Sabtu, 10 April 2010

Hukum Hudud (Sebat) Di Samakan Dengan Hukum Kerja Sosial??

(Kartika tiba di mahkamah syariah di Kuantan)


Pengakuan dan Hasil Kes

 "Bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno hari ini berkata dia sudah bersedia untuk menjalani hukuman kerja-kerja khidmat sosial yang dikenakan sebagai gantian kepada enam sebatan."

"Saya sedia menerima hukuman ini dengan hati terbuka dan ikhlas."

"Hukuman enam sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika telah diganti kepada khidmat masyarakat selama tiga minggu atas titah Sultan Pahang."

"Keputusan mengenai hukuman gantian itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang diterima kelmarin."


Apa itu Hukum Hudud?

Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Hadis Menyebut Hudud

Diriwayatkan daripada Ali r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Laksanakanlah Hudud terhadap hamba-hamba kamu, baik yang muhsan mahupun bukan muhsan"

(Riwayat Imam Muslim)

Pelaksana Hukuman Hudud

Hukuman Hudud hanya boleh dilaksanakan oleh pemerintah atau oleh wakil yang dilantiknya. Hukuman ini tidak boleh dilaksanakan oleh orang lain selain daripada yang disebutkan ini. Cuma bagi hamba lelaki atau perempuan, hukuman hudud itu berhak dilaksanakan oleh tuan kepada hamba tersebut. Ini berdasarkan hadis Abu Hurairah r.a. katanya :

Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seorang hamba wanita berzina dan terbukti kesalahannya, dia hendaklah disebat sebagai hukuman hudud dan janganlah mencacinya. Sekiranya dia berzina lagi, dia hendaklah disebat sebagai hukum hudud dan janganlah mencacinya. Sekirannya dia berzina buat kali ketiga dan terbukti kesalahannya, dia hendaklah dijual walaupun seutas tali bulu."

(Riwayat at-Tirmizi)

Hukuman Minum Arak

Orang yang meminum arak atau minuman yang memabukkan walau apa sekalipun bahan asalnya atau namannya, akan dikenakan hukum Hudud. Tanpa mengira sedikit atau banyak mahupun hanya setitik. Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang Tuak yang diperbuat daripada al-bit'u (madu) dan juga diperbuat daripada barli dan al-mizr (jagung), lalu baginda bertanya: 
Adakah ia memabukkan? Sahabat berkata; "Ya" Baginda bersabda: "Semua yang memabukkan haram" Allah Azza wa Jalla telah menjanjikan bahawa sesiapa sahaja yang minum minuman yang memabukkan akan diberikan minum lumpur busuk. Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, apakah lumpur busuk?" Baginda menjawab: "Peluh penghuni neraka atau perahan air (nanah dan darah) daripada penghuni neraka".

(Riwayat Muslim)

Hukuman bagi kesalahan minum arak ialah 40 kali sebatan. Namun hukuman ini boleh mencecahkan sehingga 80 kali sebatan sebagai hukuman ta'zir, bukan hudud.

Dari Anas bin Malik r.a.;

"Nabi s.a.w. pernah memukul pesalah minum arak dengan kasut dan pelepah* sebanyak 40 kali"

(Riwayat Muslim)

*Pelepah di sini ialah pelepah pokok kurma yang diasingkan daripada daunnya.

Namum sekirannya perlu, pemerintah boleh menambah 40 sebatan lagi kepada hukuman ini sebagai hukuman ta'zir. Terutama apabila kesalahan minum arak ini berleluasa. Tindakan ini sebagai langkah percegahan.

Dalil yang menunjukkan hukuman tambahan ini sebagai Ta'zir bukan hudud ialah hadis :

"Uthman r.a. pernah memerintahkan agar al-Walid bin 'Uqbah bin Abu Mu'ait disebat. Beliau disebat sehingga Abdullah bin Ja'afar r.a. dan Ali r.a. mengira sehingga sampai 40. Uthman berkata: "Berhenti." Kemudian dia berkata pula: "Nabi s.a.w. merotan sebanyak 40 kali, Abu Bakar sebanyak 40 kali dan Umar sebanyak 80 Kali, semua ini sunnah tetapi saya lebih suka setakat ini."

(Riwayat Muslim)

Maksudnya beliau lebih suka sebatan sebanyak 40 kali. Ini  kerana jumlah ini adalah amalan Rasulullah s.a.w. dan lebih bersifat berhati-hati dalam menghukum agar tidak melebihi daripada yang sepatutnya sehingga tidak menzalimi pesalah.

Pembuktian

Hukuman Hudud bagi kesalahan minum minuman yang memabukkan boleh disabitkan berpandukan dua kaedah berikut :


  1. Bukti iaitu keterangan oleh dua saksi muslim yang adil

  2. Pengakuan iaitu pesalah membuat pengakuan telah meminum minuman yang memabukkan. Pengakuan oleh pesalah sudah tentu menjadi hujah yang boleh mengantikan bukti.
Kesimpulan

Dengan ini, hukuman ini bukanlah perkara yang boleh diremehkan dan hukuman ini tidak boleh disabitkan sewenang-wenangnya berdasarkan muntah atau mencium bau mulut kerana ada kemungkinan ia diminum secara paksa atau tersilap. Juga hukumannya tidak boleh sesuka hati mau kurang ke mau tambah. Dan juga tidak boleh disamakan dengan hukum kerja sosial mengantikan Hukum Hudud yakni Hukum Allah.. Anda baca Anda tentukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular