Isnin, 15 Ogos 2011

Belajar Untuk Mengawal Marah

 

Amarah.. Dulu waktu kecil saya kenal apa tu marah.. Bila saya dah besar sikit orang sebut amarah.. Besar sikit lagi saya kenal marah dan amarah itu sama sahaja cuma tambah "a" saja.. Ragam bulat puasa.. Amarahlah paling ketara nampak.. Kenapa kita marah? mungkin kalau kebiasaannya ada orang yg sakiti hati kita.. Dan kalau hari hari selain bulan puasa, amarah puncanya mestilah sebab kita buat silap.. 

Eh, nak cerita pasal amarah.. Benar saat kita serabut, saat kita banyak memikir, saat kita ditindih dengan pelbagai ujian yang Allah tetapkan respon pertama kita ialah kita naik geram.. Mungkin kalau ujian yang Allah tetapkan itu sedikit mungkin kita masih boleh ambil nafaz tenang namun apabila kita terjatuh ditimpa durian pula kita dah mula tak duduk diam.. Kita sebagai manusia memang tidak lari dan tidak terkecuali ada perasaaan amarah namun apabila kita fikir balik tiada guna amarah kita.. Kerana amarah itu tiupan puing puing syaitan dan kalau bulan puasa amarah datang dari mana? Tentunya datang dari puing puing nafsu kita..

Nak kongsi cerita pasal amarah punca keburukan.. Semalam Ana berbuka dengan seorang kawan.. Teringin makan makanan segera.. Jadi KFC jadi pilihan.. Kawan Ana chop tempat, manakala Ana beraturlah.. Panjang barisannya.. Potong Queu tidak dibenarkan.. Waktu Ana beratur itu dah pukul 7.00 ptg.. Bila fikir balik buka puasa kat kuantan dan sewaktu dengannya ialah pukul 7.23 ptg.. Bila fikir semula nak 23 minit juga beratur.. Dalam 23 minit itu pelbagai ragam.. Mana taknya giliran Ana masa tu pukul 7.20 ptg.. Tapi sebelum tu ada seorang lelaki belakang Ana ni.. Ngumih betul mulut dia.. (Bukan nak mengata tapi nak cerita contoh marah dibulan puasa). Sebelum giliran Ana ada mak cik dan Anak dia kat depan.. Mak cik tu bawa ramai juga ahli keluarganya berbuka puasa.. Jadi mak cik ambil masa yang agak lama untuk memesan makanan.. Maklumlah setiap orang lain seleranya.. Ana belakang lelaki tu lalu terdengarlah lelaki tu menyumpah kat mak cik tu.. "Pesan makanan macam tak makan 5 hari". "Sudah sudahlah, orang lain nak makan juga" dan bebebarap lagi kata kata Abang tu.. Mungkin bengang beratur lama sebabnya waktu tu lagi 6 - minit nak berbuka.. 

Selepas peristiwa semalan Ana rasa itu salah satu marah kerana memenuhi hawa nafsu penat dan lapar.. Hasil amarahnya menyebabkan mulutnya sudah menyumpah perkara yg tidak elok didengar.. Jadi bagaimana puasanya? Belum lagi matanya? Belum lagi kalau masa berbuka aneka makanan dipesan.. Sudah jadi satu pembaziran.. Itulah Allah kata pahala puasa itu adalah hambaKu dan Aku sahaja.. Tak susah nak puasa walaupun ada yang liat nak puasa tapi bila dah puasa ramai pula yang hanya tahan lapar dan dahaga.. Mari muhasabah diri, muhasabah puasa dan mujahadah nafsu.. Bila puasa nafsu kita akan lemah.. Insya-Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular