Isnin, 23 Mei 2011

Kurus ke Sihat ?

 

Sihat ke kurus ? Sihat ke kurus? Sihat ke kurus ? Fobiakan.. Ada orang kurus tapi banyak penyakit antaranya mesti ada penyakit kekurangan darah putih atau kekurangan darah merah yang mengakibatkan sering pengsan juga kebiasaanya orang yang kurus ni kurang dan ada yang tidak gemarkan sayur.. Ada juga orang gemuk dan sekarang nak jaga hati kita sebut obesiti.. Sebut obesti semua tahu terlebih berat badan atau bahasa kasarnya gemuk atau tembam serta debap.. Ada orang suka sedikit gemuk untuk nampak macho dan segak.. Ada orang suka kurus tapi adakah kurus itu sihat atau gemuk itu sihat?

Konflik diri sebenarnya gemuk atau kurus? Kalau kurus ramai tahu caranya kekalkan berat badan dan makan seperti biasa dan kalau gemuk kurangkan makan dan jawapannya diet. Diet macam mana? Diet tak makan.. Diet sampai ada yang tak makan nasi berhari hari.. Diet yang tak menyihatkan.. Yang menyiksakan perut dan menyakitkan kepala..

Ketahuilah apa itu diet? Diet itu bukan tak makan dan diet itu bukan meremehkan makanan.. Diet itu bukan tak makan tapi makan makanan yang seimbang. Dan bukan diet itu tak sentuh nasi tapi ambil makanan seperti nasi, daging dan ayam dalam kuantiti yang sedikit supaya badan kita tetap ada kandungan lemak yang sikit, kolestrol yang sedikit dan protien serta zat besi yang sesuai dengan tumbesaran diri kita.. Jika ini semua tidak kita titik beratkan cuba lihatlah disekeliling kita budak budak usia yang belum cukup matang sudah nampak obesitinya dan tidak kurang pula ada yang kekurangan berat badan..

Bagi diri kita siapa yang menjaga kesihatan diri kita? Jawapannya kita.. Kita yang memilih untuk makan apa dan kita yang memilih untuk kurus tapi sihat atau sebaliknya dan kita juga memiliih gemuk tapi sihat atau sebaliknya.. Pada ibu bapa kawal pemakanan anak anak anda.. Jangan ajar menu makanan anak anak yang utama fast food sebaliknya ajar anak anak makan dirumah yang kita masak kerana itu lebih baik cuma kita pula yang kawal apa kita masak dan kuantitinya.. Selamat memilih..

Sabtu, 21 Mei 2011

Mangsa Perang Budayakah Kita ?

 

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.
 
Dahulunya perbuangan 'bayi' di negara kita seakan akan 'trend' atau budaya yang sukar dibendung namun sejak akhir akhirnya bukan kata tidak ada tapi berkurang kedengaran menjadi topik hangat bak pisang goreng panas di dada akhbar berkaitan perbuangan bayi yang seolah olah sampah dalam budaya kita.  Juga tidak hairan budaya rasuah yang banyak tertangkap di negara kita ini. Pelbagai banjiran kes kes rasuah di media cetak dan media elektronik dan tidak ketinggalan kes kes melibatkan tangkap khalwat apatah lagi kes bakar orang dan penyimbahan asid seakan akan menjadi budaya yang 'kejam' dikalangan kita.
 
Ini antara contoh budaya baru yang tetap ada namum perbudayaan dalam masyrakat yang masih kekal yang mengakibatkan rakyat negara kita dipandang rendah serta umat Islam tidak habis habis dicemuh antara puncanya berkaitan nombor ekor dan pergaulan bebas di pub dan disko serta pusat hiburan juga pusat membeli belah yang membuatkan umat Islam kita sesama sendiri merasakan 'meluat' memandang aksi aksi berani menentang agama di tempat tempat terbuku di tepi kaki lima, di kelab kelab dan di mana sahaja cukup memalukan kaum lain. Ini kerana kaum teramai di negara kita yang menjulat perlembangan negara bahawa agama rasmi negara yakni Islam itu sendiri yang membuat sejemput 'tahi' kepada bangsa dan agama sendiri.
 
Belum reda lagi kes kes yang ditimbulkan oleh politikus negara malah sama naik pula kes kes melibatkan masyarakat kita yang lupa 'kehidupan majmuk' kita sehinggakan kita langsung tiada adab dan malu kepada seagama kita apatah lagi untuk golongan majmuk kita. Malulah diri.. Mulalah memikirkan sejauh mana kita mampu pertahan Ad-Din kita? Ada agama kita letakkan hanya di kad pengenalan.. Ada Al-Quran kita letakkan sebagai hiasan dan hantaran.. As-Sunnahnya apanya lagi hanya dicukupkan quata empat.. Nak mendirikan tiang agama solat kita sering hujung hujung dan lebih malang lagi langsung tak laksanakan.. Sudah masanya kita elakkan diri, keluarga, anak anak kita dan masyarakat kita daripada menjadi mangsa perang budaya.. Kembali kepada Agama yakni Islam.. Kembali mempertabatkan budaya Islam.. Itulah yakni "Islam yang Ad-din" itulah teras kemajuan dan keharmonian negara dan kehidupan kita..
 
P/S : Satu Islam, Agama didahulukan..

Khamis, 19 Mei 2011

Mengutip Paku Keras Pada Diri

Salam Semua.. Kekadang kita sering menutup salah diri.. Kita sering mengatakan ini tak kena ini tak betul dan ini salah.. Dalam masa yang sama pula kita tahu apa yang kita buat salah.. Tetapi dalam masa yang sama kita ni merasakan diri kita ini disajung dan kalau apa saja kita buat dan apa saja kita lakukan kita pasti orang akan sokong walaupun apa yang kita buat itu sebenarnya salah dari segi niat kita.. Soal niat, ini amat payah.. 

Konsep niat macam mana? Niat adalah dalam hati manusia.. Siapa saksinya? Allah dan malaikatnya saksi kepada niat kita.. Dengan lisan kita boleh berbohong.. Dengan tulisan dan nukilan kita boleh sembunyikan niat kita.. Bagaimana anda rasa pada mulanya kita buat  (bila berniat belum buat belum terlaksana niat tapi dah buat maka niat dah pasang) perkara yang untuk orang bangga, untuk orang puji kemudiannya kita bertukar niat itu nak orang mencontohi dan ambil ikhtibar dari kita. Bagaimana anda rasa tentang orang itu? Seolah olah munafikun bukan? Contohlah kita bersiap segak dan buat wanita cunnya untuk keluar di satu pusat membeli belah.. 

Pada mulanya niat kita nak up to date dengan fesyen dan yang tak kecuali dengan wanita yang disangkanya menutup aurat tapi ada ketat di sini dan tak cukup tutup disana.. Memang sah jika ada yang menegok boleh belit mata mana taknya walaupun berpurdah tapi berwarna warni dan menghampiri tabaruj maka adakah kita fikir kita sudah cukup menutup aurat bahkan sebenarnya kita sudah menjadi penarik kepada orang yang tak sepatutnya kita tarik.. 

Jadi perlu sebenarnya kita tengok diri kita.. Selalu letakkan kita di tempat orang lain.. Terima teguran dari orang lain kerana itu lebih baik daripada menerima umpatan orang, hinaan orang dan kutukkan orang.. Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan penghinaan itu kepada orang yg menghina kita dan semoga di beri petunjuk dan diberi kekuatan untuk menjaga lisan kita.

P/S : Umpama kita di kasut orang.. Dahulu hormat orang untuk dihormati.. 

Isnin, 16 Mei 2011

Seronok Menulis Belog?

 

Seronok rapatkan diri dalam penulisan blog dan ada sesetengah orang tulis belog? Ana penulis blog setahun jagung lagi.. Baru nak masuk dua tahun.. Ana tak layak dipuji jauh pula nak dikeji.. Jika ada penulisan Ana buat blogger sekian terasa harap dapat dihadam dan menegur dengan teguran membina.. Tulis blog ni ibarat menulis catatan setahun.. Kalau benar kehabisan idea menulis cuba tulis tentang perayaan atau sambutan yang bakal kita sambut dan yang telah disambut. Itu pun sudah cukup. Ada yang lain pula menulis pada dirinya.. Kegiatan dirinya dan pelbagai lagi ketidakpuashati atau kegembiraan yang dialaminya.. Ada yang kata private dan ada yang kata buat suka suka sahaja namun hakikatnya inilah perjalanan blog. Ada blog untuk santapan ilmu dan ada yang perkongsiaan kisah semata mata.

Tiada niat nak menyalahkan dan mengata jauh sekali nak ajar apa yang benar atau tidak juga melarang apa yang hendak blogger semua menulis.. Terma dan syarat untuk jadi seorang blogger pun tak meletakkan syarat demikian.. Cuma nak titik beratkan soal kisah kisah yang dicerita. Harap tiadalah bercambah blog yang menulis cerita 18sx yang direka reka.. Juga harap tak bercambah cerita cerita luahan hati yang kekadang bukan biasa biasa.. Kekadang jelas nampak keaibannya.. Seperti dikatakan tadi blogger setahun jagung nak menegur.. Namun harap peringatan itu kita ambil bersama.. Ada yang buat duit dengan blog.. Ada juga yang jadi penulis dengan menulis blog.. Ada yang sebarkan hal hal agama dengan blog. Bagi Ana sendiri jujurnya Ana bersifat kontemporari.. Seperti blog buka yang Ana wujudkan Ana berniat menarik minat membaca rakyat malaysia.. Menulis blog salah satu cara Ana melancarkan penulisan Ana dan insya-Allah jika ada rezeki Ana ingin menerbitkan sebuah novel.. Selamat Membaca dan Salam Ziarah..

P/S : Bukan senang nak jadi senang.. Bukan angan-angan tapi impikan dan usahakan..

Selasa, 10 Mei 2011

Tak Mengapa Sayang

 

Tak mengapa sayang.. Itulah kata seorang ibu apabila anaknya ada melakukan kesalahan.. Tak mengapa sayang.. Itulah juga kata seorang suami apabila seorang isteri gagal menjadi isteri yang baik kepada seorang suami.. Apa pula kata hati kita tentang sesuatu yang kita gagal peroleh dalam hidup? Apa yang kita mahu dalam hidup yang kita tak dapat walaupun kita telah cuba sedayanya.. Yang telah kita usaha dan kita benar benar mahukannya.. Apa kita pesan pada diri kita? Ada kita sebut 'tak mengapa sayang'? Ada? Kenapa? Anda tak sayang diri anda ke? Ramai yang tak sayang diri sebenarnya? Ramai yang sayang diri orang laen lalu abaikan diri sendiri tanpa memikirkan akibat diri dan sakit yang bakal kita tanggung..

Tak mengapa sayang.. Pujuklah diri.. Jaga diri dari pemakanan kita.. Jaga diri semuanya.. Jangan campakkan dirimu kearah kebinasaan.. Terutama yang merokok.. Berhenti.. Simpan duit.. Sayang diri kita itu yang pertama sebelum sayang orang laen.. Hargai diri mu kerana dirimu begitu berharga buat kamu dan orang laen..



Isnin, 9 Mei 2011

Di Sana Hanyalah Menanti (Sampai Bila Pun Tak Pasti)

 
Kita sedar siapa diri kita sebenarnya.. Kita hanyalah dipinjam dan  hidup ini kita tahu ada kalanya kita memberi dan adakalanya kita kene menerima.. Anda suka menolong orang? Terharu dan kesian apabila kita lalu di laluan berjalan kaki ada yang meminta minta.. Juga kekadang kawan kita minta bantuan kita dan jika kita menolak kita rasa kesian dan jika kita menolong pula ada masanya kita ikhlas kerana kelapangan dan ada masanya kita kurang ikhlas kerana kesibukan. Nak tak nak kena bantu.. Dan adakalanya pula kita bantu orang sampai orang dah set muka kita.. Kalau nak bantuan yang express sahaja orang itu akan cari kita. 

Bila itu terjadi maka kita dah mula rasa nak atau tak mahu je menolong. Saat itu ikhlas bukan nombor satu dan yang nombor satu kita fikir negatif ada yang ambil kesempatan atas kita. Bagaikan Di Sana Hanyalah Menanti dan Sampai Bila Pun Tak Pasti.. Maka tolonglah orang ikut kemampuan.. Berpada pada katanya.. Sikit takpe asalkan tersulam ikhlas.. Ikhlaslah.. Sama ada memberi atau menerima dua dua kita kene berada dalam keadaan itu. Jangan terlalu memberi dan jangan asyik menerima sahaja.. Ingat tu..


Ahad, 8 Mei 2011

Dari I Phones 4 Kepada Nokia 1202

 

I Phones 4 adalah gadjet yang menjadi kegilaan ramai.. Manakala Handphones Nokia 1202 adalah gadjet yang menjadi pilihan ramai orang. Ramai yang mahu memiliki IP4 namun ramai yang memiliki nk1202. Apa tandanya ini? Ini tandanya kita kene mengukur sesuatu itu pada baju sendiri terlebih dahulu. Dan bukan main ukur sesuka sahaja namun perlu sentiasa ingat. Dahulukan keperluan walaupun semampu mana kita untuk memiliki sesuatu. Yalah, wang kamu, fulus kamu cari, sesuka kamulah nak buat apa.. Namun adakah semua fulus yang kamu dapat itu kamu punya? Of courselah semua saya punya.. Siapa kata semua kamu punya? Kena faham konsep.. Dalam rezeki kamu pasti dan tidak boleh tidak pasti ada rezeki orang lain..

P/S : Maaf, Ana ada hal.. Nanti Ana sambung tambah pasal ni...

Khamis, 5 Mei 2011

Sekecil Tapak Tangan Ibu

 (Mamaku Ratu Hatiku tersayang 44 Umur Tahun Ni)

Sekecil tapak tangan lembut ibu menyentuh lembut kulit putih halusku. Tatkala suara tangisan pertama kedengaran, wajahmu ibu terburai senyuman yang tak dapat disembunyi lagi diiringi tangisan merangkulku kemas tidak sedikit pun kuat kerana tahunya aku masih lembut masih tulang-temulangku lemah walau saling bertautan. Hanya dengan insan bergelar ibu aku berasa selamat. Lahir tanpa pengertian tentang siapa, apa, bagaimana dan juga kenapa? Tiada siapa yang tunjuk dan tiada siapa yang bicarakan namun insan bergelar ibu itu menerimaku seadanya. Tangisanku disapunya. Senyumanku disambutnya. Tiada sembunyi lagi. Tiada cekerama lagi. Nasibku baik diterima dan diserahkan bagi laungan azan pertamaku ditelinga mungil yang tidak mengerti namun didikan pertama itu membuatku kukuh hingga kini berkalimahkan Tuhan Yang Esa tanpa ragu dan terus memenggangnya kuat dan kukuh.

Tiada seindah senyuman terukir di raut wajahmu ibu apabila kejayaan demi kejayaan aku rangkulkan buatmu ibu. Setiap yang aku lakukan mendapat senyuman ikhlas darimu ibu cukup aku mengerti tiada makna hidupku tanpamu ibu. Namun kini umur dewasaku membataskan ruang aku bersamamu ibu. Sikit pun tidak kurasa aku jauh darimu ibu. Sehingga  aku kini dewasa, kini aku mahu membina hidup, tidak jemu kau ada disisiku. Ibu susah aku luahkan padamu. Sesuci sayang buatmu ibu dan seharapku pada redhamu ibu itu yang selalu aku mohon dan hanya aku mahu. Doakan ibu selamat aku di dunia dan doakan aku agar aku di antara yang laen mendoakanmu kerana ingin aku menjadi anak yang soleh di jangkaanmu dan jangkaan-Nya. Ibu, harimu, detikmu hadirlah di sisiku selalu..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular