Jumaat, 30 September 2011

Jaga Diri Kerana Sudah Masanya Aku Pergi

 

'Perkara' itu pokok pada segalanya
Namun kini ia tiada lagi..

Ianya sudah berkali kali pergi
Aku tak mahu 'perkara' itu lagi
Memikirkan hanya diri yang jatuh lagi dan lagi
Serik kali ini tiada lagi buat kali ini..

Melihat tenangnya air dicicip anak ikan
Setenang diriku pastinya berkocak kuat
Air mata mengalir menjatuhkan ego
Bukan segalanya mudah macam touch N go..

Tidak mengapalah bukan kali ini
Bukan seperti ini pasti
Dilenturi suatu masa nanti
Harinya pasti kau kan mengerti
Diri ini semakin dilupai 
Merasai masa yang berlalu kini
Aku kini sendiri tanpa 'perkara' ini..

Pergilah, jaga diri 'perkara' ini
Kerana Sudah masanya kau pergi
Suatu masa nanti kembalilah apabila kau pasti masanya nanti
Kumembuka seluas panji untuk kau berdiri di sisi...

Sabtu, 24 September 2011

Memurtabakkan Bahasa

 

Sedap dan terliur bila sebut murtabak.. Tambahan pula bulan ramadhan yang lalu kalau bertandang di pasar, orang tak panggil pasar dah malah orang panggil bazar.. Pelbagai murtabak memikat selera belum lagi membuka selera.. Sempat Ana jengguh pelbagai murtabak terdapat di bazar, mungkin namanya membezakan rasa dan harganya.. Teringin berkongsi namanya yakni murtabak makasa, murtabak diraja, murtabak 3 lapis dan pelbagai lagi nama yang berbeza serta harganya yang semakin mahal..

Sebenarnya bukan nak cerita pasal murtabak ni cuma sebagai pencipta bahasa.. Ana suka hasil seni terutamanya majalah, buku buku dan bahan bacaan serta tidak terkecuali novel Islamik cuma yang kurang suka sebenarnya novel Islamik ada sesetengahnya mencampur adukkan bahasa melayu dengan bahasa Inggeris sesuka hati dan sesedap rasa sahaja.. Sepatutnya bahan seni yang melambangkan bahasa jiwa bangsa yakni bangsa melayu kita mewakili bahasa melayu.. Harap harap pihak penerbit tidak terlepas pandang.. Memang untuk melariskan buku buku namun bukan cara ini yakni cara mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris..

P/S : Bahasa melayu dirojakkan.. Tak perlulah dirojakkan.. Yang asal pun dah cukup bagus..

Selasa, 20 September 2011

Cari Cari Pilih Pilih

 

Cari Cari Pilih Pilih.. Murah murah.. Tiga sepuluh.. Selonggok Sepuluh ringgit.. Murah murah.. Ops.. Ini suasana pasar malam.. Memilih pasangan hidup bukan macam ni.. Bukan murah murah.. Bukan tiga sepuluh.. Bukan kita (sama ada lelaki dan perempuan) nak guna si dia (sama ada lelaki dan perempuan) sehari dua tau.. Bukan setahun dua tau. 

Bila kita mahu mencari seorang pasangan pastinya kita mahukan yang sempurna dari setiap sudut namun kita tahu sebenarnya tiada manusia sempurna di dunia ini dan si polan atau si pulina itu yang tertulis jodoh kita atau yang kita pilih sebagai pasanganhidup kita tidaklah sempurna yang kita harapkan tapi tiada salahnya renung dan rintai rintai bagaimana kita mahukan imam yang bakal memimpin kita bagi golongan hawa dan bagaimana makmum yang kita mahu mendampingi hidup kita bagi golongan Adam..  

Bagaimana bakal imammu wahai hawa dan bakal makmummu wahai Adam ? Adakah dia mendirikan solat 5 waktu? Adakah kita tahu dan pernah kita tanya bakal pasangan kita yang kita pilih kerana agama tentang solatnya? Cukupkah 5 waktu? Di awal waktukah? Tidak mencuri dalam solatkah? Susahkan kita nak pastikan.. Tapi tiada salah kita bertanya jika kamu memilihnya kerana agama.. Tambahan lagi, Rajin tak dia ke masjid bila ada kelapangan? Malamnya lebih banyak tidurkah lebih banyak ibadah? Bagaimana bacaan Al-Qurannya? Puasa penuh tak dia? Kalau dia teralpa dalam puasanya, dia segerakan gantinya atau dia buat tak tahu sahaja? Semua ini penting sebenarnya daripada melihat rupa parasnya yang sejuk mata memandang, melihat dia pandai memasak atau tidak, melihat pekerjaannya, gajinya,.. Bukan soal sejuk mata memandang, memasak, kerja dan gaji itu tidak penting namun ada lagi penting daripada itu.

Juga bagaimana kelakuannya? Sejuk mata memandang bukan hanya di wajah tapi sejuk mata memandang dari kelakuannya. Sopan santunnya, lembut budi pekertinya.. Bagaimana makannya? Bunyi atau tidak? Bagaimana keadaannya? Dahulukan suami atau dahulukan mulutnya? Sebagai lelaki mahukan isteri yang sejuk mata memandang dari segi luaran lebih lebih lagi dalaman rohaninya, bagaimana pula seorang perempuan? Benar, bila memilih yang beragama maka perempuan sedia untuk di didik, diluruskan tulang rusuknya yang bengkok, sedia untuk di bentuk.. 

Namun kekadang tak mengerti dunia ni.. Kekadang manusia tahu dia salah namun dia sanggup hatinya kata sakit daripada menerima apa yang dinasihati untuk kebaikan dirinya.. Mulalah segala faktor diambil kira.. Nasihat secara kasarlah.. Memalukan dia depan umumlah.. Itu realitinya, bagaimana sebenarnya nak nyatakan kebenaran ketika zaman sekarang ini? Zaman di mana orang dah lupa dah nak berpesan pesan dengan kesabaran serta menerima dengan kesabaran.. Cari cari pilih pilih.. Soleh buat Solehah dan Solehah buat Soleh namun tidak mustahil dibahumu pria bakal mendidik wanita membentuk menjadi solehah.. Solehah tidak datang pada yang soleh dengan percuma.. Jika sudah miliki maka jaga dan didiklah dia serta pimpinlah dia ke syurga...

Isnin, 19 September 2011

Sanah Helwa Antum wa Antuna

 

Sanah Helwa Antum Wa Antuna.. Alhamdulillah.. Sekali seumur hidup dan mungkin berkali kali bagi yang menyambung ke peringkat lebih tinggi.. 19 September 2011 (Isnin) bersamaan 21 Syawal 1432 H merakamkan detik sejarah Ana dan 248 sahabat yang lain menamatkanpengajian kami dengan rasminya.. Jika ditanya apakah perasaan dan bagaimana hari ini? Alhamdulillah, masih rasa penat setakat ini tapi seronok sangat.. 

Kenapa seronok? Mungkin hari ini kami semua telah membuatkan ibu bapa kami bangga dan bahagia kerana ketahuilah bahawa ibu bapa tu tak minta anak mereka membalas jasa mereka dengan menghantar duit bulanan tapi cukuplah dapat membalas jasa mereka seperti membahagiakan mereka serta menjaga mereka di waktu mereka memerlukan dan jika mereka tidak memerlukan maka kita kena ambil berat serta prihatin terhadap kebajikan mereka terutamanya jika mereka sudah tidak berdaya lebih lebih lagi. 

Jumaat, 16 September 2011

Masjid Bersamamu

 

Maksudnya : " Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. "
Daripada ayat di atas dapat di simpulkan bahawa yang layak menjadi kakitangan (Menjaga jatuh bangun institusi masjid) ialah :
- Beraqidah Tauhid.
- Tawaduk, Zuhud dan sabar.
- Pemurah, bijaksana dan berilmu.

- Sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tugasnya sebagai pimpinan agama.
-  Beramal dengan ilmu yang ada bukan asbab ada kepentingan sesuatu dalam perkara itu.
- Ikhlas dalam apa sahaja dilakukan walaupun ia bukan dipertanggungjawabkan ke atas kita.
- Benar dalam percakapan dan tindakan. Biar percakapan dan tindakan selaras.

- Amanah kepada Allah dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

- Berani dan tegas terhadap kebenaran.

- Berakhlak mulia dalam tutur kata dan berbudi bahasa.

- Gemar kepada kerja-kerja kebajikan dan iklas melakukannya serta benci sebarang bentuk kemungkaran yang berlaku.

- Bersih jiwa perasaan, badan, pakaian dan kediaman.

Wa'Allahu'alam..

Jangan Cepat Menghukum

 

Fitnah adalah sesuatu yang boleh merosakkan atau mencacat cederakan orang lain baik dari segi rohani mahupun jasmani. ini dilakukan samaada dengan mulut atau tangan ataupun dengan apa saja. yang dimaksudkan dengan rohani ialah perbuatan fitnah yang bertujuan merosakkan nama atau imej baik seseorang. sementara jasmani pula ialah perbuatan fitnah yang boleh mencacatkan atau mencederakan seseorang.  

ALLAH S.W.T ada berfirman: ..dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..
 
(Surah Al-Baqarah Ayat 191)
 
Petang semalam Ana (kisah benar) menerima satu sms daripada seorang kawan. Ana biasalah dah lali dengan mesej mesej yang berbaur mesej berantai, mesej yang mulanya seakan akan fakta namun keshohihannya belum lagi dikenalpasti. Tambahan pula yang Ana kurang suka mesej yang suruh disebar-sebarkan ini. Mesejnya berbunyi :
 
" Terkini : JAKIM telah buat serbuan ke atas kilang Munchys, Bt. Pahat dan menemui stor arak. Bossnya dengan rasa bangga dan rasa tak bersalah, mengatakan arak tersebut untuk dicampur ke dalam biskut.. Tolong sebarkanmaklumat ini kepada seislam & kepentingan umat Islam. Dari pegawai Jakim - Haji Jalil Bin Raihan ( Jakin Putrajaya) tolong sebarkan.. "
 
Ana antara percaya dan tak percaya tapi sepatutnya kita sebagai umat manusia yang mengaku Islam pegangan kita, ukhwah menjadi benteng antara kita perlu pastikan keshohihan perkara ini bukannya kita macam paku diketuk makin masuk. Dunia hari ini bukan macam dahulu. Dengki dan hasad berleluasa, nak menjatuhkan sesuatu pihak cukup dengan fitnah dan makin buruk dengan bantuan makhluk yang ghaib. Bukan ini sebenarnya nak tekankan cuma Ana nak beritahu agar jangan kita libatkankan diri atau membina saham dalam urusan fitjah serta penipuan ini secara percuma atas sebab sifat kita yang cepat sangat menghukum pihak pihak tertentu sebelum ia shohih disahkan..  
 
P/s : Berita terkini menyatakan bahawa mesej ini memang palsu dan nama pegawai Jakim yang dinyatakan ternyata tidak wujud..
 
 



Rabu, 14 September 2011

Hari Ini Tahun Lalu






Hari ini tarikh ini tahun lalu. Waktu itu raya ke-5 umat Islam yakni raya eidul fitri. Separuh nyawaku hampir melayang. Mungkin ramai yang tahu kisah ini juga ramai yang tak tahu kisah ini. Inilah punca aku menyendiri membawa haluan diri. Hari ini tarikh ini tahun lalu menjadi kenangan. Permulaan lembaran menyendiri dalam hidup. Sepi dan hilangku terlalu lama. Pelbagai kemungkinan. Semua jadi tidak teratur. Ketika itu aku mula mensyukuri nikmat Allah satu persatu. Kejadian itu mengakibatkan bahu kananku (tulang gagah) patah yang membuatku kehilangan nikmat melakukan apa sahaja dengan tangan kanan.

Tiada sudah 'sunnah' dengan tangan kanan padaku. Tiada mampu aku lakukan aktiviti harianku termasuk perkara mudah apabila nikmat yang aku hampir kehilangannya. Aku beruntung waktu itu punya kedua ibu bapaku yg menjagaku bak bayi. Semua itu mengubah hidupku melontarkan hikmah pada diri ini. Aku kenal erti hidup ketika itu. Aku memahami erti pergorbanan, erti payah, erti sukar dan erti nilai hidup ini sebenar..

Aku hari hidup masih hidup hingga hari ini. Hidup dalam hikmah yang Allah lontarkan. Masih sihat dan berakal waras. Masih dikelilingi mereka yang menghargai diri ini walaupun ramai yang menjauhiku saat itu namun terima kasih kerana hari ini tarikh ini tahun lalu peristiwa waktu itu akan tetap kuat dalam ingatan..

Ahad, 11 September 2011

Hadapi Dua Perayaan (Kemenangan)

 
Selamat hari raya bagi yang sudah lengkap berpuasa - 6.. Tahniah... :-)
Raya dalam raya.. Dua raya dalam satu bulan syawal.. Beruntunglah siapa berjaya laksanakannya.. Anda faham maksud saya? Saya maksudkan puasa enam.. Pada 1 Syawal yang lepas, alhamdulillah umat Islam di seluruh dunia merayakan salah satu daripada dua hari raya yang Allah gantikan buat hamba-Nya yakni Hari Raya Eidulfitri..
Ketika Nabi shallallahu alaihi wasallam tiba di Madinah, kaum Ansar memiliki dua hari istimewa, mereka bermain-main di dalamnya, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Allah telah memberi ganti bagi kalian dua hari yg jauh lebih baik, (yaitu) ‘Idul fitri dan ‘Idul Adha "
 (HR. Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad hasan).
Alhamdulilah.. Bertuah kita (umat Islam).. Seminggu sekali kita menghadapi hari jumaat yang merupakan hari raya mingguan untuk umat Islam dan dalamnya umat Islam bagi lelaki wajib mengerjakan solat Jumaat dan selain itu Allah menyuruh kita berdoa banyak banyak dalam hari jumaat. Selain itu kita juga merayakan dua hari raya dalam satu tahun yakni hari rqaya Eidulfitri setelah kita berpuasa selama sebulan juga hari raya eidul Adha yang simboliknya hari raya korban..
Kita juga patut bersyukur ganjaran lebih Allah beri kita sebagai hamba-Nya.. Allah beri kita puasa 6 yang serupa atau sebanding puasa satu tahun penuh.. Alhamdulillah.. Tahniah kepada yang telah lengkap puasa 6 kerana ramai yang sudah mula puasa 6 pada hari raya kedua hari raya eidulfitri.. Insya-Allah, ganjaran puasa kita dan rasa kemenangan itu dalam diri kita biar Allah nilai dan kepada-Nya kita berserah...

Rabu, 7 September 2011

Hasil Ramadhan

 

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. Agar dapat kulalui dengan sempurna.. Wah, Alhamdulillah tahniah.. Ramadhan berjaya dihadapi insya-Allah dengan sukses sekali.. Seronokkan ramadhan kali ini kan? Ramai yang kata sayang nak tinggalkan ramdhan kali ini.. Ramai yang kata risau takut tak dapat ramadhan tahun depan.. Ramai juga kata ramadhan kali ni mungkin kali terakhir buat dia.. Juga ada yang kata kemungkinan jika kita tak akan bertemu lagi dengan orang yg berterawih dengan kita, bertadarus dengan kita juga yang qiamulail dengan kita atau sebaliknya mereka yang tidak jumpa kita lagi untuk ramadhan akan datang.. Mereka asyik berkata itu.. Berkata ini.. Juga ada yang hanya ungkapkan ini dengan kata kata kosong.. Sia sia..

Apa hasil ramadhan anda? Hasil anda selepas anda menghadapi ramadhan kali ini? Berhasil ke atau tidak berhasil? Tanya diri anda, tanya iman anda dan tanya nafsu dan ego diri anda.. Hasil ramadhan yang sepatutnya anda kecapi ialah 'istiqomah amalan ramadhan di bulan bulan selepasnya selesap anda bertemu dengan ramadhan akan datang'.. Di bulan ramadhan anda solat berjemaah isyak dan juga terawih secara berjemaah, kenapa bukan bulan ramadhan anda tak boleh solat maghrib dan Isyak berjemaah.. Di bulan ramadhan boleh anda bertadarus Al-Quran tapi bila di bulan bukan ramadhan nak buka Al-Quran pun anda malaskan? Bagaimana Qiamulail? Ana rasa anda tahu jawapannya.. Ana risau sangat sampai ada orang yang gambarkan umat Islam ini hamba kepada ramadhan.. Bulan ramadhan sahaja taat dan patuh.. Bulan lain kucar kacir.. Tiada pendirian.. Mari kita ubah tanggapan itu..Mari kita buktikan... Takbir !!!

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular