Memaparkan catatan dengan label Ukhwwah Fillah Lillah Ta'alla... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ukhwwah Fillah Lillah Ta'alla... Papar semua catatan

Sabtu, 3 Januari 2015

MUHAMMADKU

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Assalamualaikum. Memberi salam juga sunnah Nabi. Hidup dalam Sunnah MasyaAllah dan Tabarakallah. Tak buat semua jangan tinggal semua.  Allahuma Solli Ala' Saidina Muhammad. 12 Rabiaul Awal yang lalu saya cuba menjawab soalan daripada Akhi/Banat pun saya tak tahu Soalannya berbunyi Apakah sunnah Nabi Muhammad yang paling besar? Saya cuba menjawab dua jawapan. Pertama : Selawat kepada Nabi Muhammad itu sendiri. Akhi/Banat itu jawab betul namun tidak tepat. Saya masih mencuba dengan jawapan memberi anak yatim makan. Namun masih saya tak pasti jawapannya & saya ditinggalkan dengan pertanyaan jawapan kepada soalan ini.
 
MasyaAllah/ Tabarakallah hebat Akhi/Banat tu? Setiap masa saya memikirkannya. Gagal rasa saya sebagai umat Nabi jika tak tahu jawapannya. Bukan nak tahu sangat sebenarnya jawapannya. Yang nak sebenarnya, jika sudah tahu nak laksanakannya dan tak mau tinggal. Maka saya membuka pertanyaan kepada ahli blogger yang akan saya boldkan. Apakah sunnah Nabi Muhammad yang paling besar?


Isnin, 12 April 2010

Ikhtilat Dan Perinciannya (1)

(Berpesan-pesan Dengan Kebenaran)

Soalan Lazim Yang Ditanya

"Apa itu ikhtilat? Ikhtilat tu berdua-duaan ke?"

"Apa hukum asal pergaulan dengan antara lelaki dan wanita ajnabi, diharuskan atau ditegah?"

"Sejauh mana batas pergaulan lelaki dan wanita ajnabi dibolehkan dalam Islam ?"

Mari Perincikan :~

Pengertian Pergaulan

Gaul atau campur dalam bahasa Arab disebut 'khalato' (خلط). Bercampur atau bergaul disebut اختلاط 'ikhtilat', iaitu apabila bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan wanita bermaksud lelaki dan perempuan yang bukan mahram ataupun ajnabi bercampur atau bergaul di satu tempat, bilik, ruang atau dewan. Kebiasaannya mereka bertemu muka, mata dengan mata, berhadapan, berinterasi, bercakap dan bertegur sapa antara satu sama lain. Namun, penulisan ini memfokuskan kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram (ajnabi).

Perincian Hukumnya

Tidak ada dalil syarak yang secara jelas dan terang menunjukkan hukum pergaulan antara berlainan jantina ditegah. Mahupun demikian ada ditegah perkara-perkara melibatkan hal-hal tertentu yang ada disebutkan dalam dalil-dalil berkaitan pergaulan antara berlainan jantina dalam kes lain-lain iaitu :~

1. Wanita Ditegah Musafir Tanpa Mahram dan Tegahan Berkhalwat

Rasulullah s.a.w. bersabda :  

"Wanita ditegah bermusafir kecuali dengan mahram, lelaki jangan masuk (ke rumah) nya kecuali bersamanya mahram"

Beliau menyebut lagi :

"Lelaki tidak boleh berkalwat dengan wanita kecuali
bersamanya ada mahram"

Kedua-dua hadith ini melarang wanita bermusafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa kehadiran mahram. Hukum ini disepakati 'Ulama Fikah. Tidak ada perbezaan antara khalwat semasa dan diluar solat. Selain itu, para 'Ulama Fikah juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan atas alasan darurat ataupun keperluan.Pengecualian ini menunjukkan, hukum asalnya adalah ditegah.

2. Wanita Tidak Wajib Berjihad

Aisyah r.a. berkata :

"Saya meminta izin Rasulullah s.a.w supaya bagi turut serta dalam perang jihad. Beliau berkata : jihad kamu (wanita) adalah haji"

Hadis ini menunjukkan jihad tidak wajib pada kaum wanita kerana dalam jihad wanita terpaksa melakukan perkara bercanggah dengan tuntutan menutup aurat dan tegahan ini supaya tidak bercampur aduk dengan lelaki yang diwajibkan pada mereka.

3. Wanita Tidak Wajib Sembahyang Jemaah.

Bagi sesetengah Fukaha, sembahyang jemaah wajib bagi lelaki sahaja. Mereka sepakat mengatakan, sembahyang jemaah tidak wajib bagi wanita  malah diharuskan sahaja. Itupun dengan syarat-syarat tertentu. Pensyaratan ini menunjukkan hukum asal pergaulan lelaki dan wanita ajnabi adalah ditegah.

4. Wanita Tidak Wajib Sembahyang Jumaat.

Fukaha sepakat wanita tidak wajib menunaikan sembahyang Jumaat. Alasannya, wanita sibuk dengan urusan rumah tangga dan ditegah keluar ke perhimpunan kaum lelaki bagi mengelak fitnah.

5. Hukum Khusus Bagi Wanita Semasa Mengerjakan Haji.

Ummu Salamah melaporkan, Rasulullah berkata kepadanya :

"Tawaflah di belakang orang ramai dalam keadaan kamu menonggang."

Para fukaha berpendapat, wanita digalakkan supaya tidak mendekati kaabah semasa tawaf apabila kaum lelaki ramai melakukan tawaf. Mereka sepatutnya tawaf jauh dari kaabah supaya tidak berlaku campur-aduk dengan lelaki. Sekirannya kaum lelaki tidak ramai di tempat tawaf, mereka boleh tawaf berhampiran kaabah.

Al-Karamani bependapat, Rasulullah mengarahkan Ummu Salamah tawaf jauh daripada kaum lelaki kerana Sunnah kaum wanita semasa tawaf adalah menjauhkan diri daripada kaum lelaki.

Selain itu, wanita diberikan rukhsah yakni kelonggaran melontar jamrah pada hari nahar (يوم النحر) sebelum fajar bagi mengelakkan kesukaran berebut-rebut dengan kaum lelaki.

6. Tegahan Wanita Berjalan Seiringan Dengan Lelaki.

Hamzah bin Usaid al-Ansari mengatakan, bapanya bahawa bapanya mendengar Rasulullah berkata semasa beliau keluar dari masjid dan kaum wanita bercampur gaul dengan lelaki di tengah jalan :

"Ke belakanglah, sesungguhnya kau tidak boleh berada di tengah jalan, kamu mestilah (berjalan) di tepi jalan." 

Lantas kaum wanita merapatkan diri mereka ke tepi-tepi dinding, sehinggakan ada diantara mereka pakaiannya tersangkut di tepi dinding kerana berjalan sangat tepi dengan dinding.

Dalam hadis ini, Rasulullah mengarahkan kaum wanita berjalan di tepi jalan, bukan ditengah-tengahnya supaya mereka tidak bercampur dengan kaum lelaki. Para sahabat wanita mematuhi arahan itu dengan beredar ketepi dinding sehinggakan ada diantara mereka pakaiannya tersangkut di tepi dinding kerana berjalan sangat tepi dengan dinding kerana terlalu rapat dengannya. Ini menunjukkan, mereka berusaha menegelakkan diri daripada berjalan ditengah tengah supaya tidak bercampur gaul dengan lelaki.

Hadith ini juga dapat dirumuskan bahawa, tegahan pergualan antara wanita dan lelaki ajnabi menunjukkan hukum asal pergaulan ini adalah ditegah.

Akan bersambung..

Jumaat, 26 Mac 2010

ETIKA UKHUWWAH KERANA ALLAH, CINTA DAN BENCI KERANA-NYA


APA ITU UKHWWAH??

            Ukhwwah boleh diertikan sebagai silaturahmi (Silaturrahim). Islam adalah agama yang mengajarkan kepada umat manusia pentingnya erti berjamaah dan persatuan di antara mereka semua. Dalam rangka menjaga persaudaraan atau persatuan itu, umat manusia diharuskan untuk selalu menjalinkan atau menguatkan tali persaudaraan di antara sesamanya. Secara harfiah, istilah Ukhwwah ini sebenarnya memiliki makna semulajadi dan sinonim dengan persaudaraan. Dalam pergertian biasa terkandung makna khusus sehingga disebut Ukhwwah Islamiyyah (persaudaraan Islam). Adapun istilah lain seperti Ukhwwah Basyariyah (persaudaraan kemanusian) dan Ukhwwah Wathaniyah (persaudaraan kebangsaan). Kedua jenis Ukhwwah ini jarang disebut dan lebih banyak di sebut Ukhwwah Islamiyyah kerana Ukhwwah ini yang di anjurkan dalam Kitab Al-Quran Al-Karim.

RASULULLAH MENYEMAI UKHWWAH.

            Secara umum dan meluasnya semua tahu perjalanan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Kota Madinah Al-Munawarah dari Kota Makkah Al-Mukarramah. Jadi bagaimana Rasulullah menyemaikan Ukhwwah dalam peristiwa hijrah ini? Sebaik tiba di Kota Makkah Al-Mukarramah, salah satu perkara penting yang Nabi junjungan kita buat ialah al-mu’akhkhah (mempersaudarakan) antara Muhajirin (pendatang) dan Ansar (penolong atau kaum penyambut). Dalam peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa satu Sunnah Rasulullah apabila kita menyatukan dua saudara yang belum kenal atau sudah kenal tapi bertelingkah.

Firman Allah :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"
(Surah Al-Hujurat 49 : 10)


LANDASAN UKHWWAH

            Sukar rasanya ingin wujudkan apa itu dipanggil Ukhwwah Islamiyyah jika tidak kukuh berlandaskan syariat dan berlandaskan agama. Jika kita fikir dan bandingkan Ukhwwah dan ERL atau LRT yang bergerak tidak berlandaskan landasan maka hancur dan musnahlah tujuan dan destinasinya. Dalam Al-Quran Al-Karim Surah Al-Hujurat ada menceritakan tentang landasan sebenar Ukhwwah Islamiyyah yang patut di wujudkan dan dibina.

Firman Allah :

Ayat 9
"Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. kalau dia Telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. "
Ayat 10
"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "

Ayat 11
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim. "



Ayat 12
" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Ayat 13
"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."

MARI HAYATI HADITH INI

Pergaulan Sebenar
Ertinya:
 Daripada Abu Musa al-Asy’ari., Nabi s.a.w. bersabda : " Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat penyala api. Orang yang membawa kasturi, sama ada ia memberikan kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendapat bau yang busuk
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bersahabat Dengan Mukmin
Ertinya:
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda : " Janganlah kamu bersahabat melainkan dengan orang Mukmin; dan janganlah orang tidak bertakwa memakan makanannya (makanan yang tidak halal) melainkan makanan orang yang bertakwa (makanan yang halal).”
(Riwayat al-Hakim)
Pilih Sahabat Terbaik
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda :  " Seseorang insan dalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabat-nya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat. "
(Riwayat al-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sahabat Terbaik
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr r.a.., Nabi s.a.w. bersabda :  " Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya. "
(Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular