Isnin, 27 Februari 2017

SUKAR DINILAI


Assalamualaikum & bismillah

Cepatnya masa, febuari makin meninggalkan kita. Selain harinya yang sikit, sebenarnya kita banyak membuang masa. Masa sebenarnya sukar dinilai, kerana masa kekadang manusia berjaya, kerana masa juga kekadang manusia gagal. Asbab masa juga dipersalahkan, asbab masa juga kita menyesal. Manusia minta Allah kembalikan kehidupan di dunia untuk kembali menjadi hamba yang juruh & dan taat Allah. Maka rugilah, masa ibarat peluang, sekali & jarang sekali kembali.

Seperti admin sendiri, banyak membuat kesilapan dalam hidup, andai dan terus berandaian maka rugilah. Kesilapan akal menafsir, hati menilai & tutur kata yg celupar. Sukar dinilai itu masa, sukar dinilai diri sendiri, sukar dimengerti. Selamat tinggal FEBUARI. SALAMAT POK..


Ahad, 19 Februari 2017

PAGI KHAMIS LALU



Assalamualaikum & bismilllah.. 

Pagi ni pekena roti canai & teh tarik seperti biasa. Penuh orang, ada satu tempat kosong. Duduklah, rupanya tempat seorang pak cik yg pergi basuh tangan. Waktu duduk lepas order dia duduk. Aku tanya boleh duduk (dah duduk pun), dia jawab tak boleh. Eh, duduklah.
Dia nyalakan rokok dia, dia tahu aku tak selesa berhadapan dgn dia yg merokok. Dia tanya aku, minat musik & gitar ke? Aku jawab tak. Musik dgr tapi gitar tak pandai main. Tiada pun. Dia kata baju gitar mesti minat sambil tunjuk baju kelabu bercorak gitar T-shirt aku.

Dia tanya aku,kerja ke? Ke cuti? Aku jawab kerja, kerja sendiri. Kontraktor, pergi jps tadi tgk tender. Dia kata tu kerja dunia. Jangan pening pening dgn kerja dunia dik. Aku renung wajah dia yg agak tua dan berjanggut Putih. Dia kata, dik nak tahu cara rezeki datang kat adik, tak perlu beria nak kejar kejar rezeki. Dia Kata adik solat jemaah 5 waktu jangan miss, 40 hari sekurangnya. Solat dhuha pun jangan miss. 

Dia kata Allah dah tetapkan 99 rezeki buat kita, macam buku amalan sebenarnya bukan 1 tapi 99 buku amalan. Nak rezeki dekat adik doa harian jangan tinggal,setiap apa yg lakukan ada doa, hati mak ayah kena jaga dan kalau rajin tahajud,bukan tahajud belas rakaat, cukup dua rakaat serta selawat ke atas Nabi S.A.W selalu. Bila sekali selawat pahala tu berjuta, juta X juta katanya, pahala tu kalau nampak dia mcm berlian, empat segi cantik sangat. 

Adik,maaflah kalau pak cik cakap banyak. Ni tabliq dik, aku anguk. Pak cik jemaah tabliq. Pak cik tahu sikit beritahu sikit, mungkin adik banyak tahu lagi. Keluar 3 atau 10 hari dik. Seronok,bila adik dah tahu ketenangan Allah beri adik sedia menghadapi dunia & tak takut mati. Jangan merokok dik (sambil dia simpan) rokok dia. Rokok pun ada benda tak halal. Pak Cik pergi dulu. Fikir dik apa pakcik katakan. Dalam hatiku insyaAllah.

Khamis, 9 Februari 2017

HALIM

ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH



Selain rupa, seorang bakal suami dilihat dari kelangsungan hidupnya dari segi  pekerjaan, hartanya dan lain-lain. Bagaimana sebenarnya memilih bakal suami? Bagaimana? Sebenarnya tidak ada salahnya cuma carilah yang HALIM.

Suami yang Halim ini akan bersabar ketika si isteri kurang akal. Sebaik baik suami adalah suami yang halim.. yang halim ketika isteri sedang marah atau ketika isteri cerewet, yang halim ketika isteri didalam keadaan kurang akal. 

Ustaz Kazim kata.. "jangan marah dia.. bersabarlah..sebelum kita, suami ni, nak marah dia,INGAT balik.. dia lah orang yang lahirkan anak kita kedunia, susah atas susah dia ngandungkan zuriat kita, lepas tu kita suka suka nak marah dia, nak sepak terajang dia..jatuh zalim seorang suami yang sedemikian..

Ada suami kata, kalao boleh dia tanggung beban isteri mengandung, dia akan tanggung, kalao hilang mata isteri, mahu diganti dengan mata dia sendiri.. namun itu belum cukup untuk jadi seorang suami yang halim.. ~Ustaz Kazim Elias Al Hafiz


 

Rabu, 1 Februari 2017

PERMULAAN FEBUARI

ASSALAMUALAIKUM & BISMILILLAH



PERMULAAN FERBUARI, alhamdulillah syukur masih lagi tangan boleh menaip kata kata syukur dan menyapa anda semua. Khaifa haluka/i? Alhamdulillah, Ana bikhair. Saja membuka perbualan dan perbicaraan di awal febuari. 1 febuari hari ini, tarikh yang istimewa sebenarnya setiap tahun kerana lahirlah seorang bonda yakni ibu kandungku di dunia pada 50 tahun dahulu. 27 tahun aku digelar anaknya dan setiap tahun pasti ada rancangan dan isbat untuk melakukan sesuatu pada tarikh istimewa ini. 

Syukur dan taatilah ibu dan bapa semasa usianya. Islam juga mengajar keduanya yang wajib ditaati selepas Allah dan Rasul ialah ibu bapa. Jika syurgamu dibawah telapak kaki ibu, ayah pula perintismu kesyurga. Jika masih ada salah satu atau keduanya maka jagalah mereka sebaiknya.

 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular