Selasa, 23 Ogos 2016

SABAR ATAS SABAR

Assalamualaikum & Bismillah




Sabar atas sabar. Nasihat dan berpesan kepada kesabaran memang ramai boleh buat namun bila sabar yang perlu ada pada diri masa dan ketika perkara itu terjadi, mengucap panjang macam kita tak beragama, terus lupa nasihat dan pesanan kesabaran yang sering dilontarkan diulang ulang lagi saban hari. Saya sendiri sebenarnya bukan arif bab sabar, termasuklah saya ini juga panas baran bertempat cuma terkawal. Sejak peroleh ketenangan hati ni banyak sekolahkan saya akan sabar dan redha. [INSYAALLAH]


Nak terjemah ke? Dia menangis bukan kerana dia lemah tapi sebab dia telah menjadi kuat terlalu lama. Terlerai, bercucuran juga air mata kesabaran dan ketabahan itu. Siapa yang tidak menangis, semua orang menangis. Lantas menangis itu dapat meluahkan segala penat yang tersimpan dan terbuku setelah sekian lama tabah dan sabar. Rasulullah juga menangis sebenarnya. Ada ceritanya, Pada suatu ketika, Rasullullah seperti diriwayatkan Abdullah bin Amr bin al-Ash, tengah membaca kisah Nabi Ibrahim juga tentang Nabi Isa. Setelah itu Rasulullah mengangkat tanganya dan berdoa. "Ya Allah, umatku, umatku. Setelah itu beliau menangis. Kemudian Allah befirman, wahai Jibril, temuilah Muhammad--Rabbmu Maha Tahu apa yang terjadi, lalu tanyakan kepadanya kenapa ia menangis. Jibril kemudian mendatangi beliau. Kemudian beliau ceritakan, apa yang terjadi-Dia Maha Tahu tentang hal itu. Lalu Allah berfirman, Wahai Jibril, temuilah Muhammad lalu katakan, Kami membuatmu redha mengenai nasib umatmu dan itu tidak akan mengecewakanmu. (HR Muslim).





Mari kita berdoa  : 

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular