Khamis, 30 September 2010

Pernahkah Kau Meminta Agar Matimu Dalam Syahid?

 

Rasulullah s.a.w. pernah mendengar salah seorang sahabat baginda berdoa :
"Ya Allah, berikanlah diriku perkara yang lebih istimewa daripada apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Soleh."

Rasulullah s.a.w pun membalas,

" Maka perutmu akan dibelah dan darahmu akan ditumpahkan! (Mati Syahid), itulah perkara yang lebih istimewa daripada apa yang Allah telah berikan kepada hamba-hambaNya yang soleh"

 " Jiwaku meronta-ronta selagi belum ku lihat tertegaknya Negara Islam"

Kata-kata Asy-Syahid Hassan Al-Banna. Beliau merupakan pengasas Jamaah Ikhwanul al-Muslimin yang berjuang menegakkan syariat Allah selepas kejatuhan Khalifah Islam terkahir di turki pada 1924. Beliau mati syahid ditembak oleh polis rahsia Mesir atas arahan kerajaan Amerika pada 1949 setelah berjaya mengumpul 2 juta Ahli.

"Saya tidak takut mati syahid. Bahkan saya cintakan mati syahid. Ketika mereka ingin saya, mereka boleh dapati di kerusi roda ini. Saya tidak akan bersembunyi..

Walaupun keadaan tubuh yang lumpuh, mata yang kabur, pendengaran yang tidak begitu jelas dan suara yang agak perlahan, itu tidak menghalang beliau mengerakkan semangat juang rakyat Pelastin. Kerana ucapan keramatnya, mereka sanggup kehilangan nyawa. Akhirnya beliau syahid.. kerusi rodanya hancur dan jasadnya menjadi cebisan-cebisan daging yang bertaburan.. tidak tinggal satu pun jasad kecuali kepala..

Apakah perjuangan kita untuk Islam sebelum merasai mati syahid?

Rabu, 29 September 2010

Sejauh Mana " Sharing Is Caring " anda ?


Renungan (1)

Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Di buat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

Renungan (2)

Setiap kesalahan dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulaginya lagi.

Renungan (3)

Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

Renungan (4)

Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang mukmin.

Renungan (5)

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya ras tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan surara, pantang ditegur, tidak ada tanda tanda kesal atas kesalahannya.

Renungan (6)

Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah bermujadalah). Orang yang ada sifat marah tetapi disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang muhasabah inilah manusia normal.

Renungan (7)

Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba kepada penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

Renungan (8)

Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

Renungan (9) 

Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus asa kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

Renungan (10)

Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan hinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Selasa, 28 September 2010

Bicara "LUKA" Buat Teman

 

Teman..

Bicara ini kutulis buat mereka yang masih punya akal untuk melihat menilai, punya hati untuk mengerti. Diri ini menyedari, mungkin akan membara dengan isi biacara, biarkanlah... memang itu hasrat di hati. Moga perit luka dan panas baran itu mampu menyentak kita dari alpa walau sedetik cuma. Sesungguh hidayah bukan milik kita. Hidayah milik-Nya yang maha Esa.  Bicara tertera bukan bermakna diri ini sempurna. Tapi ikhlas rasa tanggungjawab pada-Nya. "Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran." itu erti kalam suci yang menjadi tujuan bicara ini. Itulah tugas murni yang patut menjadi budaya umat ini. Sesungguhnya bicara luka ini adalah lambang kepadamu, teman..

Teman..

Ingatkah kalian pada titisan air mata ayah bonda yang mengiringi permualaan perjuangan ini? Terfikirkah kalian untuk apakah manik suci itu mengalir dari kelopak mata tua mereka? Ataukah kalian menyangka nostagia sedih itu hanya sebuah drama pilu? Lantas kalian bebas ketawa ria bila drama pilu itu melabuh tirainya. Pernahkah kalian berada dalam diri seorang ibu yang menangis redha lantaran berjuang dari anak kerana ilmu? Pernahkah kalian berada dalam ayah yang menangis terharu lantas itu kita terus ketawa, ketawa dan ketawa, biarpun mereka berduka.

Sedarlah teman! Air mata itu adalah lambang segunung harapan. Air mata itu adalah simbol satu kebanggaan. Moga zuriat mereka bakal pulang sebagai pahlawan Islam. Moga mati mereka tenang dengan waris zuriat yang beriman. Agar maqam mereka bersinar dengan doa anak yang soleh. Alangkag sejuk rahim ibu mengandung!.

Tangisan itu yang mengiringi kehadiranmu adalah lambang sebuah amanah, lantas janganlah dikhianati. Benar, kiranya seronok yang kalian cari, di bumi ini terbentang 1001 keseronokan. Rokok? Arak? Perempuan cantik? Jejaka Hensem? Artis? Hiburan? Lepak? Wayang? Semuanya ada. Bergayakah kalian dengan rokok Yahudi berapi di tangan sambil melihat kepulan asap keracunan bertembangan? Hebatkah kalian dengan terdedahnya semua anggota yang menghairahkan hakikatnya mengerikan kalian di akhirat nanti? Hebatkah kalian dengan rabak dan labuhnya jeans sambil berjalan sambil berjalan menyapu najis anjing? Banggakah kalian berjalan ke sana ke sana dan ke mari dengan berpimpinan tangan sesama bukan mahram? Buatlah apa saja. Berseronoklah  sepuas-puasnya sebelum dilempar ke neraka jahanam! Bersenang-senanglah sepuas hatimu. Biar pintu kebahagian abadi tertutup kejap buatmu selamanya. Usah berkhayal menyentuh bidadari, kalau syahwat menguasai diri. Jangan mimpi menjejak syurgawi, kalau lalai pada Ilahi. Ingatlah.. 

Munafikkah kita tatkala lantang melaungkan daulah Islamiah sedangkan akhlak jauh melayang ? Kita ghairah menuduh dan mencerca orang itu zalim sedangkan kita sebenarnya pengzalim. Zalim pada amanah!. Mengaku teman, Kitalah hipokrik! Kitalah sebenar penzalim!. Ambillah masamu walau sesaat cuma. Nilailah dirimu sebelum kamu menilai teman. Seringkali kedengaraan kalimah : " Ahh... Nanti berubahlah!" atau ini, "Relekslah.. Kita muda lagikan!" atau ini " sibuklah kau ni, engkau kubur kau aku kubur aku!" Kita sangka ajal maut itu milik kita?? Lantas kita tangguh masa untuk bertaubat! Berfikirlah secara jujur dan realistik. Buanglah ego yang ada yang menyaluti diri. Gunalah akal yang waras kerana kita sebaik baik manusia yang dijadikan sebagik-baik kejadian..

Wahai teman..

Di penghujung bicara ini, kupohon sejuta kemaafan. Biarkalh hati itu terluka. Pedihnya tidak akan lama. Selama ini hati itu terlalu manja. TInggalkan kenangan dan khayalan kalau ingin melihat kenyataan. Allah S.W.T. menjadi saksi bahawa aku telah menyampaikannya. Bicara luka ini bukan luahan pada sesiapa. Inilah lambang cinta dan kasihku pada kalian. Segala peringatan ini terlebih utama buat diriku. Aku jahat dan kita jahat. Orang yang baik bukannya dia tidak pernah berbuat jahat. Bahkan, orang yang baik adalah mereka melakukan kejahatan tetapi dia menyesal atas kejahatannya. "Barangsiapa yang berpaling dari peringataKu maka bagi mereka kehidupan sempit dan Kami akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". Itulah maksud dari kalam suci sebagai wasiatku buat kalian. Buangkan egomu kerana itu sikap iblis. Bukalah pintu hatimu seluas-luasnya sebelum ia tertutup oleh Allah S.W.T buat selamanya. Inilah bicara luka dariku buat mereka yang mempunyai akal untuk menilai. Punya hati untuk mengerti.


 

Sabtu, 25 September 2010

ku Perhatikan Yang Semalam..


Dugaan Semalam Ku Imbas,
Semalam dan Hari Ini Tak Sama,
Berbeza Ia Memang Tak Sama..

Ku Selak Jendela Hening Pagi,
Indahnya Suria Pagi Menyinari,
Alam Ini Masih Indah Menceriakan Pagi..

Allah Masih Memberi Kesempatan Pada Kita Hari ini
Adakah Kau Salah Seorang Yang Mengucapkan Syukurmu?
Walaupun Bersujud Dhuha Tanda Kau Syukur?
Tanda Kau Redha Dengan Rezeki-Nya..

Kau Tanya Diri, Aku Juga Muhasabah Diri,
Kotor Rasanya Permulaan Pagi Dicemari,
Indahnya Pagi Dimulakan Dengan Ibadah,
Dengan Alunan Suci Quran..

Itu Aku Rindu Itu Aku Mahu,
Hari Ini Mulakan Dengan Indah,
Esok Mulakan Penuh Ikhtiar,
Moga Aku Diredhai Allah... Ameen..

Khamis, 23 September 2010

Penuh Hikmah Penuh Rahsia (2)


Daripada Ma'qal bin Yassar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w. : 

" Hati al-Quran ialah surah Yaasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yaasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati "  

Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai 

Hari ini, Indahnya..
Kalimah Allah yang benar beralun..
Tak pernah luput, utuh kekal..
Isinya mantop, bacaannye penawar..

Bahasanya hanya Arab..
Pengamalnya tekun meneliti..
Isinya penyembuh..
Ayat yang penuh hikmah dan pengajaran..

Malam ini beralun lagi..
Serentak dan bertenaga dinihari..
Rindu saat ini, bila kan bersama lagi..
Alunkan surah Yassin bersama keluarga sejati..

Mungkin suatu hari nanti begini..
Bersama isteri dan anak-anak nanti..
Duduk mengelilingi berkumpul lagi..
Alunkan surah Yassin bersama keluarga sejati..
Kabulkan impianku ini Allahu Rabbi..

Ahad, 19 September 2010

Penuh Hikmah Penuh Rahsia (1)


Assalamualaikum w.b.r.. Selamat Hari Raya Semua.. Alhamdulillah.. Ana makin pulih.. Maaf, kebelakangan ini banyak kisah pasal Ana dalam blog ini.. Bukan tiada idea tapi kekadang Ana sendiri lupa dan sedikit musibah buat Ana tak boleh kerap mengadap laptop, namun usaha dakwah tetap tidak luntur malah tetap juga Ana cuba isitqomahkan.

Setelah pulang hospital, alhamdulillah ramai saudara mara yang jauh dan dekat datang melawat Ana.. Kiranya Ana ni medium silaturrahim antara keluarga dan saudara mara..  Time raya tak ramai macam ni, ni Ana sakit ni sampai pukul 1 pagi pun saudara mara berbual mesra dengan keluarga.. Ini antara hikmahnya bila Ana sakit.. Alhamdulillah ruang silaturahim masih lagi terjalin dan diperkuatkan.. Penuh hikmah dan rahsia.. : - )

Jumaat, 17 September 2010

Ujianmu Mematangkanku ( La Tahzan)

 
Firman Allah S.W.T. :
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan " Kami Telah Beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "

(Surah Al-Ankabut 2-3)

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah yang Esa.. Ana masih diuji dan Allah menegur Ana.. Allah masih beri kesakitan kepada Ana sebagai kafarah dosa-dosa Ana.. Ya Allah Sembuhkanlah diriku.. Daku ingin kembali mencari ilmu dan mengamalkannya dan serta menyampaikan kepada mereka yang perlu.

September  14. Waktu itu berlalu dengan pantasnya. Masa itu, kemalangan berlaku. Motosikalku  (CCH 1289) tayar belakangnya meletup.. Aku hilang kawalan maka aku terbabas dan cedera di lengan kiriku, lutut kiriku, pinggang kananku, serta bahu kananku patah. Allah mengujiku setakat itu. Walhal, keadaan motosikalku rim belakang bengkok, tayar pecah dan helmet kanan retak..

Bersyukur aku, Allah takdirkanku memakai helmet time itu, kalau tidak pasti kepalaku sudah retak dan otakku bergegar hebat. Allah menegur kesilapanku. Sakit itu kafarah. Semua Allah beri Dia akan  ambil. Cuma cepat atau lambat. 

Allah bersumpah dengan masa. Masa sihat kita, kurangnya kita manfaat kepada agama Allah maka Allah datangkan sakit dan menguji kita supaya Dia suruh kita kenangan masa yang lapang dahulu dan suruh kita bersyukur. 

Hari ini, aku dirumah.. Keadaanku makin pulih. Bahuku masih sakit.. Namun tiada terbatas apa pun. Semuanya masih aku pertanggungjawankan.. Solatku, ibadahku, dakwahku dan segala perkara baik aku lakukakn niatnya kerana Allah.. Ya Allah permudahkan urusanku dan segala umat Islam.. Jangan pesongkan hati hati kami setelah kau memberi hidayah kepada kami.. Allahuma saidina Muhammad Wa ala Alihi Muhammad..


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

''Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.''

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wa'Allahu'alam..

Ahad, 12 September 2010

Tawaran Selagi Syawal Masih Ada


Assalamualaikum w.b.r. Sememangnya masih belum terlambat untuk blogger ucapankan selamat hari raya buat umat Islam dan khasnya buat pembaca blog Lampuneonmu sekalian.. Alhamdulillah bulan ni blog lampuneonmu sudah berumur setahun. Masih muda, masih jambu masih "Setahun Jaguh".. Memang baru setahun tapi insya-Allah harap ada sedikit pengisian untuk di kongsi bersama.. Nabi Kita pesan apa? Sampaikanlah olehmu walaupun satu ayat.. Insya-Allah selagi ada umur selagi ada kelapangan, selagi ada idea, selagi Allah berikan ruang nafaz, Ana akan kongsikan apa apa yang menjadi buah ilmu untuk semua Antum / Antuna..

Direction Cuti

Bagaimanakah cuti anda? Ramai yang kurang suka cuti. Bukan tak mahu cuti tapi katanya singkat bebenor.. Hey, bersyukurlah walaupun cuti sekejap. Nikmatilah walaupun cutinya hanya seminggu atau dua minggu. Nak nak cuti syawal ni, sampai ada yang kata mahu cuti sebulan sebab sebulan puasa.. Ewah ewah, balas dendam ke ni? Puasa sebulan wajib. Raya sebulan entahlan wajib ke tak? Tanyalah diri.. Kebiasaannya raya cukuplah seminggu atau dua.. Kerana apa? Kerana amalan bulan ramadhan belum berhenti tapi masih bersambung.. Hah?? Macam mana tu? Macam ni... Jeng Jeng Jeng..

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” 

(Riwayat Al-Bukhari)
Bagaimana? Tertarik dengan tawaran Nabi? Memang tertarik tapi alasan sering ada.. Kalau yang mengeluh raya nak sebulan maka bila di ajar puasa 6 maka tak adalah puasa 6nya.. Biarlah raya syawal pendek tapi keberkatan itu ada.. Ganjaran Keberkatan di mana mana (Perkara baik) itu lebih baik daripada ganjaran lain.. Tiada jalan pintas dalam menjadi hamba Allah yang taat melainkan jalan jalan yang perlu dilalui adalah direction straight to memperoleh redha Allah dalam apa pun yang kita lakukan..

Wa'Allahu'alam...

Jumaat, 10 September 2010

Bertalu-Talu Ucapan Raya


Afiq Abdul Rahman

Tunggu-Tunggu Ray0 dah dokek
Baka lomang Robuih ketupek
Nak Anta kad Rayo da tak sompek
Anta sMs jo yang copek...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. =)
Fathiah Awanis

Adakalanya kita :
TERkasar bahasa..
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsasul yang tak sengaja..
TERpukul kat mana-mana..
TERpekik kat telinga..
TERhantuk di kepala..
TERpinjam harta benda..
TERmoody tak semena-mena..
TERumpat bila-bila..
TERusik tak sengaja..
dan macam-macam lagi laa..
Namun ampun & maaf jua dipinta
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.

Fadhli (Dak

Pantun Lebaran :  
Bulan Ramadhan telahku tempuhi,
Mengawal nafsu terpahat di hati,
Datangnya syawal keesokan hari,
Membawa banyak erti yang tersembunyi di hati,
Mohon maaf dari teman disisi,
Usah berdendam dibawa ke mati, 
Memohon ampun dari hati ke hati,
jika terkasar bahasa dan pelakuan yang menyakitkan hati,
SELAMAT HARI RAYA.

Kak Long Diana

Sedihnya bila "keluarga" ramadhan akan ditinggalkan..
Keluarga ini amat bermakna buat kita..
Dengan Tadarusnya, terawikh, witir, sahur, juga ibadah puasa..
Mohonlah mg Allah temukan dengan ramadhan yang akan datang..
Slm EiD Mubarak..
Maaf atas salah silap selama ini - Kak Long

Noor Insyirah 

Salam.. Selamat Hari Raya maaf Zahir batin Sahabat ;-) 

Farah Syahirah (Dak 2)

Barakah
Ramadhan
dRindui

Kemeriahan
syaWal dRai

salam Aidilfitri
dR kami

sy & Suami

eh,blom kaWin lg ar

sy & famili

Haha, Maaf Zahir bAtin..

Amar (Dak 2)

Walaupun LangKah taK bertemu,
TanGan Tak BerJabat,
UcaP TaK TerDengar, Mata Tak Bertatap,
TaPi IzinKan HatI memohon Maaf Zahir & Batin..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Rabiatul Aisyah

B4 aidilfitri dtg,
B4 Rmdhan Prgi,
B4 operator bz,
B4 msj asyk pending,
B4 network busy,
B4 krdit hbs,
saya
ucapkan SlmT aRi Raye, Maaf Zahir & Batin.

Hafizudin (Dak 2)

Geli hati c hari-hari,
Mlihat itiknya mnari zapin.
D ksmptn ini myusun jari,
Maafkan yg Zahir maafkan yg batin,
From : Mat Sarawak sekeluarga..

Nurhanis(Ikip)
Tangan ku hulur xkesampaian,
Senyum ku ukir xkelihatan,
SMS ku kirim tanda ingatan,
Di Aidifitri kita bermaafan,
Selamat Hari Raya.

Syahriaz Maskur
Hari Jumaat raye pertama,
Hari sabtu raye kedua,
Hari ahad raye ke tiga,
Datang la beraye..
Agagagagagaga

Ustazah Fadeelah

Ramadhan bulan Ujian & Latihan pembentukan karakter manusia!
Bulan pembebasan jasad, jiwa & hati dari rutin perhambaan dunia!
Ujian & latihan sebenar pada sekelian kalinya akan bermula 1 syawaL!
Istiqomahlah! Selamat hari raya Aidilfitri!
MAAF ZAHIR & BATIN!

"Memaafkan itu lebih mendekatkan kepada Taqwa"
Q : 2 (al-Baqarah) : 237

Shazwanee Maysarrah


Pejam celik pejam celik dh lama x jumpe..
pejam Celik Dh 29 ari Posa..
Makin d pejam Celik, Makin byk salah & dosa..
Sementara masih celik.. Byk2 buat pahala..
B4 pejam x celik2..
Harap maaf jika tersalah kata..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Rafiuequdin 

Dalam Persahabatan Kita..
Pasti ada yang kurang kerana kita tiada yang sempurna,
Dalam menyambut lebaran ini,
Bukan hanya kemaafan yang inginku pinta,
Namun teguran & nasihat Darimu sahabat agar dapat membaiki diri ini sentiasa..
Salam Lebaran 1431 H - (^-^)

Biarkah selagi Kehangatannya Masih Terasa..

Khamis, 9 September 2010

Iedun Saiedun Kullu Amin Wa Antum Bi Khair


Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Maaf Zahir dab Batin
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas dan Kegembiraan
Buat Pembaca dan Rakan Rakan..


Eid Mubarak Semua :-)
Minal Eidul Wal Faizin..

Daripada :
Penulis Buat Pembaca semua..

Sunnah Yang Di Istiqomahkan


Ingin berkongsi sedikit.. 

Semalam, Ana kagum satu perkara
..  

Masa tu tengah tunggu bus dari KL untuk ke rumah Mak Angkat kat Kuala Lipis.. Tiket bus Ana naik tu pukul 8.00 malam.. Maknanya tak sempatlah berbuka di restoran atau gerai serta warung terdekat. Jadi kene berbuka di Perkeliling. Azan berkumandang di radio hp Ana.. Allahuakhbar Allahuakbar.. Ana berbukalah dengan air masak..  

Tertiba ada bro tepi ni hulur kurma.. Katanya "Dik, silalah jamah kurma ni, Sunnah ni. " Pendek ayatnya namun Ana tersentuh.. Ana ambillah kurma tu dan memang kurma tu bukan baru dibeli tapi memang dah tinggal sisa dah sentuh.. Yang Ana tersentuhnya yang memberinya bukanlah seorang yang berjubah dan berpakaian sopan tapi yang memberinya seorang bro yang mukanya baik tapi bertindik di telinga, gempal gempal sikit berseluar pendek atas lutut tapi amat hormat sunnah Nabi dan berpuasa.. Even pasti ada yang kata tak guna puasanya tapi puasa itu pahalanya  Allah tentukan dan yang pasti walaupun dia macam tu tapi sunnah Nabi yang dia "istiqomah" tak pernah dia tinggal.. Itu pengalaman yang tak Ana lupa..

Selasa, 7 September 2010

Madah Ramadhan


Duhai Bulan Muhammad
Kau bakal pergi sekali lagi..

Petang ini, 
Sebelum tiga hari lagi ramadhan berlabuh tirai,
Aku sendiri termenung apa yang menantiku esok
Adakah aku masih merasai esok?

Dahiku mengerut hairan,
Sebulan bagaikan seminggu,
Seminggu bagaikan sehari,
Cepatnya ia (ramadhan) pergi,
Adakah ia (ramadhan) masih muncul nanti?

Adakah aku masih sempat?
Antara dua, ia (ramadhan) masih ada tapi 
Ah.. Aku pula yang tiada atau sebaliknya..

Jika aku masih ada,
Ia (ramadhan) kelak bukan seperti ini,
Bukan jalan cerita ini,
Bukan di arus ini,
Ku harapkan ia (ramadhan) lebih baik,
Lebih aman dan harus lebih barakah..

Tirai ramadhan, kau harus pergi,
Adikmu syawal datangnya pasti,
Menyinar kegembiraan kami,
Tautlah hati kami dalam Islam yang hakiki..

Isnin, 6 September 2010

Terhias Terindah ( Jangan Alpha)


(Nikmat Rehat, Hargailah)


kerosakan muka bumi ini adalah akibat perbuatan tangan-tangan manusia sendiri.

Hidup di dunia adalah sebagai perantau.. Merantau bebas di muka bumi ini.. Bebas melihat Alam yang indah ciptaan-Nya dan bebas melihat kehancuran bumi yang disebabkan tangan-tangan manusia. Bila Bumi akan menjadi sisa-sisa kehancuran akibat tangan tangan manusia? Sesungguhnya saudaraku, anda sedang melihatnya kini.. Bertebaranlah di muka bumi melihat apa yang perlu dilihat, lihat ragam ragam manusia..

Adakah anda tahu apa nikmat yang biasa-biasa yang kita rasa tak penting dalam hidup kita..  Misalnya terbesin.. (Alhamdulillah).. "Terbesin" itu sebenarnya nikmat.. Cuba fikir kalau terbesin itu tiada maka tiadalah keluar kuman kuman dari mulut kita. Misalnya lagi Menguap, Geliat, Kentut dan Sedawa.. Cuba fikir sekejap.. Kalau tiada semua ni apakah terjadi dengan kita? Sesungguhnya apa yang Allah buat itu bukanlah sia-sia..
Renungkan..

Ahad, 5 September 2010

Ramadhan Satukan Kami

(Animasi Juadah Berbuka)

Salamualaikum w.b.r.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, sudah 26 hari kita berpuasa dan 4 hari lagi ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. 

"Ramadan yang telah pergi
Syawal pula kembali
Tika mereka bergembira bersama keluarga
"
 
Sedih lagu ni.. Tapi yang pasti kita di bulan ramadhan dan bulan syawal akan datang tidak keseorangan. Ramadhan setiap tahun pasti mendatangkan perkara lebih baik dalam hidup kita. Tinggal lagi kekadangnya kita sahaja yang memikirkan ia susah. Maklumlah ada yang anggap ramadhan ini bulan yang ini tak boleh dan itu tak boleh padahal siapa yang tahu keberkatan setiap saatnya pasti akan terpegun dan tidak dapat terhitung kebarakahannya.
 
Bagi Ana, bila ramadhan pasti ada satu perkara yang susah untuk di adakan pada hari hari biasa.. Walaupun kekadang hanya setiap minggu dan alhamdulillah nak habis ramadhan ini barulah rasa nikmatnya berkumpul bersama keluarga di satu meja makan sama dan time berbuka atau bersahur. (Taklah jadi macam orang tiada rumah yang beratap nak berbuka di padang.) Bersatu di bawah satu bumbung di satu meja makan menambahkan eratnya ukhwah famili dan kemesraan ini diberkati Allah.. 
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati menyatukan kami...

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular