Selasa, 22 November 2016

POKET BOCOR




* Hati- hati dengan poket yang bocor*

Engkau telah berwudhu dgn sebaik2 wudhu akan tetapi engkau boros memakai air.

Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka.

Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan silaturrahmi

Engkau sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci.

Engkau memakai baju jubah dan kebaya, tapi minyak Wangi menyengat.

Engkau memuliakan tetamu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya.

Pada akhirnya *engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket bocor,* satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau menjatuhkannya dgn mudah di sisi lain. 
 
Ya Allah, kami mohon hidayah dan ampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

Isnin, 21 November 2016

MUAMALAH DENGAN TUHAN

 
Keganjilan-keganjilan orang-orang Kita (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)

1. Tidak mampu pergi haji kerana pembiayaan besar, akan tetapi sanggup pergi holiday makan angin ,
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya yg mahal, tapi sanggup membeli iPhone ganti model baharu.
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

3.Sanggup membaca wasap berpuloh group setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat alquran dengan alasan tiada waktu yg cukup untuk membaca.
*bukankah perdagangan Allah itu mahal*

4.Tersebar nyanyian-nyanyian. Orang malu menyebarkan Al Qur'an..


Ya Allah, ampunilah kami yang banyak alpha dan lalai.

BUATSEKARANG

 


Kita biasa sangat dengar orang kata "tak cuba, mana nak tahu" bila ada sesuatu perkara yang kita nak buat tapi ragu-ragu akan hasilnya. Contohnya, Ismail ada rancangan nak meniaga ABC di simpang masuk Giant Nilai. Tapi disebabkan dia baru nak mula meniaga, ada bibit-bibit keraguan dalam hati.
Satu malam sebelum tidur, dia ceritakan keraguanya itu kepada isterinya. Panjang lebar dia huraikan. Mula-mula bab modal, kemudian sambutan pelanggan. Paling dia ragu-ragu pasal penguatkuasa, risau kena angkut. Tapi isterinya hanya membalas, "abang tak cuba, mana nak tahu". Isterinya tidur lena. Ismail tidak.

Mudah betul. Tapi nak cuba dan buat, bukanlah mudah sampai tak tidur kawan tu.
Tapi orang masih lagi akan kata cuba, cuba dan cuba. Apa yang penting sangat dengan mencuba ni?

Ok, bayangkan begini. 

Le Tissier merupakan seorang pemain bola sepak yang dikatakan pengambil sepakan penalti terbaik.
Ikut statistik pemain ni, sepanjang 16 tahun dia bermain di liga Inggeris bersama Southampton dia hanya gagal 1 kali sahaja daripada 49 sepakan penalti yang dia ambil. Itu bersamaan 98% kejayaan. Jadi dia ni antara yang handal.

Kau pula seorang pemain amatur. Main bola seminggu sekali. Itupun ada minggu yang kau tak main. Kemampuan menyepak bola pula, kuat bila tonjol saja. 

Bayangkan kau dan Le Tissier ni sama-sama ada dalam padang bola. Kau diminta untuk ambil sepakan penalti, tapi Le Tissier ni tak dibenarkan ambil sepakan.

Dari segi logik akal, kau lebih berpeluang menjaringkan gol berbanding pemain yang handal tadi sebab dia tak dibenarkan menyepak.

Jadi kau perasan tak?  Kita lebih berpeluang sekiranya mencuba walaupun dari segi kemampuan kita serba kekurangan. Sudahlah sepak tonjol, main bola pun seminggu sekali. Berlawanan pula dengan orang yang handal serba serbi. Jika dia tidak dibenarkan mencuba (tak cuba), dia langsung tidak punyai peluang. Langsung, kosong.

Disebabkan itulah cuba itu penting. Hasil pula adalah satu perkara yang lain.
Jadi, bagi sesiapa yang masih lagi ragu-ragu, bertanggung untuk buat sesuatu lebih-lebih lagi mengejar impian dan cita-cita, baik kau orang mula dengan cuba. Kalau tak, sampai bila-bila pun kau takkan ke mana.

P/S: JIKA TERNAMPAK KISAH INI DI DIKONGSIKAN KETAHUILAH BAHAWASANYA SAYA JUGA TELAH MINTA IZIN UNTUK BERKONGSI.

ANGKAT KEPALA


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.


"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
 

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.


Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling'  itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta..

Sabtu, 12 November 2016

KITA KITA SAMA SAMA


 Assalamualaikum & Bismillah

 Sedikit perkongsian. Sekarang dah tahun 2016, masih ada manusia yg cakap dekat aku
' kenapa tengok wwe, kan berlakon semua tu, tipu ja! '

Dude. Sumpah Wallahi aku tahu and acknowledge sangat lah semua tu berlakon. Start dari tahun 2000 lagi aku darjah 2, zaman WWF sampai WWE , apply, collect mainan wrestlers, poster, dari zaman tu dah aku tahu WWE tu berlakon. 

Lain orang lain passion , dah passion aku tengok manusia kena pukul dengan tukul, baling patah meja, martial art, kena jackhammer atas stage and etc. Tahu la berlakon. Tu suri hati mr pilot drama tv3 bagai, berlakon gak, cuma xdak live event and Rock Bottom neelofa. Tu je. 

Sama macam kalau aku tengok kamen rider. Minat dekat superhero yang
jenis camtu.Variety and Pro-Child sikit lah. Tak payah argue la kenapa tak logik ni tak logik raksasa. Dahtu semua marvel DC infinity stone memang logik lah? Sebab ada kat wayang?
Entertainment n passion memang wajib berkait. Sebab tu aku tak pelik kalau ada manusia sampai nangis2 tengok drama tak kisah la tv3 ke drama gusti ke drama kamen rider ke. 

Benda benda ni side sahaja dalam hidup, just for entertainment dalam hidup. Benda ni akan jadi tak hiburan atau keseronokkan kalau wujud manusia yg bukan lawyer tapi suka sungguh debat argue benda tidakpayah argue. 

So just enjoy the effort and entertainment from them. Jangan lupa appreciate and enjoy our own passion. Allah jangan lupa.

Note:
' tengok gusti boleh tapi jangan buat dekat adik'
' collect mainan tu jangan sampai tak makan' - mom

Maaf,bahasa agak santai dan bersahaja.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular