Sabtu, 1 Januari 2011

Ku Korbankan (Perjuangan Belum Selesai)


Tahun ini penuh semangat.. Semuanya semangat dan permulaan yang baik walaupun bukan kali pertama.. Aku menulis tanpa pedulikan orang.. Anggaplah apa yang aku tulis ini buat aku lepaskan lega bersama tahun yang dah pergi tanpa aku mahu ianya berulang dan tak akan aku kutip sisa sisa kenangan yang sudah berlalu.. Bukan sombong dan bukan angkuh berjalan dimuka bumi tapi memastikan diri belajar daripada kesilapan tanpa kesilapan itu berulang.. Aku masih usaha yang sama berjihad dan berhenti buat jahat serta memerangi 'kebiasaan' yang binasakan.. ( Tak faham tak mengape baca je)

Tahun lalu banyak aku korbankan.. Biasalah hidup ini tetap dua pilihan sama ada ya atau tidak.. Begitu juga hidup ini perlukan kita berkorban atau kita mangsa korban.. Bagiku, aku keduanya mangsa korban dan berkorban.. Biarlah aku berkorban lantas terkorban mendapatkan 'redha' Ilahi.. Biarlah aku 'puas' merasakan orang lain bahagia melihatku terkorban.. Aku faham, bukan mereka sengaja.. Mereka tidak sengaja, mereka perlu jual ikan (selfish) untuk mereka kecapi bahagia..

Kita hanya merancang.. Benar, perancangan Allah lebih baik.. Takpe, berbaik sangkalah.. Orang campak kita dengan tahi, kita campak dia dengan doa.. Orang buat itu, buat ini, buat macam tu, buat macam ni.. Kita berbaik sangka jelah.. Orang anayai kita,Allah bantu kita.. Martabat terbesar yang susah nak capai adalah 'sabar'.. Allah murahkan rezeki dan mudahkan urusan orang yang sabar.. Itulah yang sebenarnya kita mahu tapi bukan mudah kita dapat.. Cakap bolehlah, buat tengok.. Cakap kena, usaha pun kena.. Aduh, mengaduh tapi berkobar semangat meneruskan usiaku dengan manfaat. Perjuangan belum selesai selagi ajal maut tamatkan..

P/S : Selamat tahun baru.. Jangan lupa juga ucap syukur kerana Allah pnjamkan kita lagi segala nikmat yang kita perlukan.. Macam mana nak syukur, banyakkan tasbih pada Allah (Solat Sunnat Tasbih).. Bukan bakar jutaan ringgit buat keseronokkan yang tak sampai 10 minit.. (Tak faham buat faham boh).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular