Jumaat, 17 Disember 2010

Permulaan Pertama

 

"Setiap Perkara Pasti Ada Pertama Kalinya"

Percaya atau tidak setiap perkara pasti ada pertama kalinya ia berlaku. Selepas pertama itu barulah datang kali kedua dan kali ketiga. Nak beri contoh mungkin ramai dah boleh buat contoh sendiri. Tapi kalau tak beri contoh tangan mengatal nak nyatakan contoh.

Apabila sesuatu perkara terjadi sama ada baik atau buruk pasti selepas itu akan terjadi lebih banyak perkara yang sama sama ada perkara baik itu lebih baik atau perkara buruk itu lebih buruk. Semestinya kita mahukan perkara yang baik itu berterusan dan terus terus berlaku malah lebih baik dan perkara buruk itu berkurang lalu kurang hingga tiada langsung. Tapi perkara baik sekarang ini susah sudah untuk ditemui malah perkara buruk makin teruk dan teruk.. 

Seperti api yang kecil bermula daripada pembakaran yang pertama semestinya kecil dan lama ke lamaan marah dan terus merebak. Ia bermula dari pertama kalinya berlaku pembakaran. Bagaimana pula dengan pertama kali dalam hidup anda? Pastinya pertama kalinya ada yang baik dan ada yang buruk serta jika yang baik itu apabila kali pertama berlaku maka elok seeloknya ia di jadikan amalan "Istiqomah".. 

Setiap perkara bermula dengan pertama kalinya ia berlaku. Bila pertama kali dah buat maka ia menjadi satu kebiasaan dan tiada sudah istilah "berat Tulang" namun jika perkaran pertama kali ini baik maka amatlah bagus di jadikan kebiasaan dan seadainya ia perkara buruk makan pakat-pakatlah tinggalkan perkara buruk itu dan jadilah "berat tulang" untuk melakukannya buat kali kedua.

P/S :  Ingat dahulu permulaan pertama melangkah kaki ke alam persekolahan. Masa tu tadika, siap tarik pagar tak mahu berpisah dengan mama dan tak mahu pergi sekolah  masa darjah 1 menangis kat sekolah rindu mama..

1 ulasan:

  1. Setiap yg wujud pasti ade permulaannya...
    andai permulaan pertama itu gagal atau menyedihkan, jgn la kita berputus asa....
    kerana kegagalan yg pertama tidak semestinya gagal selamanya...
    jadikan semangat anak kecil yg bru hendak berjalan itu sbg semangat kita untuk berjaya utk kali ke 2 dan seterusnya...
    semangat utk terus berdakwah walaupun mendapat tentangan dan hinaan dr masyarakat...

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular