Ahad, 19 Februari 2017

PAGI KHAMIS LALU



Assalamualaikum & bismilllah.. 

Pagi ni pekena roti canai & teh tarik seperti biasa. Penuh orang, ada satu tempat kosong. Duduklah, rupanya tempat seorang pak cik yg pergi basuh tangan. Waktu duduk lepas order dia duduk. Aku tanya boleh duduk (dah duduk pun), dia jawab tak boleh. Eh, duduklah.
Dia nyalakan rokok dia, dia tahu aku tak selesa berhadapan dgn dia yg merokok. Dia tanya aku, minat musik & gitar ke? Aku jawab tak. Musik dgr tapi gitar tak pandai main. Tiada pun. Dia kata baju gitar mesti minat sambil tunjuk baju kelabu bercorak gitar T-shirt aku.

Dia tanya aku,kerja ke? Ke cuti? Aku jawab kerja, kerja sendiri. Kontraktor, pergi jps tadi tgk tender. Dia kata tu kerja dunia. Jangan pening pening dgn kerja dunia dik. Aku renung wajah dia yg agak tua dan berjanggut Putih. Dia kata, dik nak tahu cara rezeki datang kat adik, tak perlu beria nak kejar kejar rezeki. Dia Kata adik solat jemaah 5 waktu jangan miss, 40 hari sekurangnya. Solat dhuha pun jangan miss. 

Dia kata Allah dah tetapkan 99 rezeki buat kita, macam buku amalan sebenarnya bukan 1 tapi 99 buku amalan. Nak rezeki dekat adik doa harian jangan tinggal,setiap apa yg lakukan ada doa, hati mak ayah kena jaga dan kalau rajin tahajud,bukan tahajud belas rakaat, cukup dua rakaat serta selawat ke atas Nabi S.A.W selalu. Bila sekali selawat pahala tu berjuta, juta X juta katanya, pahala tu kalau nampak dia mcm berlian, empat segi cantik sangat. 

Adik,maaflah kalau pak cik cakap banyak. Ni tabliq dik, aku anguk. Pak cik jemaah tabliq. Pak cik tahu sikit beritahu sikit, mungkin adik banyak tahu lagi. Keluar 3 atau 10 hari dik. Seronok,bila adik dah tahu ketenangan Allah beri adik sedia menghadapi dunia & tak takut mati. Jangan merokok dik (sambil dia simpan) rokok dia. Rokok pun ada benda tak halal. Pak Cik pergi dulu. Fikir dik apa pakcik katakan. Dalam hatiku insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular