Jumaat, 7 Mei 2010

Solat Jumaat dan fenomena menjelangnya

Sekadar Gambar Hiasan

WAJIB HUKUMNYA

Firman Allah S.W.T :

"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui."

"Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."

"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki."

(Surah Al-Jumaah ayat 8 - 11)



Apabila imam telah naik mimbar dan muazzin Telah azan di hari Jumaat, Maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalkan semua pekerjaannya. Surah Al-Jumaah di atas terang dan jelas firman Allah memerintahkan solat Jumaat kepada orang-orang yang beriman. Dan setelah selesai sahaja menunaikan solat Jumaat maka bertebaranlah  dan kembalilah kepada pekerjaan asalmu. Usah risau sewaktu solat jumaat kamu, kamu terpaksa menutup perniagaan kamu dan meninggalkannya kerana Allahlah yang mengatur keluar masuk rezeki kamu dan Dialah sebaik baik pemberi rezeki.

SAKIT MATA MEMADANG, TIMBULLAH SEKELUMIT MALU

Fenomena 1 

Saat Berpusu-pusu

Sekadar Gambar Hiasan
Mesti anda tertanya, kenapa gambar di atas di paparkan? Inilah salah satu fenomena yang sebenar dan selalu berlaku pada masyarat Islam kita. Pada satu masa di mana satu golongan berpusu-pusu menyahut panggilan seruan "Hayya Alaas Solah" kali keduanya azan menandakan solat Jumaat akan didirikan selepas Khutbah selesai dibacakan oleh orang yang naik ke mimbar, satu lagi golongan lain sibuk berpusu-pusu ke pusat membeli belah sampaikan waktu Solat Jumaat juga dianggapnya tidak wujud malah ada yang keluar bersama keluarga. Pernah sekali saya pada waktu dulu terpaksa bekerja pada waktu hari Jumaat yang pada kebiasaanya saya cuti pada waktu itu. Amatlah terkejut saya melihat golongan "mengabaikan" solat Jumaat ini. Saya yang tidak dapat solat pada hati tu menusuk rasa "bersalah" di hati tetapi mereka selambe je membeli belah bersama keluarga.

Fenomena 2

Cerita kedai Kopi, Allah saksi melihatmu
Sekadar Gambar Hiasan
Ini satu lagi fenomena yang perlu dibongkar. Tidak berniat nak burukkan sesiapa tapi yang makan cili tu rasalah pedasnya ea? Selalunya surau atau masjid yang bersebelahannya atau sekitarnya ada warung makan juga ada yang duduk atas moto serta tak kurang juga di dalam kereta. Inilah port port orang yang agar berumur berada semasa khatib sedang rancak berkhutbah. Mungkin juga mereka mendengar khutbah tapi tidakkah agak kurang enak mata memandang lebih lebih lagi non-muslim melihat perangai orang Islam begini. Bukan di dalam surau atau masjid tidak tersedia ruang untuk duduk mendengar khutbah. Ada, cuma mereka ini lebih gemar cara dan gaya begini. Bila khatib dah mula nak tamat berkhutbah baru pusu-pusu masuk ke ruang solat. Entah, bilalah fenomena ini nak dihentikan. Tak ke kita terfikir, ini akan menjadi satu tradisi turun-temurun nanti. Maklumlah.. Budak budak cepat terikut. "Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul dok"?

Fenomena 3
  
Berebut Nak Duduk Belakang

Sekadar Gambar Hiasan

Ini satu lagi orang muslim kita lakukan, apa mereka buat? Mereka suka datang awal ke masjid atau surau untuk solat Jumaat. Baguslah kalau macam tu. Yang tak bagusnya mereka suka duduk barisan belakang sekali atau kalau ada diluar ruang masjid atau surau maka ruang itulah pilihan mereka. Kenapa ea mereka takut sangat nak duduk saf hadapan? Kalaulah Allah janjikan mereka di Saf Saf hadapan itu ada wang emas, mutiara dan belian maka mungkin mereka akan berebut malah ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkannya. Eh, bukan kalau. Memang ada hadith yang menyebut tentang kebaikan Saf hadapan. 


Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata,Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” 

(Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib)

Jadi masih ke kita mahu duduk di Saf belakang? Tanyalah diri...
Fenomena 4

Barisan Hadapan Khas Buat Yang Dah Beruban
 Sekadar Gambar Hiasan

Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” 

(Hadis Riwayat an-Nasa’i) 

Hadith di atas jelas menunjukkan galakkan kita memenuhi saf hadapan. Jika melihat hanya golongan yang sudah beruban sahaja di hadapan maka tak cemburukah kita sekali-sekala nak juga solat di saf yang pertama? Di mana saja kita mahukan yang pertama, yang terbaik dan cemerlang. Tapi kenapa di dalam solat kita tak mahu berada di saf pertama? Kenapa? Tak mahu ke kita akan janji Allah dalam Hadith Rasulullah.

Selamat merenung dan beramal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular