Sabtu, 24 Oktober 2015

NIQABIS


Assalamualaikum.Hari ini, niqabis hangat dibicarakan namun biarlah ia kekal jadi NIQABIS namun kita usahlah berkata sebarang kata kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui Segala sesuatu. Wa'Allahualam..

Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi SitiKhadijah yang mulia bersama Rasulullah menegakkan agama penghulu segala wanita disyurga

Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi Siti Fatimah puteri Rasullah mentaati ayah dan suami tercinta berkorban segala kerana ALLAH
Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi keimanan Siti Maryam segala cubaan dan dugaan melanda tetap teguh walau terancam
Bertuahnya sebagai seorang wanita mencontohi ASIYAH permaisuri Firaun kecintaan dan keimanan pada pencipta siksaan Firaun tidak digerun
Bertuah sebagai seorang wanita mencontohi sifat Siti Hajar menjalani cubaan dengan redha contoh wanita yang sabar...

Ahad, 11 Oktober 2015

ZIKIR HARIAN

Assalamualaikum. Post kali ini insyaAllah tidak panjang meleret. Cuma ada satu persoalan yg saya nak utarakan yakni sejauh mana keshohihan ZIKIR HARIAN ( ISNIN - AHAD) yang kita amalkan dan uar uarkan selalu.

Khamis, 8 Oktober 2015

BAU BUKU

Assalamualaikum, alhamdulillah singgah di lampuneonmu ini untuk menaip lagi perkongsian sehari harian. Bau buku, wah buku pun nak bau? Tiada benda lain ke nak jadikan bahan bau? Rujuk gambar, beliau adalah Amoy Muslimah (rasanya korang lebuih tau). Sejujurnya blogger belum lagi sempat membaca karya penceritaan beliau sebagai baby muslimah namun nak kabo bahawa blogger baru sahaja membeli buku ini dan sebenarnya amat amat rindu nak membaca motivasi atau kisah hijrah antum / antuna semua. Blogger semua masih menyepi dan saya sendiri sudah berkali kali membaca apa yang anda tinggalkan setelah sekian lama. Masih teringat zaman blog di jadikan diari, tempat luah dan sebagainya namun saya mengambil pendekatan berbaik sangka bahawasanya mungkin tiada keserasian antara blog dengan anda maka anda mencari keserasian (feel) dengan membina blog dgn nafas yang segar dan mantap. 

Saya tidak pasti buku Felexia Yeap ini sudah lama diterbitkan tahun ini atau saya sahaja yang lambat mendapatkannya namun amat bagus perkongsian tercetusnya hidayah Allah beri buat beliau dan kita sama sama memotivasikan diri agar menjaga, istiqomah dalam mengekalkan hidayah yang Allah beri kepada kita. Wa'AllahuAlam.. 
Jumaat 10/10/15 (1.13 a/m)


Selasa, 6 Oktober 2015

RINDU

 

Assalamualaikum. Tajuknya RINDU. Jangan salah faham atau salah menafsir RINDU itu. Cuba fahami tulisan Ingeris di atas. Jika ada yang mahu saya terjemahkan InsyaAllah saya akan jelmakan satu entery lagi untuk menerangkannya. Rindu saya menulis hari ini mahu menerangkan jika dilihat blog saya ada blogger yang saya ikuti namun sudah agak lama tiada sebarang entery dikeluarkan mungkin macam saya banyak hal hal lain yang difikirkan lebih utama atau sudahkan mereka ini membina blog baru yang lebih dirasakan serasi dengan jiwa raga. Jika terbaca entery saya yang tak seindah ini mohon komen dan memberi sedikit ulasan agak saya keluar dari terbelenggu fikiran saya.

 

HUWOOO... HUWOOO... WOOO... HMMM..  Bertahanlah wahai raksa, jangan kau terhenti, berautlah wahai nyawa ini bukan... Eh dah, bukan nak menyanyi lalu di sini nak sedikit memberitahu bahawasanya saya kalau sedang menekan kekunci huruf tidak boleh dalam keadaan baring. Mahu juga duduk di atas kerusi dan netbook di meja. Moga ketemu lagi. InsyaAllah..
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal/
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal/
Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi

This content was illegally copied from http://liriklagu.biz/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal
                

Sabtu, 3 Oktober 2015

HOBI

Assalamualaikum & Bismillahir Rahmanir Rahim.. [12.31 A.M ~ AHAD]

Sengaja nampak canggih sikit, siap masa dan hari lagi. Biasalah, buat pengetahuan semua yang membaca, waktu dan tarikh dipaparkan oleh blogspot ni kurang betul (mohon blogspot jangan sekat saya) dan jangan marah saya semua sebab masa masa ini saya bercerita berkenaan hobi. Nak tanya sikit, ada sesiapa yang tengok Kamen Rider Fourze tv7 setiap sabtu dan ahad pukul 11.00 pagi kita geng lagi. Saya minat sangat. Itulah hobi saya, kumpul mainan.

 

Mungkin pos ini agak membosankan namun itulah hakikatnya setiap dari kita mempunyai kegemaran yang bebeza. Lihat sahaja blog saya diupdate pada waktu begini walhal mungkin dikalangan kita sudah lelapkan mata. 24 jam kita sama namun aktiviti kita berbeza, amat amat berbeza. Selamat malam pembaca. Wa'AllahuAlam..




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular