Selasa, 11 Januari 2011

Pastikan 'Assigment' Dihantar Itu Berkualiti


Anda Manusia? Maka anda ada tugasan atau orang puteh sebut 'paper work' atau 'assigment'. Kita semua ada tugasan kita. Yang wajib sahaja yang nak diceritakan di sini yang sunat adalah saya sebut sikit sikit dan yang lain tu 'Lu Fikir Sendili'. Okey?

Budak sekolah rendah ada assigment.. Assigment apa? Folio Geografi dan Kajian Tempatan.. Budak sekolah Menenggah pun ada Folio Sejarah serta tugasan Kemahiran Hidup.. (Teringat pula, semua ni sudah aku lalui). Yang nak cakap di sini tentang 'assigment' kita tu. Berkualiti atau hanya berkuantiti tapi tiada kualiti atau langsung tidak berkuantiti dan tidak kualiti. (Peningkan? belit ayat macam pelat) Hahahhaha. Takpe, ni nak terang ni.
Berkualiti  : Lengkap, mantap, dihiasi dengan warna warni lagi dan menepati cita rasa

Berkuantiti tiada kualiti : lengkap cuma tidak kemas, nampak serabut

Tidak Berkuantiti dan tiada kualiti : Tak lengkap, tak kemas, nampak serabut, tengok pun tak mau

Mesti semua masih tak faham. Semakin hari semakin sulit penulis ni menulis. Macam ni, apa sebenarnya assigment kita pada Pengcipta kita? Pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim? Pada Rabb kita? Assigment yang wajib yakni 5 rukun Iman tu dan Allah longgarkan lagi yang terakhir (Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan). Hanya Limakan? Dua Kalimah Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Al-Hajj..

Assigment Solat

Sehari lima Assigment solat kita kene hantar. Assigment (Subuh, Zuhur,  Asar, Maghrib dan Isyak). Dan setiapnya ada due date.. Betul tak? Dah pasti kita nak jadi orang terawal menghantarnyakan? Dan kita mesti pastikan ianya menepati kehendak-Nya.Macam mana Dia hendak? Mestilah Berkualiti dan memenuhi terma dan syarat-Nya. 

Pembaca semua dah boleh tangkap apa yang hendak saya utarakan pada 'entry' ini? Pasti boleh.. Good good.. Kalau suruh solat semua boleh tapi nak mempamirkan solat yang mengikut terma dan syaratnya itu berapa ramai yang boleh? Tak semua bolehkan?

P/S : Sama sama kita memohon ampun pada-NYA. Dia Maha Pengampun dan kita berubah serta berusaha mempamirkan terbaik kepada-Nya.. Insya-Allah.. Ameen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular