Sabtu, 15 Januari 2011

Pasrah Seada-Nya


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup

Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah, Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Lirik Lagu di atas adalah Lagu Dehearty - Pasrah SegalaNya. Bukan aku mahu jadi mereka terlampau rajin nak mengulas secara gratis. Kekadang bukan juga aku mahu jadi seperti mereka menulis blog hanya suka suka. Tidak terniat begitu, aku menulis bukan kerana nak 'Awards' di pandangan manusia tapi itulah yang itu yang dapat habuan dan yang dapat pengiktirafan manusia itu yang semua kejar.. Entahlah aku terpaksa kurangkan kefahaman aku pasal itu demi menjaga diriku agar tetap terpelihara. 

Pasrah seada-Nya. Aku pasrah jasmani dan rohani ini kepada Penciptaku Allah Subha'na wa' ta'aala. Diri ini masih kekurangan walaupun duduk disamping orang orang yang diberi kelebihan. Ada yang mereka lebih dan ada yang aku lebih dan ada yang mereka kurang serta ada aku yang kurang. Bagiku begini mantap, comey dan baik tapi tidak bagi mereka begitu mantap, comey dan baik. Lain orang lain ragam, rambut hitam tapi hati lain-lain.  

Pasrah seada-Nya. Yang ada aku syukur yang tiada aku mencari dan yang tidak tiada buatku maka aku tidak meminta-minta. Melihat kanca kehidupan, di dada akhbar surat khabar umpama melihat bangsaku sendiri di malukan. dimomok dengan puaka, dikuasai dengan nafsu, di matangkan dengan sosial yang tak pernah nak 'diukur pada badan sendiri'

Dunia ini sementara. Pasrah seada-Nya. Pasrah  tidak bererti menyerah. Menyerah tidak pula ertinya kalah atau jemu. Dalam berjuang tidak jemu, tapi seorang perjuang perlukan ruang dan peluang. Dia juga manusia. Imam dan pemimpin juga manusia. Dasar manusia buat silap tapi sebaik baik manusia sejahatnya adalah orang yang sedar salahnya dan tidak hanyut terus dengan salahnya bahkan melibatkan lagi orang dengan dosanya.. Kembalilah, pulanglah. Kau salah kau pasrah.. 




P/S : Aku biarkan catatatn ini tanda mati. Biarkan mereka terfikir apa sebenarnya aku mahu dan aku luahkan.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular