Sabtu, 21 Mei 2011

Mangsa Perang Budayakah Kita ?

 

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.
 
Dahulunya perbuangan 'bayi' di negara kita seakan akan 'trend' atau budaya yang sukar dibendung namun sejak akhir akhirnya bukan kata tidak ada tapi berkurang kedengaran menjadi topik hangat bak pisang goreng panas di dada akhbar berkaitan perbuangan bayi yang seolah olah sampah dalam budaya kita.  Juga tidak hairan budaya rasuah yang banyak tertangkap di negara kita ini. Pelbagai banjiran kes kes rasuah di media cetak dan media elektronik dan tidak ketinggalan kes kes melibatkan tangkap khalwat apatah lagi kes bakar orang dan penyimbahan asid seakan akan menjadi budaya yang 'kejam' dikalangan kita.
 
Ini antara contoh budaya baru yang tetap ada namum perbudayaan dalam masyrakat yang masih kekal yang mengakibatkan rakyat negara kita dipandang rendah serta umat Islam tidak habis habis dicemuh antara puncanya berkaitan nombor ekor dan pergaulan bebas di pub dan disko serta pusat hiburan juga pusat membeli belah yang membuatkan umat Islam kita sesama sendiri merasakan 'meluat' memandang aksi aksi berani menentang agama di tempat tempat terbuku di tepi kaki lima, di kelab kelab dan di mana sahaja cukup memalukan kaum lain. Ini kerana kaum teramai di negara kita yang menjulat perlembangan negara bahawa agama rasmi negara yakni Islam itu sendiri yang membuat sejemput 'tahi' kepada bangsa dan agama sendiri.
 
Belum reda lagi kes kes yang ditimbulkan oleh politikus negara malah sama naik pula kes kes melibatkan masyarakat kita yang lupa 'kehidupan majmuk' kita sehinggakan kita langsung tiada adab dan malu kepada seagama kita apatah lagi untuk golongan majmuk kita. Malulah diri.. Mulalah memikirkan sejauh mana kita mampu pertahan Ad-Din kita? Ada agama kita letakkan hanya di kad pengenalan.. Ada Al-Quran kita letakkan sebagai hiasan dan hantaran.. As-Sunnahnya apanya lagi hanya dicukupkan quata empat.. Nak mendirikan tiang agama solat kita sering hujung hujung dan lebih malang lagi langsung tak laksanakan.. Sudah masanya kita elakkan diri, keluarga, anak anak kita dan masyarakat kita daripada menjadi mangsa perang budaya.. Kembali kepada Agama yakni Islam.. Kembali mempertabatkan budaya Islam.. Itulah yakni "Islam yang Ad-din" itulah teras kemajuan dan keharmonian negara dan kehidupan kita..
 
P/S : Satu Islam, Agama didahulukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular