Isnin, 6 Disember 2010

3 Serangkai (Salam Maal Hijrah)



Salam Maal Hijrah buat pengziarah, pembaca, pelihat dan yang berkunjung ke blog ilmu Ana ni.. Dah masuk 1432 Hijrah sudah.. Apa amalana kita pada 1431 Hijrah yang lepas? Banyak Baik ke banyak Jahat? Banyak Pahala ke banyak Dosa? Banyak Taat ke banyak Ingkar?  Banyak Maksiat ke banyak Kebaikan? Apa apa pun moga tahun ini lebih baik daripada tahun sudah.. Insya-Allah Ameenn Ya Rabb'al Alamin..


Petang tadi sempat berkepit dengan mama tercinta sekejap. Teman mama ke Tabung Haji (TH) masuk duit.. Mama dah rindu nak jadi tetamu Allah dan Ana juga insya-ALlah jadi tetamu ziarah Allah pada tahun depan. Selepas ke TH, sempat juga ke tempat yang wajib pergi iaitu taman taman buku. Ana beli 3 buah buku. Salah satunya buku di atas.. Terdetik hati nak berhijrah bila lihat buku ini. Mungkin hati ini belum teguh pada agama Allah dan sempena maah hijrah ini harap dapat lebih teguh atau hijrah lebih banyak daripada ingkar kepada taat. 

Sebenarnya tak perlu tunggu maal hijrah sebenarnya kalau nak berubah, tapi kita ni ibarat tukul dengan paku baru nak jalan. Kene beri rangsangan semangat atau peristiwa baru nak berubah. tak mustahillah ramai yang berubah selepas ada peristiwa yang menginsafkan dirinya. Apa apa pun hidayah itu milik Allah kepada sesiapa yang mencari dan yang bertuah memilikinya.. Moga kita dalam golongan orang yang hidup dalam hidayah Allah.

Tadi usai mengimamkan adik adik solat maghrib dan membaca doa awal dan akhir tahun hijrah, Ana terdetik nak menulis entry ini. Dan dikesempatan ini Ana memohon maaf, walaupun tak bersua buka, hanya kata kata melalui mata tulisan word sahaja yang menjadi perhubung namun salah silap seorang manusia tidak pernah terlepas dan hari baik bulan baik ini Ana memohon kesucian sebuah lafaz maaf yang tak ternoda pada semua secara langsung atau tidak. Manalah tahu ada entry Ana yang mengoncang jiwa pembaca, menguris atau terasa. Puisi yang bersaja ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal. Dengan maaf yang suci Ana memohon kemaafan dan keampunan.. Selamat membaca semua!!!

P/S : 3 Serangkai ( Maal Hijrah, Buku dan Maaf)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular