Sabtu, 20 Ogos 2016

MUQADIMMAH LEWAT




Assalamualaikum dan bismillah..

Sekali lagi banyak yang tinggal. Tinggal, tertinggal, meninggal, ketinggalan dan tinggalkan.  

1} Tinggal sudah kita akan Ramadhan yang dinanti, bilang dari hari ke hari. Pergi setelah cukupnya hari. Hari dia pergi dan tinggal akan kita, reaksi kita gembira kerana bagi orang berpuasa itu gembiranya ada dua yakni ketika berbuka puasa dan satu lagi ketika menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa. [SEBAK]

2} Tertinggal, pastinya frasa ter maksudnya bukan sengaja, maka jika tertinggal puasa pada ramadhan yg lepas wajiblah ganti. Jika tidak berkemampuan maka haruslah membayar fidyah. [BERPESAN]

3} Meninggal, Innalillahiwa innailaihirajiun, kalimah ini bukan hanya untuk yg telah meninggal dunia tapi amnya untuk musibah yang melanda. [Al-Fatihah]

4} Ketinggalan, banyak dah saya ketinggalan. Cuma kadang kala ketinggalan ini satu titik lebih baik kerana biar tak up to date sangat asalkan hidup tenang dalam rahmat Allah S.W.T [INSYALLAH]

5) TInggalkan, sebenarnya segala yang telah kita tinggalkan atau yang telah tinggalkan kita tidak akan sama lagi suasananya selepas itu [MOGA ALLAH MERAHMATI KITA]



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular