Khamis, 29 April 2010

Orang Kafir vs Seorang Muslim ( Al-Mujadalah)


Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Allah S.W.T dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain.  Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka menilai pendapat siapakah yang paling benar.

Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki itu tidak datang dan ramai hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itu tiba lantas berkata " Maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu saya tinggal di hujung bandar ini. Antara tempat tinggal saya dan tempat ini, ada sebuah sungai. Saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai disini. Tetapi tadi, tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."

Orang Kafir bertanya : " Bagaimana kamu boleh sampai di sini jika kamu tidak menggunakan perahu? "

Jawab lelaki itu : " Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki, tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai terhenti di hadapan saya. Kemudian datang lagi beberapa keping lain, melekat sendiri. Lepas itu, dari dalam sungai itu datang pula beberapa utas tali yang mengikat papan-papan tersebut membentuk sampan kecil. Orang-orang di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutupi rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya dapat menyeberang sungai dengan menggunakan sampan yang terjadi dengan sendirinya."

Mendengar kata-kata lelaki itu, orang kafir itu berang: " Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami? "

Perkara ini mustahil terjadi. Jawab lelaki itu : " kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak mahu menggunakan akal. Kamu menolak kejadian kapal kecil dengan semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya. Apakah yang lebih sukar untuk dipercayai : Terjadi alam semesta secara semula jadi atau terbina sebuah sampan secara semula jadi?  " 

Isnin, 26 April 2010

Tokoh Pemikiran dan Pembaharuan Dalam Islam (2)


SYEIKH MOHAMMAD BIN ABDUL WAHAB

Nama  : Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najd

Lahir : Pada abad (12 H / 1701 M) di Najd dari Kabilah Bani Tamin

Meninggal : Pada 1793 M Semasa berumur 92 tahun

PENDIDIKAN

~ Beliau Lahir dari kalangan keluarga terpelajar

~ Sebelum berumur sepuluh tahun beliau telah hafal Al-Quran.

~ Beliau juga telah mempelajari fiqih Hambali, Tafsir dan Hadith daripada bapanya.

~ Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab Tafsir, Hadith dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.

PERIBADI
~ Mempunyai Otak yang cergas

~ Rajin menuntut ilmu dan menuntut ilmu di usia muda

~ Belajar Bahasa dan ilmu Agama dengan Ayahnya

~ Seorang yang gemarkan Islah, pembaharuan bersih dan bencikan khurafat, tahyul serta bid'ah.

AQIDAH YANG DIBAWANYA

~ Dari Mazhab Hambali

~ Ajaran Syeikh Imam Ibnu Taimiyyah


IMAM HASSAN AL-BANNA



BIODATA
~ Nama sebenarnya Hassan Ibnu Ahmad Ibnu al-Rahman al Banna

~ Lahir pada 14 Oktober 1906 (1324 H)

~ Lahir di Iskandariah, Mesir (Barat Laut Kaherah)

~ Berasal dari perkampungan Petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

PENDEKATAN DAKWAH

~ Lulusan Al-Azhar dan menyumbang dalam penulisan kitab hadith dan fiqh perundangan Islam

~ 19 tahun berpengalaman sebagai pendidik yakni guru

~ Berpengalaman Luas dalam mengendalikan Jemaah

~ Menubuhkan Ikhawanul Muslimin dan menjadikannya terpengaruh

3 PERINGKATAN PENDEKATAN IKHWANUL MUSLIMIN

~ Kenalkan Ikwan pada orang ramai dan sebarkan asas-asas tentang Islam

~ Bentuk keperibadian Anggota Ikhwan dan Laksanakan cita-cita perjuang Islam

~ Gerakan gegarkan mesir dan rebut kuasa politik (pada masa itu)

Ahad, 25 April 2010

Tokoh Pemikiran dan Pembaharuan Dalam Islam (1)

Al - Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah

Latar Belakang
Taqiuddin abu al Abbas Ahmad b Abdul Halim al Harrani
Lahir: 661H, Harran, Iraq
Namanya bersempena moyangnya ke-9
Banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan Islam
Meninggal dunia: Penjara Damsyiq, 728H

Sifat Peribadi
Bertaqwa dan berakhlak
Ulung, berhemah tinggi, tidak mudah berputus asa
Cerdas dan kuat ingatan
Berfikir terbuka dan kritis
Berani dan tegas hadapi cabaran

Pandangan al Imam Ibnu Taimiyah
Bentuk kesatuan : Dua bentuk iaitu Keagamaan (keyakinan kepada Allah, Rasul dan rukun iman yang lain) dan Bahasa (Bahasa Arab).

Organisasi : Menekankan konsep Ummah. Membentuk organisasi negara merupakan fungsi ummah dan fungsi ummah mesti ditegakkan atas kesatuan kebajikan, taqwa dan persaudaraan.

Sumbangan Beliau dalam Akademik

 ~ Bersihkan amalan daripada bidah,khurafat dan mungkar.

 ~ Menentang penyelewengan akidah.

 ~ Ajak kembali menghayati Islam.

 ~ Dipenjara kerana menegakkan kebenaran.

 ~ Tidak berputus asa dan terus mengkritik penyelewengan akidah.

 ~ Mendedahkan keburukan penyelewengan tersebut dan mengajak mereka kembali kepada al Quran dan as Sunnah.

 ~ Menentang pemikiran barat yang cuba meracuni pemikiran Umat Islam.


As Syeikh Muhammad Idris al Marbawi Rahimahullah
Latar Belakang
As Syeikh Muhammad Idris b Abdul Rauf
Lahir: Mekah, 1313H
Dikenali sebagai ulama Melayu pertama di Mesir
Daya ingatan kuat (hafaz 16 juz al Quran dan beberapa kitab lain 
ketika 10 tahun)
Meninggal dunia: 1989M

Sifat Peribadi
Ulama besar nusantara
Ahli bahasa,mahir dalam bidang hadis
Menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat
• Berkhemah tinggi, gigih menuntut ilmu

Kejayaan Idris Marbawi dalam Bidang Pendidikan
Hasilkan kamus Arab Melayu pertama ”Qamus al Marbawidan Qamus al Jaib
Tetap gigih menuntut ilmu sehingga memperoleh ijazah di al Azhar
Pelajar Melayu pertama mendapat ijazah tersebut

Sumbangan Al Marbawi dalam Bidang Bahasa
Hasilkan Bahrul Mazi, kitab hadis pertama dalam Bahasa Melayu tulisan jawi
Tulis kitab dalam Bahasa Melayu agar menjadi bahan bacaan orang 

Melayu
Menulis Bulugh al Maram, kupasan hadis dalam Sahih Bukhari
Dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti 
Kebangsaan Malaysia
Dianugerahi Tokoh Maal Hijrah Malaysia
Hasilkan kitab hadis,fiqh, tafsir dan kamus kerana menguasai

Jumaat, 23 April 2010

KeSABARan Rasanya Pahit Tetapi Akibatnya Manis Bagaikan Madu!


SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI R.A BERKATA :

Bertapa sering kau berkata:

"Apa yang aku harus lakukan dan bagaimana caranya?" Lalu dikatakan kepadamu: "Tetaplah di tempatmu, dan jangan melanggar batas yang telah ditentukan, hingga datang kelonggaran kepadamu dari Dia Yang Memerintahkanmu untuk tetap berada di tempat di mana engkau berada.

Allah S.W.T berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah engkau dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung"

(Surah Ali Imran 3 : 200)

Wahai mukmin (orang yang beriman), Allah telah memerintahkanmu untuk bersabar, saling berpesan dengan kesabaran, saling menjaga ikatan, menjaga batas-batasan yang telah ditentukan Allah, lalu Allah memperingatkanmu agar tidak meninggalkan kesabaran. Dia mengatakan :
Dan takutlah kepada Allah untuk meninggalkannya(iaitu meninggalkan kesabaran) kerana kebaikan dan keselamatan ada dalam kesabaran.

Dari Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Kedudukan sabar terhadap iman, bagaikan kepala terhadap tubuh"

(Hadith Riwayat Al-Balhaqi)

Juga dikata bahawa pahala segala sesuatu sesuai dengan ukurannya, kecuali pahala sabar, kerana sabar itu pahala tidak terbatas.

Firman Allah S.W.T :

".. Sesungguhnya orang yang bersabar dicukupkan pahalanya tanpa batas."

(Surah Az-Zumar 39 : 10)

Apabila engkau sudah takut pada Allah S.W.T dengan menjaga kesabaran dan batasan-batasan yang telah ditentukan-Nya, maka Dia akan melimpahkan apa yang telah dijanjikan-Nya kepadamu seperti di sebutkan dalam Al-Quran : Surah Ath-Tallaq ayat 2 hingga 3 :

" Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan mengada baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya "

Tetaplah sabar sehingga engkau termasuk orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya sampai Allah memberi kelapangan kepadamu. Kerana Allah telah berjanji akan memberi kecukupan kepadamu.


Firman Allah S.W.T :

" Barangsiapa bertawakal kepada Allah, maka Dia cukup baginya "

 (Surah Ath-Tallaq 65 : 3)

Lalu dengan kesabaran dan tawakalmu, engkau termasuk orang-orang yang berbuat muhsinin (kebaikan) dan dengan itu Allah akan mencintaimu, sebagaimana firman-Nya: " ..sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan "

(Surah Al-Maidah 5 : 13)

Kesabaran adalah pangkal semua kebaikan dan keselamatan, baik di dunia dan di akhirat, kerana darinya seorang mukmin naik ke tingkat "redha dan menerima" lalu fana (tenggelam) dalam semua perbuatan Allah sebagaimana keadaan badaliyyah dan ghaibah.

Maka, hati-hatilah, jangan sampai engkau meninggalkan kesabaran, sehingga engkau akan terhina di dunia dan di akhirat, dan luput dari kebaikan keduanya.

Isnin, 19 April 2010

Buku Buku Yang Bagus Untuk Tingkatkan Skill Seorang bakal Daei


Tajuk :

1) Jadi Anda Mahu Menulis?
~ Penulisnya Umi Kalthum Ngah
~ Terbitan JIMedia (informasi terkini)
~   Harganya RM10 (Sem Malaysia) & RM12 (Sabah & Sarawak)

2) Tip Menjadi Pelajar IPT Yang Cemerlang

~ Penulisnya Dato' Haji Fadhilah Kamsah
~ Terbitan Telaga Biru
~ Harganya RM 19.90 (Sem Malaysia) & RM 21.90 (Sabah & Sarawak)

3) Fasilitator Berkumpulan kecil

~ Penulisnya Zuraidah Abdul Rahman
~ Terbitan ibsBuku
~ Harganya RM 30 (Sem Malaysia)

4) Cara Mudah Untuk Berucap Di Khalayak

~ Penulisnya Amin Hazyq
~ Terbitan PERINTIS BOOK Sdn. Bhd
~ Harganyan RM 16.00 (Sem malaysia) & RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
Dari penulis : ~
Sesungguhnya bukan niat untuk promo atau diwakil mana mana syarikat cuma mengajak blogger berkongsi buku buku yang dirasakan bagus dan perlu supaya kita menjadi bakal Daei yang serba boleh bukan sahaja dalam perkara melibatkan kerja keagamaan malah kerja kerja seperti program program amal dan sebagainya yang memerlukan kita berucap, maka berucaplah dengan etika dan yakin, dan apabila berdepan dengan group yang melibatkan program maka rancang aktiviti dan LDK itu perlu serta jika minat berdakwah dari segi mata pena pasti kita perlu tahu dahulu tentang cara dan bagaimana skil skil menulis. Insya-Allah, perubahan demi meningkatkan produktif diri seterusnya mengkualitikan cara berdakwah.


Wa'Allahu'alam.. Barakallahu fi.. 

Ahad, 18 April 2010

Surat Berantai.. Dulu Kertas Sekarang Siber Beb (Aku Rantai Ko Karang)

(Surat + Rantai = Surat Berantai)

Contoh Rantaian Surat/tulisan

"Ini adalah benar.Sila baca sehingga habis dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang Islam yang boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad s.a.w iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah s.a.w.Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad S.a.w.

(b) Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah

(d) berzakat - jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan Fardhu haji - Bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

HURAIAN..

Wa'Allahu'alam sama ada ini benar atau tidak.. Tapi walaubagaimanapun nasihatnya mantap dan bagus. Seruannya memenuhi rukun Iman dan taat ibu bapa seperti surah Luqman menceritakan nasihat Luqman Hakim kepada Anaknya. Di minta sebarkan seperti mana umat Islam menyebarkan salam, nasihat dan belajar serta mengajar. Tapi yang buruknya dan 'syirik' nya apabila di akhir surat itu ada kalimah seperti ini : ~

Contoh Akibat Tidak Menyebarkan Surat Berantai Ini

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatat sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

HURAIAN..

Ana rasa dah beribu kali Ana terima surat layang tu.. Tapi setakat Ana hidup hari ini tiada pun musibah yang dikatakan itu..(Bukan cakap besar tapi yakin yang baik dan buruk itu Allah tentukan) Ana tak mahu kita semua menjadi syirik melayani surat layang dan mempercayai surat layang yang dari mana puncanya dan tujuan apa di sebarkan. Dari tahun 2008 hingga 2010 masih sama isinya masih bodoh orang yang mempercayainya.. 

Ana berserah kepada Allah 100%.. Allah yang selayaknya memberi musibah dan kebahagiaan pada hambanya.. Hanya Dia tempat kembali, hanya Dia tempat bergantung nasib, hanya Dia tempat berdoa, hanya Dia tempat mengadu dan menyimpuh memohon keampunan.

Wahai penyampai surat layang.. Bertaubatlah.. Janganlah kau menjadi perantaraan syirik mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan Islam.. Aku reda Allah itu Tuhanku, Nabi Muhammad itu persuruh Allah dan Dia Nabiku, Aku reda Al-Quran itu kitabku dan Aku reda hidup dan matiku hanya Allah tentukan.. Jangan mempermainkan Nama Allah dan Rasulullah.

APA ITU SYIRIK ?

Syirik bererti menyekutukan atau menyarikatkan. Syirik itu bermaksud menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu yang lain. Para 'Ulama membahagikan syirik kepada dua iaitu Syirik akhbar dan Syirik asghar.

Syirik akhbar (besar) ialah menyekutukan Allah secara terang-terangan sama ada  dengan perkataan dan perbuatan seperti menyembah sesuatu dan mempercayai sesuatu kerana Allah serta menyamakan kuasa Allah dengan Kuasa Makhluk.

Syirik asghar (kecil) ialah menyekutukan Allah secara tidak sedar seperti bersumpah selain Allah seperti nama wali, ulama, pembesar, nenek moyang dan sebagainya serta melakukan riak.

Sesungguhnya mengamalkan syirik suatu dosa yang besar yang tidak diampunkani Allah dan mendapat azab pedih dari Allah S.W.T.

Firman Allah :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar."
(Surah An-Nisa 4:48)

Firman Allah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(Surah Luqman 31 : 13)


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis Qudsi :"Allah ta'ala telah berfirman : Barang siapa yang berbuat sesuatu perbuatan menyekutukan Aku dengan yang lain, maka amalannya itu akan kembali disekutukan itu dan Aku bersih daripadanya"

(Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majjah)

BERAMAL SELAIN MENCAPAI KEREDAAN ALLAH

Setiap amal itu bergantung dengan niat.(Sila klik di sini untuk perincian Hadith ini) Oleh itu seorang beramal selain dari untuk mencapai keredaan Allah akan menyebabkan kemurkaan Allah dan ditolak atau terhapusnya amal dan sia-sia.

Firman Allah S.W.T.

"Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali Hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Yusuf 12 :40)


Rasulullah bersabda dalam Hadis Qudsi :"Hai manusia!. Beramallah kamu semua dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali dikerjakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah."

(Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Adh-Dhahak)

Wa'Allahu'alam..

Sabtu, 17 April 2010

Di Ajak Boikot Tak Mahu Mulalah Keliru (Ajar kita syirik secara senyap)

(HOROSCOPE, DAILY LUCK DAN PERATUSAN JODOH RAMALAN)


SITUASI YANG MEMBIMBANGKAN

Pernah beberapa kali Ana melihat sahabat-sahabat Ana yang layan lentok Facebook ni bercerita dan setiap kali buka Facebook pasti dan mesti nak melihat Daily Luck dan Peratusan jodoh yakni orang mana kita dapat sebagai jodoh. Amat membimbangkan.. Yalah, risau juga kita tersyirik tanpa disedari.Medium untuk syirik perbagai rupa tanpa kita sedar..

HUKUM SITUASI INI

Firman Allah S.W.T Surah Al-Maidah ayat 90:

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan dalam berbagai hadithnya sebagai berikut :Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Sahih Muslim', bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barangsiapa mendatangi tukang ramal (arraaf) kepadanya, tidak akan diterima sholatnya selama empat puluh hari."


Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi dukun (kahin) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."

(Hadith Riwayat Abu Daud)




Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Ustazah Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi."Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
 
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda s.a.w pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Ustaz BadliShah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
 
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya..

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan..

Lagi dan Lagi Pembongkarannya Berlaku ( Simbol Peace)

(Kononnya Simbol Keamanan tapi Penuh Propaganda)

Bila tangan menunjukkan peace seperti gambar di atas mesti dikaitkan keamanan (Peace no War), dan jika bergambar selain sebut keju pastu tangan bersahaja menunjukkan simnbol peace. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Adakah kita tahu apa tanda peace itu? Pernah ke tertanya-tanya? Berhenti tertanya.. Lagi Dan Lagi Kita Bongkarkannya..

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah/pernah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).



Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda law of Fives (Hukum Lima).

Apa itu Illuminati ?

Illuminati (kata jamak dari bahasa Latin illuminatus,“enlightened” ) adalah sebuah nama yang dihubungkan dengan beberapa kelompok, secara historical dan modern, baik itu nyata ataupun tak nyata.Dalam bahasa Arab pula ia di sebut “An-Nuraniyin atau Pemegang Cahaya”. Illuminati bermaksud sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintahtunggal dunia). Secara historic, illuminati secara specific dihubungkan dengan (Bavarian) illuminati, sebuah secret society pada era enlightenment yang didirikan pada 1 Mei 1776(independent day july 4, 1776), bekerja secara diam-diam, Negara per Negara, dan akhirnya menguasai seluruh dunia.


Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri.

Jumaat, 16 April 2010

Seorang Insan Bernama Kakak.. 5 Tahun sudah...

(Gambar Hiasan)

Dengan Tinta aku menulis..

Bertintakan warna melakarkan isi hati..

Hampir semua..

Andainya ku daya..



Rinduku padamu melebihi Isi hatiku..

Cahaya malam menemani..

Bunyi bising kereta meluncur deras..

Mengejar urusan yang tidak pernah terbatas..



Luahan rindu buat kakakku bertamu..

Kubiar perasaan melayani rindu itu..

Tika bergemarnya azan Isyak yang merdu itu..

Aku bersimpuh memohon pada-Nya

Agar kau juga merinduiku seadanya..



Lima tahun sudah berlalu..

Masa itu gambaranku jelas..



Aku,

Budak hinggusan bermesra denganmu..

Mengharapkan kasihmu Kakak abadi setulusnya..

Kakakku yang kusayangi selamanya..

 

Tidak, bukan ini yang kupinta..

Kasihnya bukan sekejap ini..

Ada yang lebih menyanyanginya..

Melebihi sayangku padanya..

Pergilah kakak tinggalkan aku sendirian..



Kakak,

Jika kau mendengar rintihanku..

Ketahuilah kakakku sayang..

Budak hinggusan dulu sudah kini berdiri gagah..

Sudah mampu menukil tinta..

Sudah mampu memikul amanah..

Sudah dewasa matang akalnya..



Tapi,

Rindunya padamu tidak pernah luntur..

Amanah Allah padanya kian teguh..

Berdiri dia kini sebagai penukil tinta kalimah Allah..

Penyeru dan penyahut agama Allah..

Bakal daei, penukil tinta Allah dan Penyeru agama Ilahi..

Aku merinduimu kakak...

Khamis, 15 April 2010

Satu Lagi Pembongkaran (Umat Islam Sila Buka Mata)

(Lambang Dajjal, Illuminiti dan Freemasonary)

APAKAH DI SEBALIK LOGO MU ?

Di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan mind control (kawalan minda).

Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut.
Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika

Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin.

APA ITU DAJJAL, ILLUMINITI DAN FREEMASONARY ?

Dajjal

Dalam ajaran Islam, Dajal (b. Arab: الدّجّال al-dajjāl "pembohong, penyamar") ialah suatu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajal dikenali sebagai Antichrist.
"Dajal" adalah kata Arab lazim, digunakan dalam kata "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajal", dengan rencana pasti, merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik akhir-masa. Ia adalah layak untuk nota yakni istilah Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dari istilah Suryani "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim dari Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").

Illuminiti

Illuminati (kata jamak dari bahasa Latin illuminatus,“enlightened” ) adalah sebuah nama yang dihubungkan dengan beberapa kelompok, secara historical dan modern, baik itu nyata ataupun tak nyata.Dalam bahasa Arab pula ia di sebut “An-Nuraniyin atau Pemegang Cahaya”. Illuminati bermaksud sebuah pemerintahan Iblis (Lucifer) sebagai pemerintahtunggal dunia). Secara historic, illuminati secara specific dihubungkan dengan (Bavarian) illuminati, sebuah secret society pada era enlightenment yang didirikan pada 1 Mei 1776(independent day july 4, 1776), bekerja secara diam-diam, Negara per Negara, dan akhirnya menguasai seluruh dunia.

Illuminati mencakupi organisasi-organisasi international seperti the Trilateral Commission, the Council on Foreign Relations, the Bilderbergers, the Club of Rome, Freemasons.

Pada zaman modern illuminati menerangkan apa yang ada dibalik New World Order(NWO). Banyak pemerhati konspirasi teori percaya bahwa illuminati adalah masterminds dari kejadian-kejadian yang menuju kepada “Satu Kerajaan Dunia”.

New World Order dihubungkan dengan konspirasi menyangkut sebuah kelompok rahsia yang memiliki kekuasaan, bersumpah untuk menciptakan sebuah pemerintahan dunia menggantikan penguasa-penguasa melalui political finance, social engineering, mind control, dan fear-based propaganda.

Freemasonary 

Terdiri daripada perkataan free yang bermakna merdeka dan mason yang bermakna tukang bangunan. Freemason dan Freemasonary ertinya tukang bangunan yang merdeka. Mereka adalah kelompok yang menerima Mason, sebuah organisasi rahsia dengan ritual dan tanda pengenal mereka. Muncul pada akhir abad ke 16 dan berkembang abad 17. Freemasonary hidup dalam beragam bentuk di seluruh dunia, dengan keanggotan yang di perkirakan sekitar 5 juta orang, 480.000 anggota berada di inggris, skotlandia, dan irlandia, sedangkan hampir 2 juta anggota berada di amerika.



KAITANNYA DENGAN LOGO MU ?


Dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri.



Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini.



Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan.

Contoh:


M=13 A=1 N=14 U=21

1+3+1+1+4+2+1=13


Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah syaitan.


E dan R

Bold

E=5, R=18


18-5 =13


N,C,H,E,S,T


N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20


1+4+3+8+5+1+9+2+0=33

Ia merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.

Bagaimana Logo "Muslemeen United" ?


Bagaimana orang Islam terfikir buat logo ini? Siapa nak jawab ni? Adakah ini akibatnya kita hanya mampu meniru tanpa mengetahui apa yang ditiru benar atau tidak?

Wa'Allahu'alam..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular