Selasa, 28 Disember 2010

Singkat Sungguh (Cerita dalam nasihat)



Mencurah-curah isi langit yakni hujan. Itu tandanya Malaysia masih lagi Allah pelihara kebajikannya. Hari hari yang berlalu bagai derasan air yang mengalir mengikut saluran sungai.. Dahulu sehari macam seminggu. Seminggu macam sebulan dan sebulan macam beberapa bulan. Tapi sekarang, Seminggu macam sehari, Sebulan macam seminggu dan beberapa bulan macam sebulan sahaja. Singkat sungguh masa, singkat sungguh waktu, singkat semuanya singkat tapi jangan singkatkan amalan, jangan singkatkan apa apa yang dah singkat pula tau. Kalau dah singkat apa kata kita sama sama labuhkan apa yang kita biasa singkatkan. Tak susah sebenara cuma tinggal lagi mahu atau tidak.

1.. 2.. 3.. Semudah 1,2,3 hari lagi kita bakal kecapi tahun baru 2011 dan insya-Allah masih aman. Masih dikeheningan paginya Pak Jalak menjalankan rutin harinya (kokkkk...kokkkk.... kokkkk..). Masih lagi manusia dengan tugasnya apabila memanggil - manggil (Assolah thu khoirumm minal nau'um..). Tak kurang yang masih 'berselimutkan kulit babi' seenak-enaknya apabila seruan sudah lama di kumandangkan. Ubah-ubahlah sikap tu. Luangkanlah sedikit masa 'dating' dengan bos besar (Allah). Teringat amalan seorang hamba Allah ni, bukan nak puji tapi kagum juga. Lepas solat subuh di tak tidur (Bagus), pastu dia akan baca yasin sementara tunggu solat israk (Bagus). Selepas tu solat Israk dia akan solat Dhuha (Bagus). Alhamdulillah hamba Allah itu istiqomah (Bagus).

Kekadang itulah manusia.. Sudah singkat kita sedar singkatnya tapi nak melabuhkan tu payah. Bukan sahaja merujuk kepada pakaian tapi labuhkan masa, labuhkan amalan dan labuhkan apa apa sahaja yang singkat agar dalam kesingkatan ada kelabuhan yang terisi. Cerita singkat singkat labuh labuh sudah tamat di situ sahaja.

Dalam singkatnya masa merasa juga percutian yang singkat (2 hari 1 malam) sambil rehatkan otak dari kesibukan yang boleh dikatakan kerana sibuk hal dunia kita memperoleh gajinya di akhirat. Kalau kita pandai mengunakan 'dunia' insya-Allah ada ganjaran dunia yang dapat kita tebus di akhirat. Pujangga kata "Biarlah dunia ditanganku bukan dihatiku" benar sangat kata itu. Seperti satu barang, kita yang buat barang tu, acuannya dan ideanya adalah daripada ihlam kurniaan Allah tapi kretifnya kita mengubahnya terpulang pada kita. 

Nak buat jahat atas kehendak kita dan nak buat baik pun atas kehendak kita. Kehendak yang Ana maksudkan usaha. Semua perkara yang kita nak buat perlu ada usaha. Jahat atau baik perlu ada usaha. Tapi ingat Allah mengingatkan kita apabila kita berniat nak buat satu kebaikan tapi kita belum laksana maka Allah dah suruh  malaikat pencatat amalan baik dah catat sebaliknya kalau kita niat lakukan kejahatan maka Allah suruh malaikat pencatat amalan jahat jangan catat dahulu selagi kita tak buat.

(Aku yang tak pandai 'pose')'

(Sempat Snap di MPH MID VALLEY)


P/S : Cerita dalam nasihat (Nasihat menasihati amalan mulia disamping muhasabah diri).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular