Khamis, 19 Mei 2011

Mengutip Paku Keras Pada Diri

Salam Semua.. Kekadang kita sering menutup salah diri.. Kita sering mengatakan ini tak kena ini tak betul dan ini salah.. Dalam masa yang sama pula kita tahu apa yang kita buat salah.. Tetapi dalam masa yang sama kita ni merasakan diri kita ini disajung dan kalau apa saja kita buat dan apa saja kita lakukan kita pasti orang akan sokong walaupun apa yang kita buat itu sebenarnya salah dari segi niat kita.. Soal niat, ini amat payah.. 

Konsep niat macam mana? Niat adalah dalam hati manusia.. Siapa saksinya? Allah dan malaikatnya saksi kepada niat kita.. Dengan lisan kita boleh berbohong.. Dengan tulisan dan nukilan kita boleh sembunyikan niat kita.. Bagaimana anda rasa pada mulanya kita buat  (bila berniat belum buat belum terlaksana niat tapi dah buat maka niat dah pasang) perkara yang untuk orang bangga, untuk orang puji kemudiannya kita bertukar niat itu nak orang mencontohi dan ambil ikhtibar dari kita. Bagaimana anda rasa tentang orang itu? Seolah olah munafikun bukan? Contohlah kita bersiap segak dan buat wanita cunnya untuk keluar di satu pusat membeli belah.. 

Pada mulanya niat kita nak up to date dengan fesyen dan yang tak kecuali dengan wanita yang disangkanya menutup aurat tapi ada ketat di sini dan tak cukup tutup disana.. Memang sah jika ada yang menegok boleh belit mata mana taknya walaupun berpurdah tapi berwarna warni dan menghampiri tabaruj maka adakah kita fikir kita sudah cukup menutup aurat bahkan sebenarnya kita sudah menjadi penarik kepada orang yang tak sepatutnya kita tarik.. 

Jadi perlu sebenarnya kita tengok diri kita.. Selalu letakkan kita di tempat orang lain.. Terima teguran dari orang lain kerana itu lebih baik daripada menerima umpatan orang, hinaan orang dan kutukkan orang.. Alhamdulillah. Moga Allah mudahkan penghinaan itu kepada orang yg menghina kita dan semoga di beri petunjuk dan diberi kekuatan untuk menjaga lisan kita.

P/S : Umpama kita di kasut orang.. Dahulu hormat orang untuk dihormati.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular