Sabtu, 28 Julai 2012

Bantu Aku Bidadari Dunia


Sepucuk surat terselit kemas di sebuah novel " Pemilik Cintaku selain Allah dan Rasul " lalu lembaran itu dibuku dan dibaca serta dihayati :

Kehadapan isteriku yg kunikahi kerana Allah : -

"Isteriku,daku mengingatimu yg sebenarnya satu pun perkara, kamu wahai isteriku tidak boleh membantah kata-kataku melainkan apa yg menjadi suruhanku itu dalamnya terdapat larangan Allah dan kemungkaran oleh Allah S.W.T. Tapi itulah isteriku, telah aku longgarkan kepadamu banyak perkara dan tidak mahu terlalu menekan agar kamu bijak dan faham bermain dgn situasi dan tanggungjawabmu sebagai seorang isteri".

"Isteriku yg kucintai kerana Allah, saban hari kita bersama mendengar kuliyah Ustaz mahupun Ustazah dan kesukaanmu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang tanggungjawab kita bersama kerana dirimu isteriku dan aku suamimu dan tanggungjawab itu menekan perihalmu menjaga keperluan suamimu dan aku memenuhi keperluanmu.. Isteriku, tanpa suruhanku bukan bermakna tak perlu atau tidak payah kerana 'suruhan' bukanlah menjadi satu ucapanku yg mereka anggap kuasa 'vector' bahkan daku suamimu mahu dirimu isteriku memahami tugasmu menyediakan keperluanku tanpa perkataan 'suruhan' dariku.."

"Diakhirnya isteriku, insya-Allah penemanku disyurga.. Syurga dibawah tapak kakiku suamiku,bantulah daku agar syurga itu masih berhak dibawah tapak kakiku yakni suamimu wahai isteriku. Sekian..."

PS : Pesanan ini Ana suratkan agar anda dapat yg tersirat disebalik 'surat' yg tersurat..

Khamis, 19 Julai 2012

Allahuma Balighna Fi Ramadhan Karim


Allahuma balighna fi Ramadhan.. Sampaikam kami pada Ramadhan.. Itu doa kita pada hari hari di bulan Syaaban.. Insya-Allah, Allah sampaikan Ramadhan bulan di dalamnya wajib didirikan ibadah puasa sehari semalam, di siangnya kita berpuasa, di malamnya kita berbuka dan beribadah..

Sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud “Islam dibina atas lima perkara: mengakui bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan puasa pada Ramadhan” - Riwayat Al-Bukhari

Begitu juga sabda Nabi s.a.w. kepada Arabi (Arab Badawi) yg telah bertanya pada Baginda :

“Beritahu kepada aku puasa yg telah difardhukan oleh Allah ke atas aku?” Jawab Baginda : “ Puasa bulan Ramadhan” - Riwayat Al-Bukhari

Begitulah.. Allahuma balighna fi Ramadhan.. Insya-Allah, Allah akan sampaikan kita pada Ramadhan dan diami Ramadhan... Alhamdulillah.. :))

Sabtu, 14 Julai 2012

Bukan Untuk Bangga


Pertama kalinya, bila menyebut Rasulullah. Alahai, rindunya.. Laukana bainana ya habib? Anda Rasulullah masih ada.. Jika Rasullah masih ada.. Jadi manusiakah kita? Kita selalu kata andai Rasulullah masih ada bersama kita, kita akan jadi baik, akan jadi lebih taat agama, lebih baik agamanya.. Itu kata mereka..

Rasulullah kata dalam hadithnya, Rasulullah kata umatnya yg tak pernah melihat beliau lagi baginda sayang dan kasihi.. Juga Abu Bakar Al-Siddiq pernah berkata, jika engkau beriman kepada Nabi Allah (Rasulullah), ketahuilah oleh kau Rasulullah telah meninggal lalu berimanlah kepada Allah semata-mata..

Saya suka, bila kita kata kita kata rindu Rasulullah, kita ikut sunnahnya sehari harian.. Mcm mana? Kita buat semua yg kita mampu semuanya sandarannya berdasarkan sunnah Rasulullah dan dapat gapai redha Allah.. Saya tak suka, seolah olah kita menyalahkan Rasulullah yg Beliau juga manusia cuma Allah utuskan Beliau sebagai utusan Islam buat kita. Ada yg menyalahkan bila Rasulullah tiada,manusia dah tak stabil.. Tolong sangat jangan salahkan Baginda..

Saya tak mau juga bila ada dikalangan kawan saya (semestinya golongan Adam) mcm saya melakukan Sunnah Rasulullah untuk buat orang bangga kat kita.. Misalnya,janggut yg disimpan untuk tunjuk dirinya hensem, bukan kerana nak amalkan sunnah Rasulullah.. Ya Rabbi, betulkan niat sahabatku...

P/S :  Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. (sallahualaihiwassalam)

Jumaat, 13 Julai 2012

Sudah Mula...


Wah, itulah nak beritahu.. Dulu saya ada menyatakan hasyrat saya menjual novel novel yg saya ada. Alhamdulillah kini saya sudah mula menjualnya.. Kalau sesiapa yg ada Fisbuk (boleh ba kalau kau) hehe.. Bolehlah like dan membeli di JUALAN NOVEL TERPAKAI. .



Boleh juga terus menekan link ini :



TERIMA KASIH


Ahad, 8 Julai 2012

Bersedia Menghadapi Kehilangan

Begitulah hidup, penuh dugaan, penuh onar, penuh juga rintangan. Tapi itu kita kata masa kita ditimpa sedikit dugaan dan sedikit musibah yg Allah beri untuk uji kita, untuk melihat tahap kesabaran kita dan akhirnya fitrahlah hidup mesti ada Susan senang, baru hidup mesti ada susah senang, baru hidup biar senang. Kalau semua kebaikan sahaja tiadalah hidup ini.

Saya ada seorang kawan. Dia beritahu saya yg dia bermimpi screen handphone dia retak. Sekecil perkara itu. Apa kecilnya, handphone Samsung Galaxy Note tu, RRP 2299 tu. Bukan dua hinggit, bukan dua puluh hinggit tapi 2K tu.

Anda sedia? Saya sedia? Kamu sedia? Yg hujung tu sedia? Sedia apa awak? Sedia untuk menghadapi kehilangan. Berapa ramai sedia? Saya jujur belum sedia. Masih persiapkan diri untuk melaluinya. Kehilangan apa? Kehilangan apa apa sahaja yg kita pinjam dari Allah. Allahurabbi, kehilangan Nyawa pastinya..

Awak sedia? Saya sedia? Kamu sedia? Yg hujung tu sedia? Sedia apa awak? Sedia untuk menghadapi kehilangan. Berapa ramai sedia? Saya jujur belum sedia. Masih mempersiapkan diri untuk melaluinya. Kehilangan apa? Kehilangan nyawa setepatnya. Hah? Betul..

Hidup kita apa yg ada pada kita semua kita akan hilang. Anda ada apa? BMW 7 series? haha. Saya hanya ada PASSOLA 60-an pun akan kehilangan. Jadi fikirlah, sampai bila nak bermegah dgn apa yg ada? Lenguh tau nak bermegah ni.. Tahu takpe..

Sekadar muhasabah diri saya dan anda..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular