Isnin, 12 April 2010

Ikhtilat Dan Perinciannya (1)

(Berpesan-pesan Dengan Kebenaran)

Soalan Lazim Yang Ditanya

"Apa itu ikhtilat? Ikhtilat tu berdua-duaan ke?"

"Apa hukum asal pergaulan dengan antara lelaki dan wanita ajnabi, diharuskan atau ditegah?"

"Sejauh mana batas pergaulan lelaki dan wanita ajnabi dibolehkan dalam Islam ?"

Mari Perincikan :~

Pengertian Pergaulan

Gaul atau campur dalam bahasa Arab disebut 'khalato' (خلط). Bercampur atau bergaul disebut اختلاط 'ikhtilat', iaitu apabila bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan wanita bermaksud lelaki dan perempuan yang bukan mahram ataupun ajnabi bercampur atau bergaul di satu tempat, bilik, ruang atau dewan. Kebiasaannya mereka bertemu muka, mata dengan mata, berhadapan, berinterasi, bercakap dan bertegur sapa antara satu sama lain. Namun, penulisan ini memfokuskan kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram (ajnabi).

Perincian Hukumnya

Tidak ada dalil syarak yang secara jelas dan terang menunjukkan hukum pergaulan antara berlainan jantina ditegah. Mahupun demikian ada ditegah perkara-perkara melibatkan hal-hal tertentu yang ada disebutkan dalam dalil-dalil berkaitan pergaulan antara berlainan jantina dalam kes lain-lain iaitu :~

1. Wanita Ditegah Musafir Tanpa Mahram dan Tegahan Berkhalwat

Rasulullah s.a.w. bersabda :  

"Wanita ditegah bermusafir kecuali dengan mahram, lelaki jangan masuk (ke rumah) nya kecuali bersamanya mahram"

Beliau menyebut lagi :

"Lelaki tidak boleh berkalwat dengan wanita kecuali
bersamanya ada mahram"

Kedua-dua hadith ini melarang wanita bermusafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa kehadiran mahram. Hukum ini disepakati 'Ulama Fikah. Tidak ada perbezaan antara khalwat semasa dan diluar solat. Selain itu, para 'Ulama Fikah juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan atas alasan darurat ataupun keperluan.Pengecualian ini menunjukkan, hukum asalnya adalah ditegah.

2. Wanita Tidak Wajib Berjihad

Aisyah r.a. berkata :

"Saya meminta izin Rasulullah s.a.w supaya bagi turut serta dalam perang jihad. Beliau berkata : jihad kamu (wanita) adalah haji"

Hadis ini menunjukkan jihad tidak wajib pada kaum wanita kerana dalam jihad wanita terpaksa melakukan perkara bercanggah dengan tuntutan menutup aurat dan tegahan ini supaya tidak bercampur aduk dengan lelaki yang diwajibkan pada mereka.

3. Wanita Tidak Wajib Sembahyang Jemaah.

Bagi sesetengah Fukaha, sembahyang jemaah wajib bagi lelaki sahaja. Mereka sepakat mengatakan, sembahyang jemaah tidak wajib bagi wanita  malah diharuskan sahaja. Itupun dengan syarat-syarat tertentu. Pensyaratan ini menunjukkan hukum asal pergaulan lelaki dan wanita ajnabi adalah ditegah.

4. Wanita Tidak Wajib Sembahyang Jumaat.

Fukaha sepakat wanita tidak wajib menunaikan sembahyang Jumaat. Alasannya, wanita sibuk dengan urusan rumah tangga dan ditegah keluar ke perhimpunan kaum lelaki bagi mengelak fitnah.

5. Hukum Khusus Bagi Wanita Semasa Mengerjakan Haji.

Ummu Salamah melaporkan, Rasulullah berkata kepadanya :

"Tawaflah di belakang orang ramai dalam keadaan kamu menonggang."

Para fukaha berpendapat, wanita digalakkan supaya tidak mendekati kaabah semasa tawaf apabila kaum lelaki ramai melakukan tawaf. Mereka sepatutnya tawaf jauh dari kaabah supaya tidak berlaku campur-aduk dengan lelaki. Sekirannya kaum lelaki tidak ramai di tempat tawaf, mereka boleh tawaf berhampiran kaabah.

Al-Karamani bependapat, Rasulullah mengarahkan Ummu Salamah tawaf jauh daripada kaum lelaki kerana Sunnah kaum wanita semasa tawaf adalah menjauhkan diri daripada kaum lelaki.

Selain itu, wanita diberikan rukhsah yakni kelonggaran melontar jamrah pada hari nahar (يوم النحر) sebelum fajar bagi mengelakkan kesukaran berebut-rebut dengan kaum lelaki.

6. Tegahan Wanita Berjalan Seiringan Dengan Lelaki.

Hamzah bin Usaid al-Ansari mengatakan, bapanya bahawa bapanya mendengar Rasulullah berkata semasa beliau keluar dari masjid dan kaum wanita bercampur gaul dengan lelaki di tengah jalan :

"Ke belakanglah, sesungguhnya kau tidak boleh berada di tengah jalan, kamu mestilah (berjalan) di tepi jalan." 

Lantas kaum wanita merapatkan diri mereka ke tepi-tepi dinding, sehinggakan ada diantara mereka pakaiannya tersangkut di tepi dinding kerana berjalan sangat tepi dengan dinding.

Dalam hadis ini, Rasulullah mengarahkan kaum wanita berjalan di tepi jalan, bukan ditengah-tengahnya supaya mereka tidak bercampur dengan kaum lelaki. Para sahabat wanita mematuhi arahan itu dengan beredar ketepi dinding sehinggakan ada diantara mereka pakaiannya tersangkut di tepi dinding kerana berjalan sangat tepi dengan dinding kerana terlalu rapat dengannya. Ini menunjukkan, mereka berusaha menegelakkan diri daripada berjalan ditengah tengah supaya tidak bercampur gaul dengan lelaki.

Hadith ini juga dapat dirumuskan bahawa, tegahan pergualan antara wanita dan lelaki ajnabi menunjukkan hukum asal pergaulan ini adalah ditegah.

Akan bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular