Isnin, 26 Mac 2012

Jawapan Untuk Mengelakkan Diri dari Ditackle oleh SWEET TALKER



Bila kita tengah chatting ( YM, MYSPACE, FACEBOOK, TWEETER mahupun 4SQUARE ke atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang SWEET TALKER dan berani untok bercakap LUAHAN HATI SI DIA tapi sweet-sweet talker ini dia tak cakap direct. Untok tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untok menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.

Tetapi para wanita,harus berhati-hati! Sebab wanita mudah terpedaya dengan... Muqqadimah ini. Ada yang dah tau trik trik ayat lelaki yang nak mengorat dia. Tetapi ramai yang tak tau macam mana nak mengelakkan diri daripada insan insan yang bermulot manis ini. Maka pada hari ini,ana akan memberi sedikit idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan: Hai,apa khabar?

Jawapan 1: Sihat je...Awak?

Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim. Boleh kau bayarkan kos dia tak?

Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni...

Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untok menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untok mengorat saya ni.

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu...

Jawapan 1: Eh,taklah...Saya tengah upload gambar je...Tak busy pun..Awak buat apa tu?

Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.

Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.

Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk 'Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat'. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?

Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?

Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak...

Jawapan 3: Maaflah wak...Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.

Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan: Awak,saya nak kawan boleh?

Jawapan 1: Boleh saja :-) Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.

Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.

Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.

Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untok berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untok berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?

Jawapan 1: Yeke? Ee...mana adalah...saya tak cantik pun...~

Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?

Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?

Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?

Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je...Area Jusco..Awak duduk mana?

Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!

Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?

Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?

Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah...Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?

Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.

Jawapan 3: Kau ke yang curi beg tangan mak kawan aku hari tu?

Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan: Awak,saya nak gambar awak boleh?

Jawapan 1: Hehehe...Nak gambar tu buat apa?

Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar porno.

Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?

Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan: Awak,jom keluar nak?

Jawapan 1: Urm..Bila?

Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir ye.

Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang tangan aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!

Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah,nenek,datuk dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi...Urm...

Jawapan 1: Saya single jugak....Jadi apa ye awak? hehehe...pelik tiba tiba awak tanya ni...

Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!dasar tak laku

Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.

Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Jadi macam mana? Ok tak jawapan-jawapan tersebut?Haha. 

*ana rasa setiap jawapan 1,bukan nak mengelak,Tapi tu semua jawapan melayan..kalau saudari2 sekalian mnusia yg pintar,pandai2lah pilih jawapan yg selayaknya...(^___^)

Ahad, 25 Mac 2012

Fenomena 'Untunglaaa'

 

Bila larut malam? Tara kucak cak Tara ku cak cak

Eh, bukan bukan.. Bukan itu..

Habis tu? 

Untunglaaa...

Lorh, maen maen pula..

Baik baik, tak maen...

.........................................................................................

 Maaf tak guna BMT (BAHASA MELAYU TINGGI)

Babak 1 :

Aduh, poyolah pensyarah tu.. 
Aku dah jawab betul dah.
 Dia je kedekut nak beri markah...

Saya : untunglaaa...

Babak 2 :

Adeii, dahlah lewat pergi sekolah.. 
Tayar bocor pula.. 

Saya : untunglaaa....
 
Babak 3 :
 
Hancur!!! Masa depan aku hancur!!! 
 Result SPM aku teruk... 
Sia sia aku belajar.. Adyoi...
 
Saya : untunglaaa...

Babak 4 : 

Melepas... 
Aku cinta minah tu.. 
Kenapa dia curang?
Saket hati...
 
Saya : Untunglaaa..
 
Babak 5 :
 
Lu pikirlah sendiri babak babak yang ada kaitan tau...
 
............................................................................................................

Tak dapat apa diimpikan dan apa anda mahukan?

Fitrah yg lumrahnya anda akan berasa kecewa, berasa sedih dan yg paling tak mahu dgr 'dunia ni kejam dan Allah tak adil'

Istifarlah, basahkan lidah dgn Asma Allah.

Betul Ana tiada ditempat anda ketika anda gagal dalam apa anda impikan, ketika anda kecewa anda tak dapat apa anda nak.tapi semua Ana percaya semua.orang pernah alami tak kira dari hal se...kecil kecilnya hinggalah hal sebesar besarnya. Kadang kadang apa kita nak lain Allah beri. Allah tahu apa terbaik buat kita. Dan kalau kita redha pasti hikmahnya lebih besar.

Kemungkinan besar kalau Allah beri apa kita mahu kita akan jadi bukan kita. Jadi bukan kita? Yalah, ramai yg bila tak dapat nak tapi bila dah dapat lupa Allah, ingkar suruhanNya dan mula berpaling tadah.

Petuanya :

*Allah tak beri apa kita minta tapi Allah beri apa kita perlu... 
*Untunglaaa orang yang bersabar...
 
Jadi : Untunglaaa...

Selasa, 20 Mac 2012

Aku Terimalah

 
 
"Aku terima nikahnya Si Pulina Binti Si Pulan dengan Mas Kahwinnya RM tunai.."


BERMAKSUD :

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.
"
 
Gerun bukan? Benar ini bukan perkara baru.. Eh, bukan.. Saya belum nikah lagi.. Insya-Allah kalau ada rezeki tahun ni.. Maksud di atas hanya satu soreh. Soreh ni mcm perkara tersiratlah atau seumpamanya.. Buat takut je.. Eh, mana ada.. Inilah hakikatnya.. Ramai yang nampak luaran indah namun dalamannya Allah sahaja tahu..
 
Benar bukan, ramai lelaki yang berjaya akad nikah semasa tangan dia dan kadi berpaut namun lagi di banggakan jika sekali lafaz sahaja namun ketahuilah itu zaman dulu, zaman sebelum saya nikah.. Hahaha, amboi, bukan main kau.. Yalah, akad nikah ni ramai lelaki berjaya melakukannya namun ramai yang tak berjaya mendidik isteri seperti kehendak didikkan Islam.. 
 
Fahamkan? Bukanlah saya nak cakap sebab insya-Allah saya akan menyusul tapi sebenarnya nikah ni bukan sesuatu yang mudah, nikah mudah namun melaksanakan tanggungjawab selepas nikah itu bukan mudah. Amboi engkau, sebut nikah muka engkau lain je, pipi merah je.. Siapa tak mahu nikah akak oi.. Semua mau nikahkan? Jadi biar lambat asalkan tepat tau.... (Saya diam memikirkannya)

Ahad, 18 Mac 2012

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?

 

 Yalah, bukan pelanggan sahaja yang nak kena jaga hati.. Pelbagai pihak kita kena jaga hati.. Ada yang kata seumur hidup dia, dia hanya hidup untuk jaga hati orang sahaja.. Dari air muka juga kita boleh tahu bagaimana seseorang itu hidup untuk menjaga hati orang.. Ya, tak dinafikan kita kena jaga orang orang yang disekelilingi kita. Nak nak kalau orang penting dalam hidup kita.. Kekadang kit kalau sayang orang kita akan turut kata dia, penuhi apa dia nak, bereskan segalanya buat dia dan yang penting segalanya yang mendatang kita hadapi dengan tenang walaupun ' air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. 

Kekadang kita perlu merelakan, kita perlu lepaskan apa yang mereka mahukan.. Biar mereka pergi dengan memilih apa mereka mahu, usah kita bentengkan keinginan mereka, usah kita melarang dan usah kita menjadi halangan apa mereka mahukan.. Senang sebenarnya nak jaga hati orang dan sekaligus berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukannya.. Bukannya kita tak mahu usaha untuk sesuatu itu namun andaikata memang tertulis sesautu itu bukan untuk kita maka usah kita macam tadilah usah kita bentengkan keinginan mereka, usah kita melarang dan usah kita menjadi halangan tegar kepada apa mereka mahu.

Benar, kalau bukan kita siapa lagi? Kita mulakan pasrah dalam hidup, ambil baik buang buruk dalam satu perkara. Insya-Allah, Allah permudahkan buat kita dengan mengantikan yang lebih baik dan terus baik suatu masa nanti..

Khamis, 8 Mac 2012

Tahu Tak Bermakna Faham

 

Panjang celotehnya.. Gooodceloteh ke apa? Ke juara debat, juara debat 3 hari berturut-turut seperti yang pernah UItm buat dulu.. Tak tidur ke apa? Entah, saya tiada waktu tu.. Tahulah, saya tahu.. Tapi tak bermakna kamu tahu kamu fahamkan..

Saya nak debat jugalah.. Saya akan cuba menulis tanpa tanda (titik dalam perenggan ni). Bagaimana tahu tak bermakna faham? Macam ni, ramai orang mengutarakan persoalan untuk faham satu satu persoalan yang bermain di fikiran seperti soalan soalan yang mungkin kurang berasas atau soalan yang logik, soalan yang kekadang perlu jawab persoalan dengan soalan juga kerana kekadang kita bertanya seusatu yang kita tidak sedar kita tahu cuma kita bertanya kerana kita tahu tanpa kefahaman yang sebenarnya.

Saya tak mampu lagi, sememangnya ayat memerlukan noktah.. Baru nampak cantik dan molek.. Saya akan huraikan tajuk ini dengan lebih mendalam suatu masa nanti.. Insya-Allah dengan contoh dan penerangan lebih jelas.. Insya-Allah.. 

Selasa, 6 Mac 2012

Hari Bertemu Pelanggan Ke?

 

Assalamualaikum. Jalan lagi.. Hai. Jalan lagi.. Pienn pieenn (bunyi hon kereta) jalan lagi.. Bukan blogwalking tau. jalan lagi.. Jalan lagi.. Sebenarnya jalan dipaksi sama. Bumikan putar ikut paksi. Satu putaran lengkap 365 1/4 hari tapi tahun ni 366 hari. Hari bertemu pelanggan ke? Taklah, mana ada saya buka kedai.. Mana ada saya seorang penjual.. Mana ada saya seorang yang bisnes mcm papa saya.. Papa ke bapa ke ayah ke tak kisah.. Asalkan kerana seorang lelaki yang digelar semua perkara itu menikahi mama kita maka lahirlah kita..

Hari bertemu pelanggan ke? Benar, setiap hari bertemu pelanggan.. Betul ke? Yolah.. Tak percaya, lanjutkan bacaan anda.. Maka apa yang anda baca percayalah.. 

Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya : Aku membuat bai’ah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik terhadap setiap Muslim. 

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: ‘Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai’ – hadis riwayat Muslim. 

Benarkan? Hari bertemu pelanggan tu hari hari.. Kita akan jumpa pelbagai orang setiap hari.. Orang yang bagaimana dan macam mana? Yang pelbagai ragam sampai ada yang sebut secara berulang-ulang "rambut sama hitam hati lain lain" (yang rambut dah warna macam macam warna tak tahulah hati mereka macam mana). Tak mau sebutlah tapi apa yang perlu hari ini dan ramai yang takut lakukannya iaitu melakukan sukerela " hari bertemu pelanggan".. 

Mai lanjutkan sikit lagi.. 

Kata Saidina Umar Al-khattab r.a : -

 "Manusia yang berakal ialah manusia yang suka meminta nasihat dan menerima nasihat"..

sekian sudah...

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular