Sabtu, 14 Februari 2015

GENERASI



INNALILLAHI WAINAILAI HIRAJIUN..
 
AL FATIHAH buat Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1931-2015) atas pemergian beliau dijemput Pengcipta yakni ALLAH S.W.T pada 12.2.15. InsyaAllah kita pula menyusul satu persatu.

Habib Ali Zaenal Abidin berkata :

 " Tugas kita adalah untuk menunjukkan Islam itu agama yang indah, melalui perbuatan dan perkataan kita. "

Kita semua pendakwah, bila namanya Islam dan mengucap dua kalimah Syahadah maka pendakwah setepek pada diri kita. Pendakwah ada lawannya yakni pendakyah. Dakwah ajak perkara kebaikan dan dakyah ajak perkara keburukan. Kita tolong orang buta lintas jalan dan orang lain melihatnya dan yang melihat pula tolong orang buta lintas jalan maka itu disebut satu dakwah. Satu perkara baik yang bila orang tengok kita buat, orang itu akan ikut, lagi yang melihat akan lihat dan ikut dan akan ikut lagi. Kita buang sampah melalui kenderaan atau buang sampah di tempat awam dan
orang lain melihatnya dan yang melihat pula tolong orang itu pula akan buang sampah macam kita  maka itu disebut satu dakyah. Satu perkara baik yang bila orang tengok kita buat, orang itu akan ikut, lagi yang melihat akan lihat dan ikut dan akan ikut lagi.

Simplekan saya jelaskan dakwah dan dakyah ini? Hanya berbeza perkataan W dan Y maka berbezalah dosa pahala yang akan diperteruskan oleh generasi mata yang melihat. Seperti Habib Ali Zaenal Abidin berkata, apabila kita tunjukkan sesuatu yang baik atau jahat orang akan melihat dan ikut serta pratik maka amat penting kita menunjukkan teladan yang baik. Betul, remeh benda ini sekecil kecil perkara maka benda yang remeh inilah akan mejadi sebesar besar perkara dan sekecil atau sebesar mana pun akan disoal kelak. Wa'AllahuAlam..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular