin

 

Mana mungkin dua frasa yang melambangkan mustahil namun itulah hakikatnya.. Ingat lagi tak bila kita mengatakan dunia ini berputar pada paksinya.. Begitu juga hidup kita juga berputar.. Hari ini kita di bawah esok kita di atas.. Begitu juga bumi kejap di zon matahari memancar dan kejap bumi di zon tanpa matahari.. 

Biasakan kalau hari ini kita rasa kita sangat bersemangat dan esok pula kita rasa kita lemah sangat.. Sebenarnya atas kita, bagaimana kita mulakan hari.. Ya, mulanya apabila bangun tidur jangan lupa berdoa kepada Allah kerana selepas mematikan kita, Dia menghidupkan kita kembali.. Ramai yg lupa sebenarnya untuk tanamkan syukur, bukan tanam tapi lafazkan syukur pada Allah selepas kita bangun daripada tidur.. Itu satu nikmat yang besar sebenarnya buat Dia kepada kita.. Sebelum tidur, engkau berfikir. Andai ini lelapan matamu terakhir dan esok bila engkau bangun engkau tidak lagi bangun bangun.. Bergetar hati bukan? Lafazkan kalimah syukur dengan pelbagai cara pun..

Ajak Allah Berbincang

 

Awak, kalau saya ada dua tawaran ke universiti yang mana bagus ea? UXX ke UXXX di XXX? Aku nak beli kereta ni? Kau rasa jenama apa okey? Sporty ke biasa je? Forte Kia best gak, Honda Civic power loo... Mak mak, kalau udin jadi lawyer best tak? Ke mak nak udin jadi guru? Dah dah cukup cukup semua..

Boleh sebenarnya kalau kita minta pandangan orang dalam segala hal pun.. Walaupun dalam, bab makan, tak kisah sebenarnya. Cuma Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan kita istikhoroh sebelum membuat keputusan atau kita tersepit dalam membuat keputusan. Apa maknanya tu, maknanya kita ajak Allah berbincang sekali. Benar, jangan marah. Agak kasar bunyinya 'ajak Allah berbincang'. Namun dalam bahasa lainnya dahulukan istikhoroh daripada minta pendapat orang.. Insya-Allah ea? sama sama kita berpesan sesama kita..

Waktu Solat Istikharah

Sebelum ini juga ada menyatakan masa solat istikharah ini pada bila-bila masa sahaja kerana solat istikharah ini tidak ditetapkan hanya waktu tertentu sahaja. Waktu yang terbaik melakukannya adalah pada 2/3 malam iaitu sekitar jam 2  pagi atau 3 pagi. Ini kerana ketika ini, selain semua orang sudah melelapkan mata di buai mimpi, tambahan pula keadaan sekeliling sudah pun mulai tenang, kita boleh memberi konsentrasi dalam mengerjakan solat sunat istiharah ini.
 

Niatnya Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Bacaan Rakaat Pertama

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun (atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik)

Bacaan Rakaat Kedua

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Ikhlas (atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik)


Doa solat Istikhoroh


 
Bermaksud:

Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusanku ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.
   - Semoga kita hadirkan Allah dalam perbincangan kita

P/S : Ana pernah diajar buat istikhoroh sebelum tidur yakni solat sunnat Istikhoroh sebelum tidur pastu terus baca doa tidur, tidur.. Jangan berkata apa apa atau buat apa apa selepas solat yakni terus tidur..




Jumaat, 30 Disember 2011

Adakah Allah Puas Hati

 

Adakah Allah puas hati?  It's Allah satifield? Ana tak mahu tulis tajuk bahasa Inggeris kalau ulasannya bahasa melayu walhal Ana tahu kalau tajuknya bahasa inggeris orang lebih tertarik membaca tapi biar semua berbahasa melayu. Sebenarnya tak boleh persoalkan adakah Allah puas hati atau tidak apabila manusia sebagai khalifah muka bumi. Sebab Allah kata dalam firmannya yang lebih kurang maksudnya tiada lebih atau kurang sedikit pun kekuasaan Allah sama ada hamba-Nya beriman atau tidak (bersyukur atau tidak). Benar, tiada tergugatnya Allah sama ada kita bersyukur atau tidak atau tiada tergugatnya Allah sama ada kita beriman kepada Dia atau tidak cuma adakah Allah puas hati? 

Puas hati Allah yang macam mana? Sebenarnya kita kena tanya diri kita. Cukup sempurna atau cukup hisab atau cukup terma dan syarat ke kita ni sehari sehari hidup di dunia ni? Terma syarat macam mana? Macam satu pertandingan apa syaratnya untuk kita berpeluang memperoleh hadiah utama? Macam tu juga kita, Allah dah gariskan terma dan syarat (Umpama) untuk kita memperoleh hadiah utama yakni Syurga salah satunya, redha-Nya juga salah satunya dan sebagainya.. 

Macam ni, perumpamaan yang boleh disimpulkan juga kalau kita beli kereta dengan satu jumplah yang mahal adakah kita puas hati setelah pakai? Kita puas dengan penampilan dan sebagainya? Begitu juga hal ini.. Adakah kita sudah tunjuk yang terbaik untuk penuhi terma dan syarat ini? Tanyalah..


Adakah Allah Puas Hati
It's Allah Satified?

Rabu, 28 Disember 2011

Sendiri Merasa

 

Semua orang merasa.. Allah beri anugerah merasa pada semua makhluk.. Angerah merasa pada 5 pancaindera yang Allah anugerah dan kekadang ada yang kata punya sixth sen deria yang ke 6..  Dalam diri perlu ada rasa dan tak boleh dibuang rasa itu..

Simpan rasa itu buat DOA..

Bila rasa itu hilang berdoalah agar orang yg pernah berkongsi rasa itu bahagia dan dipermudahkan urusan.. 


Rabu, 21 Disember 2011

Ambil Sedikit Ambil Tahu

 

 Terusik bila Ustaz Azhar Idrus bertanya pada yang jemaah yang hadir di depannya

"Di Amerika negara orang puteh ada buat sambutan maulidur Rasul besar besaran ndok? Tak ndok kan? Watpe kita nak sambut perayaan krimas dia yang tak ade kaitan dgn kita"?

Ustaz sebut " Lakum Deen Nukum Waliadi "

Maksudnya : "Bagiku Agamaku dan Bagimu Agama Kamu"

Jawapan yang mudahkan.. Kita beragama Islam yang wajib merayakan hari raya puasa dan hari raya haji sahaja.. Perayaan lain, deepavali, Tahun baru cina dan lain lain biarlah agama diorang (penganut) mereka yang merayakannya.. Jelas dan faham..


Jumaat, 16 Disember 2011

Burung Pun Memilih Berjalan

 

Gambar hiasan.. Harap harap faham.. Mana kaki burung? Kenapa burung tak terbang dah? Game Angry bird memanglah terbang melampau tapi kaki tiada dah.. Terbang meletuplah, terbang lajulah, terbang drop bomblah.. Aish dunia dunia.. " Ambil dunia cukup di tanganmu jangan di hatimu.."

Banyak dah Ana lihat.. Burung di jalan jalan tak mahu dah terbang, mereka suka berjalan jalan bersiar-siar.. Wa'Allahulam apakah tanda ini? Mungkin tanda ini tanda dunia atau hari ini dah tak lama lagi akan berhenti kerana semuanya sudah hampir terbalik seperti lelaki sudah menyerupai wanita dan sebaliknya, lelaki sudah cenderung kepada sejenis begitu juga dengan wanita cenderung dengan sesama jenis..   

Ana kekadang rasa sebak sebenarnya.. Sering mengingati diri dan bertanya "mana milik kita?" tiada semua milik Allah.. Bila ingat macam tu tak kisah dah hilang apa apa kerana semuanya milik Allah.. Benar, setiap yang hidup pasti merasakan mati.. Bergetar hati.. Semua milik Allah, semua yang datang dan pergi semua kembali pada-Nya..

Mana milik kita bro and sis

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada  
Allah yang punya 

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
 
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
 
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Selasa, 13 Disember 2011

Apa Sebenarnya Kita Buat

 

Sedar mahupun mata tertutup sebenarnya kita banyak mencipta dosa tanpa kita sedar. Tahu mahu pun tidak tahu mahupun buat tak tahu itulah hakikatnya. Bila sebenarnya kita buat dosa percuma ini dan bila masa orang buat dosa percuma ini.. Ada beberapa keadaan ini berlaku terutamanya :

Bagaimana? Betul kita bentuk jemaah.. Saf yang lurus salah satu kesempurnaan solat berimamkan satu imam di depan dengan syarat syarat Imam yang layak padanya cuma pelbagai kesilapan yang entah sengaja atau buat buat sengaja.. Misalnya makmum ni, bagi yang lelaki kalau anda pernah berjemaah insya-Allah Ana rasa semua yang baca pernah jemaah dan anda duduk sebelah semestinya lelaki yang turut berjemaah sama namun anda kurang selesa padanya kerana bacaannya kuat, bau badan atau sebagainya tapi selalunya kerana bacaannya kuat sampai.

Kenapa agaknya ada manusia macam ni? Betul bila ada persoalan berbaik sangka. Betul tapi sampai menganggu imam di depan dan menganggu orang lain. Fahamlah bukan kita sahaja nak beribadah pada Allah sahaja malah orang lain pun mahu kerana bukan kita sahaja banyak dosa malah orang juga malah dosa juga bukan kita sahaja nak jadi orang bersyukur malah orang lain juga nak tanamkan dan panjatkan syukur banyak banyak.. Jadi seorang yang beradab bukan jadi seorang yang biadap. Islam itu cantik jangan kotorkan dengan tabiat, peel dan kerenah kita yang sengaja atau bukan sengaja atau buat buat sengaja.

Di mana sahaja kita kena mula hormat orang baru kita dapat balik hormat kita tu bila orang hormat kita balik. Macam kita duduk berjiran, Islam adabkan macam mana kita hidup berjiran juga macam mana Islam gariskan kehidupan dalam satu rumah.. Semua Islam garis pandu adab untuk nampak umat Islam itu melambangkan ajaran Islam yang ada pada diri kita.. Jagalah Islam, jagalah Allah nescaya Allah akan membantu mu dan menjagamu...

Ahad, 11 Disember 2011

Pabila Kopiah Di Kepala Menjauh

 

Menjauh tak seperti pergi atau ditinggalkan. Dari usia yang kecil, usia yang mentah, usia setahun jagung lagi Ana di ajar bahawa kopiah dan kain pelikat itu lambang serasi dalam agama menunjukkan ianya kelengkapan solat juga tanda wujudnya agama dalam satu keluarga.. Mungkin pada pandangan orang lain mungkin dalam sebuah keluarga yang punya ayat ayat suci digantung dan kalimah Allah dan Muhammad di tampal di dinding merupakan satu tanda keluarga itu beragama Islam.. Bagi kita ingin mengenali jiran kita sama ada di mana mana cabang sekali pun, atas bawah tepi (kiri dan kanan) andainya berbangsa cina kita pasti merujuk kepada tokong berwarna merah di luarnya.. Bagi bangsa india pula kemungkin warna rumah atau rumah dihiasi lampu lampu berwarna warni sinonim dengan perayaannya yg berlampu.. Di sini bukan nak bercakap pasal bangsa..

Kopiah Di kepala Menjauh
Kenapa menjauh? 

Kerana pada zaman sekarang yang berkopiah itu sama ada punya agama atau tidak punya atau sikit pengetahuan agama juga berkopiah.. Ini sikit sebanyak mengakibatkan orang yg berkopiah di kepala walaupun cetek pengetahuan agamanya tapi berani bercakap soal agama di kalangan masyarakat, itu bagus namun tidak kurang juga berkopiah di kepala melakukakn apa yang Allah larang dari sekecil kecilnya hingga sebesar besarnya dan ini merosakkan imej berkopiah itu sendiri dan besar impaknya kepada golongan agamawan yakni ustaz dan bukan ustaz tetapi mereka ini layak berkopiah di kepala..

Kerana dalam masyarakat kita apa bila kopiah sahaja apabila waktu solat.. Itu bagus kerana sunnah Nabi beketayap apabila solat namun ianya memengang hukum sunat yang di mana jika buat dapat pahala jika tidak tidak dapat apa apa.. Ini wajar dicontohi dalam masyarakat Islam kita kerana mengikuti sunnah nabi yang kecil ini.. Namun digalakkan memakainya sepanjang masa kecuali perkara perkara yg dipaksa cabut..

Kenapa? Kerana apabila kopiah di kepala, iannya bagai satu rantai agar diri malu berbuat perkara jahat secara terang terangan di khalayak ramai kerana masyarakat kita hari ini positive thinking kepada golongan memilih yg berkopiah ini kemungkin seorang haji atau ilmuwan agama.. Betul tu, berbaik sangka penting namun prasangka dan was was tetap ada dalam diri namun soal hati biar urusan hamba Allah itu dengan Khalidnya.. 
Pesan Ana kepada yang berkopiah.. istiqomahlah dan jaga status agama yang ada pada diri anda.. Jadi diri anda, jika ilmu agama ada dalam diri anda, perbanyakkan dan berkongsi dan jika sebaliknya belajarlah, hadiri majlis ilmu dan dampingi orang bijak pandai agama Islam.. Insya-Allah..

Banding Anak Dengan Monyet

 

 Ana terdengar satu perbualan...

Monyet-monyet di rumah tu kalau cuti sekolah.. Bil melambung.. Televisyen hampir 24 jam buka.. Tak ade kerja lain.. Buat habis beras rumah aku je.. Ada anak macam tak ada je.. Sama je, monyet monyet tu ada rumah makin sepah ada.. Bukan nak tolong ringankan beban malah ditambahnya lagi.. Bil melambung, rumah kotor, pagi pun bangun nak kena kejut.. Buat menyusah je..

Dalam hati sabar je dengar..

Salah siapa tu.. Salah ibu bapa 99% sebenarnya..

Kenapa?? Sebab ----->

Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak. Ibu mengandung menjaga minda dan emosinya kerana ia secara langsung akan mencorak minda anak yg sedang dikandung. Ayah juga tidak secara langsung mencorakkan juga pemikiran anak dr tingkah laku terhadap isterinya yg sedang mengandung itu. 
 
Semua emosi ataupun perasaan yg ada pada seseorang itu akan mengubah fisiology badannya secara kimia, emosi yg baik memberi manafaat dan emosi yg negatif adalah perosak. Di dlaam keadaan stress darah akan kurang mengalir kebahagian depan otak (frontal lobe) yang mana itu adalah otak yg berfikir, ini menyebabkan manusia lebih mengambil tindakan tanpa berfikir yg selalunya dari memori (yang dilihat atau didengar sebelum ini). Janin yg sedang membesar didalam kandungan juga turut merasa kesan emosi tersebut melalui placenta atau pun tali pusat. Placenta bukan setakat menyalurkan makanan ataupun untuk perkumuhan, semua yg dilihat, didengar, di rasai oleh ibu akan turut dirasai oleh janin kesan dari kimia-kimia emosi yg dirembes oleh otak (hipotalamus, pituatary) dan juga kelenjar adrenalin yang mengeluarkan hormon stress.
 
Jadi wajarkah kita ibaratkan anak anak kita dengan monyet.. Kita fikir mudah cukup.. Manusia dan monyet (haiwan) di beri otak cuma manusia diberi kelebihan sebagai khalifah muka bumi dan mempunyai akal.. Kita lahir dari keturunan nabi Adam bukan monyet macam teori orang puteh..  
 
Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:

Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah
 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan

Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.

2. Berbual

Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.

3. Ungkapan

Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.

4. Mendengar

Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka panjang.

5. Menatap wajah
 
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain.
Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan

Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa.

7. Suapkan makanan

Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

8. Beri pujian

Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya

Sabtu, 10 Disember 2011

Jasa Selamatkan Semut

 

Sedangkan aku semut merah.. Eh, bukan lagu tu.. Ini semut haiwan yang Allah sebut dalam Al-Quran yakni surah An-Naml (semut) selain Al 'Ankabuut (labah-labah), dan An Nahl (lebah). Bukanlah, belum banyak ilmu lagi nak tafsir ketiga tiga surah haiwan ni macam Ustaz Haji Zahazan Mohd dalam tafsir Al-Quran dalam radio ikim pukul 6.30 pagi dan ulangannya 7.30 petang (sempat lagi promote ~ bagus rancangan ni )#!#$ (5 star)

Sebenarnya apa cerita di sebalik selamatkan semut ni.. Suatu hari Ana main air dalam tandas (Budak kecik pun gelak kalau dengan Ana yang besar ni main air dalam tandas) tetiba nampaklah ada seekor semut hanyut di bawa air. Sian semut tu terkapai kapai di bah banjir angkara Ana.. Jadi Ana selamatkan dia guna satu jari Ana.. Dia daki jari Ana pastu Ana lepas dia tempat selamat.. (Apa barang lu selamatkan semut pun nak citer).. 

Sabar dulu.. Apa Ana beritahu ni.. Bila sebut semut kita tahu dia kecil.. Bila Ana selamatkan dia Ana tahu dia kecil dan Ana tahu Allah nampak kerana tiada yg terlepas dari pandangan-Nya cuma yang Ana risau apabila tiada terlepas pada pandangan dia maknanya gerunkan sekecil kecil dosa pun Allah nampak dan sebesar besar dosa pun Allah tahu.. Begitu juga kebaikan kecil mahupun besar semua dia tahu.. Jadi dalam hidup kurangkan dosa tambahkan pahala kebaikan walaupun kecil.. Ambil pengajaran dari setiap kejadian Allah yg tiada pernah sia-sia...

Isnin, 5 Disember 2011

Menjawab Persoalan

 

Pertamanya Ana diadapkan satu persoalan : "Apakah kebaikan (fadhilat) puasa 10 Muharram?"

Sebelum Ana menjawab dengan panjang lebar, Ana ingin mengingatkan diri Ana dan antum mahupun Antuna sekalian bahawa apabila datang perkhabaran (ilmu) melalui Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah serta para sahabat tentang sesuatu kebaikan walapun sunat serta sangat dituntut untuk kita lakukan waspadalah daripada bertanya apakah kebaikan mahupun fadhilat melakukan ini dan itu walhal bertanyalah kenapa perlu melakukan amalan ini dan amalan itu.. Ana risau kita terlalu mahu melakukan sesuatu kerana mengharapkan fadhilat semata mata dan juga amat khuatir ada yang melakukan dan memilih hanya melakukan amalan amalan tertentu berdasar fadhilat ini dan itu walhal kerdil sangat sebenarnya segala nikmat limpah dan kurnia Allah dah beri banyak kat kita.. Bah kata lagu "Rabbani - Mana milik kita?" Tiada pun semua milik Allah.. Benarkan? Jadi lakukan dengan ikhlas tanpa bertanya fadhilatnya.. Semoga kita tergolong dari orang orang yg bersyukur dan Kami dengar serta kami patuh...

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
 
Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” 

(Hadith Riwayat Muslim)

Hadits ini menganjurkan supaya kita memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

Puasa ‘Asyura

Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah s.a.w bersabda :

Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu. 

(Hadith Riwayat Muslim)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?

Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.

‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah s.a.w memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” 

(Hadith Riwayat. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi s.a.w telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas r.a. pernah menceritakan tentang puasa Nabi s.a.w

Aku tidak penah melihat Nabi s.a.w bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” 

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. 
 
Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.
 
Wa'Allahu ta'aalam..
 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular