Jumaat, 21 Januari 2011

Nikah Bukan Seperti Main Kahwin Kahwin

 

 
PANDUAN UNTUK MEMILIH
 
Rasulullah SAW bersabda: “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim)

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
(HR. Muslim)

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan. (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.- Hadis Riwayat Maisyarah

Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika seseorang diantara kamu hendak bersatu dengan isterinya, maka bacalah: ‘Bismillah’ ‘Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari (anak) yang akan engkau kurniakan kepada kami.’ Kemudian jika berbuah dari mereka ini seorang anak, maka syaitan tidak akan merugikannya selama-lamanya -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya."(HR. Thabrani)


Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka bererti telah gugur amalnya.” -Hadis Riwayat Ibn Ady dan As-Syakir

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: jika isteri berkata kepada suaminya: talaklah aku/ ceraikan aku! Maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar Shiddiq)

"Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" -Hadis Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi

Dari Ammar bin Yasir bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Tidak akan masuk syurga suami yang dayus”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Diriwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Nabi kepada gadis itu: Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia kahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Ibnu Abbas r.a berkata: “Ada seorang wanita dari Khats’am datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, saya adalah seorang wanita yang sudah janda, dan saya ingin kahwin lagi, yang ingin saya tanyakan apakah hak suami itu? Rasulullah SAW menjawab: “Setengah daripada hak suami atas isterinya itu adalah apabila suami itu menginginkan isterinya itu untuk bercumbu rayu, walaupun isterinya itu di atas punggung unta, maka jangan sekali-kali isteri itu menolaknya.(HR. Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang perempuan datang menghadap kepada Rasulullah SAW, ia bertanya: “Ya Rasulullah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka tetap hidup di sisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedangkan kami kaum wanita, kamilah yang memelihara mereka, kami akan memperolehi apa? Rasulullah SAW menjawab: Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai; bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali di antara golonganmu yang melakukannya.”(Hadis dari Ibn Abbas)

Rasulullah SAW bersabda: “ Isteri manapun yang mengeraskan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dari segala sesuatu yang disinari matahari.”(Hadis dari Umar bin Khattab)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan penyakit kubis.”(HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mendirikan solat yang lima, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia masuk syurga dari pintu-pintu syurga manapun yang dikehendakinya.”(HR. Ibn Hibban)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR. Ibn Hibban)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.- Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


...Sakinah  Mawwardah Warrahmah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular