Rabu, 1 Disember 2010

Panas Api Dunia dan Panas Api Neraka (Salasilah Api)



Di kisahkan bahawa Allah S.W.T pernah mengutuskan malaikat Jibril untuk menemui malaikat Malik. Jibril mendapat tugas untuk meminta api dari malaikat penjaga neraka ini. Kelak api ini akan dimanfaatkan oleh Adam dan cucunya untuk perlabgai keperluan misalnya memasak.

Setelah mendengar keperluan Jibril, bertanyalah malaikat Malik, "Saudaraku Jibril, berapa banyak api yang akan kau ambil?"

"Tidak banyak. Hanya sebesar buah kurma."

"Jikaku berikan api sebesar itu, nescaya tujuh lapis langit dan bumi akan hancur kerana tidak sanggup menahan panasnya."

"Kalau begitu, separuh buah kurma sahaja."

"Dengan separuh buah kurma sahaja, langit tidak sanggup menurunkan hujan walaupun hanya setitis. Akibatnya, tanaman akan musnah."

Bingung dengan kadar api yang diperlukan, malaikat Jibril kembali menghadap kepada Allah S.W.T. Jibril meminta petunjuk Allah S.W.T. seberapa besar api yang harus diambil.

"Cukup dengan mengambil sebesar biji sawi sahaja". Demikian Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada Jibril.

Kali ini, Jibril yakin tidak mungkin salah lagi. Kemudian, Jibril datang menemui malaikat Malik seraya menjelaskan kadar api neraka yang akan diambilnya. Selanjutnya, api itu dibasuh terlebih dahulu di tujuh puluh sungai yang ada di syurga. Setelah itu, Jibril membawa api itu kepada Adam (Nabi), kemudian meletakkannya di puncak sebuah gunung yang sangat tinggi. Gunung tersebut terus meleleh dan api yang tersisa pun tiinggal sedikit. Sisa api itulah yang dimanfaatkan oleh seluruh umat Manusia hingga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular