Selasa, 20 September 2011

Cari Cari Pilih Pilih

 

Cari Cari Pilih Pilih.. Murah murah.. Tiga sepuluh.. Selonggok Sepuluh ringgit.. Murah murah.. Ops.. Ini suasana pasar malam.. Memilih pasangan hidup bukan macam ni.. Bukan murah murah.. Bukan tiga sepuluh.. Bukan kita (sama ada lelaki dan perempuan) nak guna si dia (sama ada lelaki dan perempuan) sehari dua tau.. Bukan setahun dua tau. 

Bila kita mahu mencari seorang pasangan pastinya kita mahukan yang sempurna dari setiap sudut namun kita tahu sebenarnya tiada manusia sempurna di dunia ini dan si polan atau si pulina itu yang tertulis jodoh kita atau yang kita pilih sebagai pasanganhidup kita tidaklah sempurna yang kita harapkan tapi tiada salahnya renung dan rintai rintai bagaimana kita mahukan imam yang bakal memimpin kita bagi golongan hawa dan bagaimana makmum yang kita mahu mendampingi hidup kita bagi golongan Adam..  

Bagaimana bakal imammu wahai hawa dan bakal makmummu wahai Adam ? Adakah dia mendirikan solat 5 waktu? Adakah kita tahu dan pernah kita tanya bakal pasangan kita yang kita pilih kerana agama tentang solatnya? Cukupkah 5 waktu? Di awal waktukah? Tidak mencuri dalam solatkah? Susahkan kita nak pastikan.. Tapi tiada salah kita bertanya jika kamu memilihnya kerana agama.. Tambahan lagi, Rajin tak dia ke masjid bila ada kelapangan? Malamnya lebih banyak tidurkah lebih banyak ibadah? Bagaimana bacaan Al-Qurannya? Puasa penuh tak dia? Kalau dia teralpa dalam puasanya, dia segerakan gantinya atau dia buat tak tahu sahaja? Semua ini penting sebenarnya daripada melihat rupa parasnya yang sejuk mata memandang, melihat dia pandai memasak atau tidak, melihat pekerjaannya, gajinya,.. Bukan soal sejuk mata memandang, memasak, kerja dan gaji itu tidak penting namun ada lagi penting daripada itu.

Juga bagaimana kelakuannya? Sejuk mata memandang bukan hanya di wajah tapi sejuk mata memandang dari kelakuannya. Sopan santunnya, lembut budi pekertinya.. Bagaimana makannya? Bunyi atau tidak? Bagaimana keadaannya? Dahulukan suami atau dahulukan mulutnya? Sebagai lelaki mahukan isteri yang sejuk mata memandang dari segi luaran lebih lebih lagi dalaman rohaninya, bagaimana pula seorang perempuan? Benar, bila memilih yang beragama maka perempuan sedia untuk di didik, diluruskan tulang rusuknya yang bengkok, sedia untuk di bentuk.. 

Namun kekadang tak mengerti dunia ni.. Kekadang manusia tahu dia salah namun dia sanggup hatinya kata sakit daripada menerima apa yang dinasihati untuk kebaikan dirinya.. Mulalah segala faktor diambil kira.. Nasihat secara kasarlah.. Memalukan dia depan umumlah.. Itu realitinya, bagaimana sebenarnya nak nyatakan kebenaran ketika zaman sekarang ini? Zaman di mana orang dah lupa dah nak berpesan pesan dengan kesabaran serta menerima dengan kesabaran.. Cari cari pilih pilih.. Soleh buat Solehah dan Solehah buat Soleh namun tidak mustahil dibahumu pria bakal mendidik wanita membentuk menjadi solehah.. Solehah tidak datang pada yang soleh dengan percuma.. Jika sudah miliki maka jaga dan didiklah dia serta pimpinlah dia ke syurga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular