Sabtu, 13 November 2010

Pulang Dari Medan Perang Bersenjatakan Mata Pena

 

Baru balik dari "Medan Perang" setelah 3 tahun di teratak Ilmu memberi dan mengajar cara untuk hidup dan cara menghadapi hidup. 3 Tahun yang panjang di rasakan pendek. Suka Duku, Pahit Manis dan Senang Payah semuanya sudah dilalui.. Ikhlas atau tidak urusan kami (Para Daei) dengan Allah.. Baru sahaja berjihad di medan perang berpedangkan mata pena selama 2 minggu.

Ustazah kata :

"3 tahun  dah Ustazah didik Antum seramai 82 orang untuk jadi manusia.. Berabuk dah nasihat dan tunjuk ajar Ustazah pada Antum semua. Di hadapan malaikat nanti tiada hujah dah Antum semua nak berselindung. Daripada sekecil kecilnya hingga sebesar besarnya semuanya Ustazah dah ajar."

Kalau Antum masih alpa dan leka. Antum kene campak di dinding oleh malaikat karang.. Itulah ayat motivasi Ustazah pada kami. "Nanti Malaikat Campak Antum Ke Dinding". Ustazah tidaklah garang tapi ibarat ibunda pada kami. Ibu kedua pada kami semua.. Habis belajar bukan bererti kami berpisah total dengan ustazah dan ustaz ustaz yang lain malah kami makin jauh makin kami bermain rindu..

Sebenarnya Ana penat saat ini tapi sebak juga kerana perpisahan yang sementara..
Biar gambar di bawah bercerita :



- Minggu Pertama masuk - Sem 1/2008 -

 

- Picnic Bersama Madam Sem 2/2008 (Madam Betudung Putih) -

 

- Rakan Seperjuanga Sem 2/ 2008


- Lawatan Ke Pusat Setelit Sem 3 / 2009 -

Sesungguhnya 'GAMBAR' tidak akan menghilangkan kerinduaan
malah 'GAMBAR' makin membangkitkan kerinduan..

 

 Ustazah Safiah (Ibunda Kami)

Insya-Allah kita jumpa lagi di konvo 2008/2011..
See yea..


.........................................................

1 ulasan:

  1. Setiap saudara, teman dan sahabat yg tidak bisa memberikan nilai tambah kebaikan dlm urusan agama, maka putuskanlah persahabatan kita dengannya. (Malik bin Dinar)...

    Sahabat sejati yg sanggup bersusah senang payah bersama,tidak menegenal paras rupa dan kedudukan susah utk kita dapatkan,melainkan masing2 nya bersahabat kerana Allah SWT. Semoga ukhuwah antara enta dan sahabat kekal selamanya,d dunia dan akhirat amiin....

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular