Selasa, 28 Disember 2010

Singkat Sungguh (Cerita dalam nasihat)



Mencurah-curah isi langit yakni hujan. Itu tandanya Malaysia masih lagi Allah pelihara kebajikannya. Hari hari yang berlalu bagai derasan air yang mengalir mengikut saluran sungai.. Dahulu sehari macam seminggu. Seminggu macam sebulan dan sebulan macam beberapa bulan. Tapi sekarang, Seminggu macam sehari, Sebulan macam seminggu dan beberapa bulan macam sebulan sahaja. Singkat sungguh masa, singkat sungguh waktu, singkat semuanya singkat tapi jangan singkatkan amalan, jangan singkatkan apa apa yang dah singkat pula tau. Kalau dah singkat apa kata kita sama sama labuhkan apa yang kita biasa singkatkan. Tak susah sebenara cuma tinggal lagi mahu atau tidak.

1.. 2.. 3.. Semudah 1,2,3 hari lagi kita bakal kecapi tahun baru 2011 dan insya-Allah masih aman. Masih dikeheningan paginya Pak Jalak menjalankan rutin harinya (kokkkk...kokkkk.... kokkkk..). Masih lagi manusia dengan tugasnya apabila memanggil - manggil (Assolah thu khoirumm minal nau'um..). Tak kurang yang masih 'berselimutkan kulit babi' seenak-enaknya apabila seruan sudah lama di kumandangkan. Ubah-ubahlah sikap tu. Luangkanlah sedikit masa 'dating' dengan bos besar (Allah). Teringat amalan seorang hamba Allah ni, bukan nak puji tapi kagum juga. Lepas solat subuh di tak tidur (Bagus), pastu dia akan baca yasin sementara tunggu solat israk (Bagus). Selepas tu solat Israk dia akan solat Dhuha (Bagus). Alhamdulillah hamba Allah itu istiqomah (Bagus).

Kekadang itulah manusia.. Sudah singkat kita sedar singkatnya tapi nak melabuhkan tu payah. Bukan sahaja merujuk kepada pakaian tapi labuhkan masa, labuhkan amalan dan labuhkan apa apa sahaja yang singkat agar dalam kesingkatan ada kelabuhan yang terisi. Cerita singkat singkat labuh labuh sudah tamat di situ sahaja.

Dalam singkatnya masa merasa juga percutian yang singkat (2 hari 1 malam) sambil rehatkan otak dari kesibukan yang boleh dikatakan kerana sibuk hal dunia kita memperoleh gajinya di akhirat. Kalau kita pandai mengunakan 'dunia' insya-Allah ada ganjaran dunia yang dapat kita tebus di akhirat. Pujangga kata "Biarlah dunia ditanganku bukan dihatiku" benar sangat kata itu. Seperti satu barang, kita yang buat barang tu, acuannya dan ideanya adalah daripada ihlam kurniaan Allah tapi kretifnya kita mengubahnya terpulang pada kita. 

Nak buat jahat atas kehendak kita dan nak buat baik pun atas kehendak kita. Kehendak yang Ana maksudkan usaha. Semua perkara yang kita nak buat perlu ada usaha. Jahat atau baik perlu ada usaha. Tapi ingat Allah mengingatkan kita apabila kita berniat nak buat satu kebaikan tapi kita belum laksana maka Allah dah suruh  malaikat pencatat amalan baik dah catat sebaliknya kalau kita niat lakukan kejahatan maka Allah suruh malaikat pencatat amalan jahat jangan catat dahulu selagi kita tak buat.

(Aku yang tak pandai 'pose')'

(Sempat Snap di MPH MID VALLEY)


P/S : Cerita dalam nasihat (Nasihat menasihati amalan mulia disamping muhasabah diri).

Ahad, 19 Disember 2010

Menarik.. Tertarik.. Da'Bomb..

 

Manfaat sesuatu untuk kebaikan tidaklah rugi. Tetapi manfaatkan sesuatu itu hendaklah kepada perkara yang baik. Jangan manfaat sesuatu yang baik itu ke arah tidak baik kerana kelak kau yang rugi menanggung dosa sendiri. Pandailah fikir, kau dah besar dan mumayizz lama dah.. 

Klik - - -> Mozzila Firefox - - - > Goggles - - -> Goggles Images . . .

Jambatan Milliau

 

 Jambatan Millau (Bahasa Perancis: le Viaduc de Millau) adalah sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn, Millau yang terletak di selatan Perancis.

 

Projek pembinaan jambatan ini dirancang bina (direka) oleh seorang juruteknik jambatan Perancis Michel Virlogeux dengan kerjasama bersama arkitek Britain, Lord Foster, Millau merupakan jambatan "vehicular" tertinggi di dunia, dengan puncak menaranya yang berketinggian 341 meter (1.118 kaki); tinggi sedikit dari Menara Eiffel dan hanya 40 m (132 kaki) lebih pendek dari Bangunan Empire State. Millau telah dibuka secara rasmi pada tanggal 14 Disember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas pada 16 Disember 2004.

 Kubah Brunelleschi


Brunelleschi's Dome di Italia ini dibangun pada abad 15, tepatnya antara 1420-1436 Masehi. Kubah katedral Florence ini memiliki ketinggian lebih dari 140 kaki dengan konstruksi tanpa kerangka yang mendukung.

 

Arsiteknya Filippo Brunelleschi menemukan cara yang sama sekali baru tentang berbagi beban sekitar kubah sehingga tidak akan retak.

P/S : Bestkan kalau kita "explore" perkara kebaikan. Bestkan.. Ini baru 2 dan banyak lagi di dalamnya.. Ada juga ilmu dapat.. Tak sia sia ku bayar broadband kalau ia tidak melaghakanku.. hehe

Jumaat, 17 Disember 2010

Permulaan Pertama

 

"Setiap Perkara Pasti Ada Pertama Kalinya"

Percaya atau tidak setiap perkara pasti ada pertama kalinya ia berlaku. Selepas pertama itu barulah datang kali kedua dan kali ketiga. Nak beri contoh mungkin ramai dah boleh buat contoh sendiri. Tapi kalau tak beri contoh tangan mengatal nak nyatakan contoh.

Apabila sesuatu perkara terjadi sama ada baik atau buruk pasti selepas itu akan terjadi lebih banyak perkara yang sama sama ada perkara baik itu lebih baik atau perkara buruk itu lebih buruk. Semestinya kita mahukan perkara yang baik itu berterusan dan terus terus berlaku malah lebih baik dan perkara buruk itu berkurang lalu kurang hingga tiada langsung. Tapi perkara baik sekarang ini susah sudah untuk ditemui malah perkara buruk makin teruk dan teruk.. 

Seperti api yang kecil bermula daripada pembakaran yang pertama semestinya kecil dan lama ke lamaan marah dan terus merebak. Ia bermula dari pertama kalinya berlaku pembakaran. Bagaimana pula dengan pertama kali dalam hidup anda? Pastinya pertama kalinya ada yang baik dan ada yang buruk serta jika yang baik itu apabila kali pertama berlaku maka elok seeloknya ia di jadikan amalan "Istiqomah".. 

Setiap perkara bermula dengan pertama kalinya ia berlaku. Bila pertama kali dah buat maka ia menjadi satu kebiasaan dan tiada sudah istilah "berat Tulang" namun jika perkaran pertama kali ini baik maka amatlah bagus di jadikan kebiasaan dan seadainya ia perkara buruk makan pakat-pakatlah tinggalkan perkara buruk itu dan jadilah "berat tulang" untuk melakukannya buat kali kedua.

P/S :  Ingat dahulu permulaan pertama melangkah kaki ke alam persekolahan. Masa tu tadika, siap tarik pagar tak mahu berpisah dengan mama dan tak mahu pergi sekolah  masa darjah 1 menangis kat sekolah rindu mama..

Ahad, 12 Disember 2010

Buat GapO Cuti Ni? (Pro dan Kontra)

 

Ehmmmm.. (Amboi panjang mengeluh) hehe.. Sendiri tegur diri sendiri..  Opps.. Assalamualaikum Semua.. Buat Apa Cuti Ni ? Buat Gapo Cuti ni wey? (Loghat terengganu itu). Maklumlah esok nak pulang ke kampung melawat mak sedara yang baru pulang dari Tanah Haram (Makkah Al-Mukkaramah). Semoga selamat sampai dan peroleh haji Mabrur.. Ameen..

Buat Gapo Cuti ni wey? Bagi ibu bapa mereka akan alami dilema cuti sekolah ni.. Antara dilemmanya ialah:

  •  Lebih baik sekolah tak cuti kerana keriuhan dalam rumah boleh memenatkan terutama ibu yang kerap kali kene kemas rumah.
  • Anak anak akan habiskan masa dengan TV, PS2 dan laptop mengakibatkan elektrik dan bil melambung.
  • Ibu bapa seronok kerana anak anak mereka rajin menolong mereka di rumah terutama ibu yang ada anak perempuan pasti boleh mengantikan tempat ibu memasak.
  • Pasti tak ketinggalan ibu bapa merancang ingin membaca anak anaknya bercuti tak kisahlah dekat atau jauh yang pasti melancong adalah salah satu  cara untuk mengeratkan hubungan keluarga dan memberi motivasi kepada anak-anak setelah penat berjuang di medan pena (Menghadapi Peperiksaan.)
Buat Gapo Cuti ni ?

Kaji dan selidik dikit demi dikit ada juga ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan atau sekolah tambahan dan ada juga hantar anak-anaknya ke khusus bahasa dan tidak kurang ke pusat pengajian cuti sekolah atau kem motovasi, kem menghafaz Quran, kem mendalami ilmu agama.. Alhamadulillah perkembangan mateliti ibu bapa sudah berkembang kerana sedar dan menyedarkan diri bahawa cuti sekolah yang panjang bukanlah medan untuk "Buang Masa" bagi anak anak.

Molek dan amat elok benOr jika cuti sekolah ini digunakan dengan benOr benOr guna untuk di isikan dengan perkara yang berfaedah.. Ibu bapa semestinya pasti ada saja aktiviti pada mereka tetapi buat anak - anak ibu bapa perlulah merancang cuti anak-anak mereka agar masa cuti tidak dianggap masa "buang masa".

P/S :  Buat Gapo Cuti ni? Mama kawe hantar adik ke kem hafaz dan Tajwid selama 14 hari sebagai persediaan memasuki sekolah maahad tahfiz.. Demo semuO buat gapo cuti ni wey?

Isnin, 6 Disember 2010

3 Serangkai (Salam Maal Hijrah)



Salam Maal Hijrah buat pengziarah, pembaca, pelihat dan yang berkunjung ke blog ilmu Ana ni.. Dah masuk 1432 Hijrah sudah.. Apa amalana kita pada 1431 Hijrah yang lepas? Banyak Baik ke banyak Jahat? Banyak Pahala ke banyak Dosa? Banyak Taat ke banyak Ingkar?  Banyak Maksiat ke banyak Kebaikan? Apa apa pun moga tahun ini lebih baik daripada tahun sudah.. Insya-Allah Ameenn Ya Rabb'al Alamin..


Petang tadi sempat berkepit dengan mama tercinta sekejap. Teman mama ke Tabung Haji (TH) masuk duit.. Mama dah rindu nak jadi tetamu Allah dan Ana juga insya-ALlah jadi tetamu ziarah Allah pada tahun depan. Selepas ke TH, sempat juga ke tempat yang wajib pergi iaitu taman taman buku. Ana beli 3 buah buku. Salah satunya buku di atas.. Terdetik hati nak berhijrah bila lihat buku ini. Mungkin hati ini belum teguh pada agama Allah dan sempena maah hijrah ini harap dapat lebih teguh atau hijrah lebih banyak daripada ingkar kepada taat. 

Sebenarnya tak perlu tunggu maal hijrah sebenarnya kalau nak berubah, tapi kita ni ibarat tukul dengan paku baru nak jalan. Kene beri rangsangan semangat atau peristiwa baru nak berubah. tak mustahillah ramai yang berubah selepas ada peristiwa yang menginsafkan dirinya. Apa apa pun hidayah itu milik Allah kepada sesiapa yang mencari dan yang bertuah memilikinya.. Moga kita dalam golongan orang yang hidup dalam hidayah Allah.

Tadi usai mengimamkan adik adik solat maghrib dan membaca doa awal dan akhir tahun hijrah, Ana terdetik nak menulis entry ini. Dan dikesempatan ini Ana memohon maaf, walaupun tak bersua buka, hanya kata kata melalui mata tulisan word sahaja yang menjadi perhubung namun salah silap seorang manusia tidak pernah terlepas dan hari baik bulan baik ini Ana memohon kesucian sebuah lafaz maaf yang tak ternoda pada semua secara langsung atau tidak. Manalah tahu ada entry Ana yang mengoncang jiwa pembaca, menguris atau terasa. Puisi yang bersaja ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal. Dengan maaf yang suci Ana memohon kemaafan dan keampunan.. Selamat membaca semua!!!

P/S : 3 Serangkai ( Maal Hijrah, Buku dan Maaf)

Ahad, 5 Disember 2010

Seorang Insan Bernama Kakak


 
 
Dengan Tinta pena aku menulis..

Bertintakan warna melakarkan isi hati..

Hampir semua..

Andainya ku daya..



Rinduku padamu melebihi Isi hatiku..

Cahaya malam menemani..

Bunyi bising kereta meluncur deras..

Mengejar urusan yang tidak pernah terbatas..



Luahan rindu buat kakakku bertamu..

Kubiar perasaan melayani rindu itu..

Tika bergemarnya azan Isyak yang merdu itu..

Aku bersimpuh memohon pada-Nya

Agar kau juga merinduiku seadanya..



Lima tahun sudah berlalu..

Masa itu gambaranku jelas..


Aku,

Budak hinggusan bermesra denganmu..

Mengharapkan kasihmu Kakak abadi setulusnya..

Kakakku yang kusayangi selamanya.. 


Tidak, bukan ini yang kupinta..

Kasihnya bukan sekejap ini..

Ada yang lebih menyanyanginya..

Melebihi sayangku padanya..

Pergilah kakak tinggalkan aku sendirian..



Kakak,

Jika kau mendengar rintihanku..

Ketahuilah kakakku sayang..

Budak hinggusan dulu sudah kini berdiri gagah..

Sudah mampu menukil tinta..

Sudah mampu memikul amanah..

Sudah dewasa matang akalnya..



Tapi,

Rindunya padamu tidak pernah luntur..


Amanah Allah padanya kian teguh..

Berdiri dia kini sebagai penukil tinta kalimah Allah..

Penyeru dan penyahut agama Allah..

Bakal daei, penukil tinta Allah dan Penyeru agama Ilahi..

Aku merinduimu kakak...

Sabtu, 4 Disember 2010

Kredit Buat Kaum Hawa

 
(Tangan Wanita Menghayun Buaian Mengoncang Dunia)
Seorang perempuan wajib mempunyai tiga sifat iaitu : - 
  • Malu
  • Kedekut
  • Cemburu
Perempuan perlu sifat MALU kerana dia wajib memelihara dirinya sama ada sudah bersuami ataupun belum. Dia perlu juga bersifat KEDEKUT kerana dialah yang menjaga harta suaminya apabila sudah berkahwin. CEMBURU ? Kenapa perempuan perlu sifat cemburu? Sifat cemburu perlu adalah menegur suami apabila suami melakukan apa yang dilarang dan dimurkai Tuhan ataupun lebih tepat, maksiat.

Perempuan Mengalah Kepada Lelaki?

Sudah  menjadi fitrah manusia, lelaki melindungi perempuan. Perempuan lemah dan sebab itulah di dalam, lelaki adalah pemimpin kerana dia lebih kuat daripada perempuan. Bukti lelaki kuat ialah lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu manakala perempuan dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal sahaja. Tapi bukanlah maksudnya di sini perempuan itu adalah lemah semata mata cuma apa yang ingin ditekankan adalah perempuan itu lemah dan perlu dilindung oleh insan yang bernama lelaki.

Silap dan dalam agama disebut (Dayus) jika kekuatan lelaki digunakan untuk menganiaya perempuan kerana di dunia kini jika kita intai-intai perempuan ramai yang menderita angkara lelaki. Tapi perlu beringat, bukan semua lelaki begitu.


Air mata Adalah Kekuatan Bagi Perempuan

Kenapa air mata adalah kekuatan? Ya, itulah kekuatan seorang perempuan. Air mata adalah penenang kepada jiwanya. Percayalah, apabila seorang perempuan itu menangis, dia akan berasa tenang. Ibarat melepaskan batu yang digalas di bahu. Air mata penyelesaian masalah? Bukan penyelesaian masalah tetapi satu cara menenangkan jiwa. Air mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kerana itu menunjukkan ketulusan jiwa seorang perempuan. Hati perempuan mudah tersentuh dan sesuai dengan statusnya menjadi ibu satu hari kelak.

Lelaki tiada kekuatan ini. Sebab itulah hanya perempuan yang disandarkan tugas melahirkan anak atau setepatnya zuriat. Sebab itulah perempuan sanggup menahan kesakitan mengandung & melahirkan anak tetapi tidak bagi lelaki. 

P/S : Jika diperhatikan. Perempuan itu kuat dari segi jiwanya manakala lelaki kuat dari segi fizikalnya.

Jumaat, 3 Disember 2010

Bicara "KASIH"


Kuabadikan kenangan agar aku tidak terkenang,
Kusuapkan ceria agar aku tidak sedih,
Kuluahkan kasih buat teman yang dikasih,
Kuungkapkan cinta pada yang hak untuk dicinta,
Kuamati tanda aku menantinya..

Namun tiada yang tinggal cuma sisanya,
Sisa waktu yang membiaskan kenangan,
Kenangan dan waktu seiring bergegas memberi laluan,
Meluah kasih, mengungkap cinta, menanti kasih dan cinta..

Bila waktu telah berakhir,
kenangan hanya tinggal kenangan,
Waktu kita telah mengakhirkannya,
Peristiwa seiring dengan waktu mewujudkan kenangan,
Mansuhlah kenangan demi ketenangan jiwa.
 
Pergilah kenangan diriingi air mata,
Air mata yang jatuh bukan tanda kecewa,
Namun jiwa raga yang berair meluahkan,
Untaian air mata jadi saksi,
Tangisan dalam kasih mensyukuri buatMu..

Rabu, 1 Disember 2010

Suntikkan Perubahan


Peribahasa :

"Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung"

Suntikkan baru :

"Di mana sahaja kaki melangkah/berpijak, di situ Islam dijunjung"

Maksudnya : -

Setiap orang apabila merantau ke negeri orang, hendaklah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat di situ, iaitu dari segi resam kehidupannya, kerana `adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.

Biar kita di tohmah, biar kita dikeji selagi Islam itu kita junjung di dalam hati, perbuatan dan diamalkan dengan zahir serta yang batin merasai maka Insya-Allah, Allah ada untuk membantu kita..

Hadith : Siapa membantu agama Allah maka Allah membantunya.

Panas Api Dunia dan Panas Api Neraka (Salasilah Api)



Di kisahkan bahawa Allah S.W.T pernah mengutuskan malaikat Jibril untuk menemui malaikat Malik. Jibril mendapat tugas untuk meminta api dari malaikat penjaga neraka ini. Kelak api ini akan dimanfaatkan oleh Adam dan cucunya untuk perlabgai keperluan misalnya memasak.

Setelah mendengar keperluan Jibril, bertanyalah malaikat Malik, "Saudaraku Jibril, berapa banyak api yang akan kau ambil?"

"Tidak banyak. Hanya sebesar buah kurma."

"Jikaku berikan api sebesar itu, nescaya tujuh lapis langit dan bumi akan hancur kerana tidak sanggup menahan panasnya."

"Kalau begitu, separuh buah kurma sahaja."

"Dengan separuh buah kurma sahaja, langit tidak sanggup menurunkan hujan walaupun hanya setitis. Akibatnya, tanaman akan musnah."

Bingung dengan kadar api yang diperlukan, malaikat Jibril kembali menghadap kepada Allah S.W.T. Jibril meminta petunjuk Allah S.W.T. seberapa besar api yang harus diambil.

"Cukup dengan mengambil sebesar biji sawi sahaja". Demikian Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada Jibril.

Kali ini, Jibril yakin tidak mungkin salah lagi. Kemudian, Jibril datang menemui malaikat Malik seraya menjelaskan kadar api neraka yang akan diambilnya. Selanjutnya, api itu dibasuh terlebih dahulu di tujuh puluh sungai yang ada di syurga. Setelah itu, Jibril membawa api itu kepada Adam (Nabi), kemudian meletakkannya di puncak sebuah gunung yang sangat tinggi. Gunung tersebut terus meleleh dan api yang tersisa pun tiinggal sedikit. Sisa api itulah yang dimanfaatkan oleh seluruh umat Manusia hingga hari ini.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular