Isnin, 3 Januari 2011

Nikmatnya hanya di tekak


Anda Suka Makan Apa?

 

KEK COKLAT ???

 
Pasta - Fiesta ???


MAKANAN LAGI????

Hahaha.. Amboi, ketawa sakan.. Entry kali ini bukanlah kata nak menyaingi doktor ke pakar pemakanan ke tapi nak kongsi apa yang boleh kongsi dan nak beringat kepada yang perlu diingatkan. Apa pemakanan anda dan bagaimanakah makanan dalam hidup anda sehari harian? Semestinya pemakanan yang dipilih berdasarkan apa yang anda ingin makan. Apa yang diidamkan oleh anda dan apa yang anda rasa mahu dan perlu berdasarkan kemampuan.

Celoteh panjang pula.. Tengok di bawah ni..
 

Apa ni? Semua tahu carta di atas gambar apakan? Betul.. Bijak bijak (10 markah).. Ini dia piramid makanan bukan siratan dan makanan serta bukan rantaian makanan.. Amboi kau, dah macam cikgu Sains, tak pun cikgu biologi.. Siap ada piramid makanan lagi.. Ade aku kisah??? Ade???? Hahaha (Gurau je)

Dah dah, dengar sini.   Makan untuk hidup ke hidup untuk makan?? Hah? Apa? Nak hidup kene makan? mestilah.. Aishh kamu, tak menjawab soalan malah menanya soalan pula.. Takpe takpe.. Anda rela makan sampai sakit ke makan tapi sihat? Meh baca, apa kejadahnya ni..

Makan Sampai Sakit

Kita makan sampai sakit. Macam mana tu? Macam ni.. Kita makan, makan lagi dan makan lagi. Maknanya makan banyaklah tu sampai apa yang tak sakit jadi sakit seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang makanan punya dia sakit. Selain makan banyak, makan berulang kali seperti makan maggie (Bukan jenama maggie tapi habit orang kita semua jenama mi segera pun panggil maggie) makan pula tu hari hari. Kita kekadang tahu ianya tak elok buat kesihatan tapi apabila 'nikmat tekak' sudah tak tertahan makan hentam sajalah.

Makan Tapi Sihat
Kita makan tapi kita sihat. Macam mana tu? Macam biasa kita makan cuma kita perkayakan makanan kita dengan makanan yang baik untuk kesihatan yakni makanan yang berbentuk buah buahan dan kurangkan kandungan gula, garam (MSG), ajinamoto dan perasa makanan yang trang tang tang ianya tak baik untuk kesihatan.

Dalam permakanan sekurang kurangnya peganglah 3 nasihat Rasulullah melalui hadith ini : -

"Janganlah kamu mencampakkan dirimu kearah kebinasaan"

"Membazir tu amalan harian syaitan"

"Makan dan berhentilah sebelum kenyang
Bila kita rasa nak makan sesuatu yang orang kata berlemak banyak, penuh minyak, gula nya melambung dan manisnya melekit serta masinnya berdebu, ingatlah sakit itu datang waktu kita tua walaupun dengan izin Allah semua tu tapi tak salahkan kalau kita mencegah daripada mengubati..

P/S : Aku berpesan pada kamu dan aku (Ada orang kata aku dah tembam) hahahah.. Aku sihatlah..

3 ulasan:

  1. salam
    adik!!!!
    akak nak yg atas sekali dlm gambar tu
    ^_^

    BalasPadam
  2. Salam

    Imtiyaz : Hehe mana tahu lepas ni ijazah sains Islam ke? Jadilah Ustaz Dr Shah.. Ameen

    Kak Dia : Ambillah.. Biar kakak jadi debap

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular