Jumaat, 26 November 2010

Tekno Daei VS Protaz / Protazah


Tekno-Daei dan Pendakwahan

Istilah "Tekno-Daei" yang diperkenalkan oleh IKIM merupakan satu istilah yang merujuk kepada pendakwah yang menggunakan teknologi dalam menyampaikan dakwah. Golongan "Tekno-Daei" ini perlu diwujudkan sekarang dalam masyarakat sekarang kerana masyarakat moden khususnya generasi muda hari dibesarkan dalam satu persekitaran yang digerakkan oleh teknologi, khususnya ICT. Justeru, penting bagi negara mempunyai secara online satu golongan pendakwah yang  mengaplikasikan teknologi dalam menyampaikan kefahaman  tentang Islam.

Penggunaan teknologi adalah satu pendekatan yang perlu diambil kerana ia mampu merapatkan jurang di antara golongan pendakwah dan mad’u. Para pendakwah harus menggunakan pendekatan terkini supaya tidak ketinggalan zaman dari segi ilmu dan teknik penyampaian. Dalam hal ini, aplikasi-aplikasi terkini teknologi seperti multimedia, Internat, audio-video streaming haruslah dimanfaatkan oleh golongan pendakwah era moden ini.

Dalam dunia hari ini tidak memadai bagi pendakwah hanya sekadar berceramah. Sebaliknya penyampaian mesej Islam itu disekalikan dengan gabungan grafik, animasi dan teks agar lebih menarik perhatian orang ramai. Gabungan audio dan video akan perkukuhkan lagi kefahaman mengenai Islam. Dakwah dalam abad-21 ini perlulah kreatif dan interaktif supaya wujud komunikasi antara golongan pendakwah dan ahli masyarakat. Perbincangan dua hala secara interaktif secara teknologi mampu mempertingkatkan kefahaman orang ramai mengenai satu-satu isu.

Wancana Protaz /Protazah

Profesional Ustaz / Ustazah melahirkan istilah Protaz / Protazah. Ia sememangnya isu yang cukup menekan jiwanya. Istilah itu seolah-olah memceroboh had dan disipilin ilmu. Istilah ini agak mengelirukan. Seolah-olah cuba memisahkan antara golongan profesional dan golongan agama walaupun pada zahirnya ia nampak memberi ruang kepada golongan dalam bidang lain untuk turut serta dalam perbincangan ilmu agama. Istilah ini menunjuk seolah menidakkan keprofesionalan golongan ustaz.

Entahlah kenapa dan mengapa apa maksud dan tujuan sebenar orang menghidupkan istilah itu tapi kita kene faham masalah disiplinkan ilmu. Memang tidak dinafikan yang ilmu agama untuk semua. Semua umat Islam perlu fahami, mempelajari soal halal dan haram mengikut kaca mata agama. Ulama kita dah tulis kitab yang namanya Fiqh Ukhtilaf. Setiap umat Islam kena faham yang tak semua masalah perbincangan ilmu agama akan difahami oleh semua oleh semua orang dengan mudah hingga menceroboh masuk melepasi had penetapan hukum, melanggari disiplin ilmu."
Walaupun demikian, kemungkinan dan kebarangkaliannya istilah itu sebenarnya digunakan untuk menaikan semangat para pelajar perubatan atau golongan dalam bidang selain ustaz turut memahami agama. Bukankah ilmu agama ni untuk semua orang. Barangkali, niat itu bagus namun caranya silap. Istilah itu seolah mahu menjatuhkan nilai profesional ustaz atau ulama. Ia tetap salah. Kalau sekalipun golongan profesional ingin mendalami agama tetapi secara disiplinnya mereka tetap perlu menghormati pengkhususan golongan yang digelarkan ustaz atau ulama. 

Pendakwah dan Ulama

Satu lagi kita kena perincikan anatara Pendakwah dan Ulama. Semua kita boleh dan perlu menjadi pendakwah atau daei tapi sunnah yang Allah menjadikan tidak semua umat Islam diberi kemampuan untuk melepasi had pengkhususan dalam bidang agama secara Alim sekali sudah bergelar ustaz. Orang Islam yang tidak melalui disiplin ilmu secara khusus dalam bidang hukum hakam tidak boleh dengan mudah berfatwa sekali pun tahu. 

Tahu bukan bermakna faham. Semacam doktor juga. Specialist tak ramai, yang ramai hanya doktor biasa. Orang yang tidak melalui disiplin ilmu kedoktoran juga tidak sama dengan doktor perubatan bertauliah sekalipun dia tahu. Nilai profesional sebenarnya terletak pada disiplin ilmu.

Bukanlah bermaksud menyempitkan  konteks disiplin ilmu hanya dengan memperolehi ijazah di Universiti. Pengajian pondok misalnya masih mementingkan disiplin ilmu. Talaqi di masjid Azhar juga sama mementingkan disiplin ilmu. Masalah yang hendak dirungkaikan ialah istilah protaz / protazah ini cuba memudahkan perkara agama. Hanya dengan pembacaan dan tahu serba sedikit sudah mahu meletakkan diri dalam had isbat, had penetapan hukum. Menghormati bidang orang lain juga termasuk dalam pengertian profesional, tak begitu?

Pelbagai pro dan kontra yang diutarakan dan kesimpulannnya bahawa semua golongan seharusnya menghormati antara satu sama lain. Menghoramti pengkhususan bidang masing-masing dan perlu memahami disiplin ilmu selaku orang yang mengaku sebagai mahasiswa yang mementingkan nilai akademi dan profesional sesuatu perkara.
P/S : Pernah tak terfikir? Kalau semua orang pandai.. Siapa nak kerja sebagai pemungut sampah? Pemotong rumput dan penyampu sampah? Fikirlah..

1 ulasan:

  1. "Pernah tak terfikir? Kalau semua orang pandai.. Siapa nak kerja sebagai pemungut sampah? Pemotong rumput dan penyampu sampah?"...
    ye pernah. setiap manusia punya kelebihan masing2 yg dah ditentukan Allah, jadi walau sehina mana/ sebiasa mana pun dia, pasti ada sesuatu keistimewaan dlm dirinya. kita semua sm sj, yang membezakan kita hny amal sj, selain dr tu, kita sm disisi Allah. tiada apa yg perlu dibanggakan - -

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular