Rabu, 5 Mei 2010

Cinta Satu Lafaz Yang Puncanya Pembuangan Bayi Berleluasa

Gambaran Hiasan

PERSEMBAHAN MEDIA PERSEMBAHKAN CINTA

Di antara bencana yang melanda masyarakat muslim kita ialah merebaknya skrip-skrip filem dan televisyen yang mempersembahkan indahnya kisah cinta antara seorang pemuda dan seorang gadis. Tidak kiralah skrip tempatan, yang hangat kini indonesi dan juga filipina juga tak kurang hebatnya. Semuanya menggambar rasa saling cinta mencintai sebagai satu muqqadimah yang harus dipenuhi dan yang 'menjadi cukup rasa' bagi memenuhi keperluan yang dikatakan harus ada dalam sebuah perkhawinan dan sehinggakan sebuah perkhawinan tidak akan berjaya jika tidak ada perencah cinta dan saling rindui merindui antara satu sama lain. Demikanlah dugaan dan prasangka penulis yang menyangka itu suatu yang menjadi lumrah. Lalu memasukkannya ke dalam siri-siri filem, sehingga terkesanlah dalam hati para gadis yang masih mentah, masih belasan tahun, masih hinggusan dengan pelbagai jenis ilusi dan bayangan yang menyebabkan dirinya terjerumus kepada 'manisnya' cinta dan yang paling dibimbangkan, sikit demi sikit terjerlus ke lembah kekeliruan dan menjadi mangsa yang mudah terjerat oleh perangkap janji-janji manis yang tak semanis madu para pemuda yang menyimpang. 

BILA CINTA BERBUAH NAFSU


Begitulah fenomena pemuda-pemudi kita. Bila perkataan 'couple' dikomersial. Remaja mula resah melihat kawan-kawan yang terjebak dengan couple padahal couple permulaan kancah maksiat. Biasa mengenal cinta para remaja pada umur belasan tahun lagi. Terutamanya di bangku sekolah, remaja belasan tahun lebih tahu love itu cinta berbanding orang yang sudah berumah tangga berpuluh-puluh tahun. Rindu di dalam hati melebihi segalanya apabila terungkap 'mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang' angkara bisikan rindu yang datang terbelenggu tanpa memikirkan apa apa lagi selain love in cinta.

Bagaimana Bila Cinta berbuah Nafsu? Bagaimana tu? Apabila seminit tak tatap wajah 'si dia' mula rasa rindu. Tersembur perkataan 'kalau boleh I nak tengok u lama lamalah'. Itu baru ber "i" dan ber "u", belum lagi ber "Abang" dan ber "sayang". Bila cinta berbuah nafsu beginilah. Lelaki hanya memandang wanita sebagai simbol 'kesedapan' semata-mata. Ibaratkan kata orang "walaupun wanita berpurdah menutup semua auratnya, mata dan bulu kening pun dipujinya". Memang tidak dapat disangkal apabila bersepah komentar dari laman sosial tak kiralah pangkal laman tersebut "M" ke "F" ke "T" ke semuanya komentar yang komen wanita berpurdah kalau tidak lain memuji mata dan bulu kening. "Mata u macam mata kucinglah" atau "Cantik mata u lah".. Macam macamlah lagi. Bagaimana lagi fenomena bila cinta berbuah nafsu? Begini, mulalah yang berjaya melepasi rintangan 'couple fasal pertama' di mana kerap bersms ber "Abang" dan ber "Sayang" ni ke 'couple fasal kedua' yakni menyelitkan kata-kata lucah dalam SMSnya. Macam macam topik lucah dibincangkan. Tidak cukup dengan itu, mahu pula adakan perjumpaan dan 'test drive' walaupun ringan-ringan. Nauzubillah...
  
BAYI DIBUANG TERSELIT SAMPAH

Maka bila cinta sudah berbuah nafsu maka ini hasilnya. Apa hasilnya? Bayi dibuang terselit sampah. "Hei kamu." Siapa? Kamulah.. Tahukah kamu, Abad 21 ni lebih hina daripada zaman Jahiliyyah dan zaman firaun. Kenapa? Abad 21 ni zaman pergabungan dua zaman. Hah? Apa kamu cakap ni? Bukan ke kita hidup aman damai? Ya aman teramatlah damai kita hidup sehinggakan dalam surat khabar baru atau lama pelbagai kes ada. Apa kes yang kamu nak? Bunuh?  Rogol ? Zina ? Mabuk dengan arak? Apa lagi? Artis tak sentiasa tak cukup kain? Lagi dan lagi yang paling famous dan tak lengkang di dada akhbar pembuangan bayi. Sampai aku nak tersyasyul kata "Buat benih pandai bila dah jadi benih Ko campak benih merata, Ko ingat benih tu tumbuh pokok?"

Pelbagai peringkat umur yang membuat benih pastu campak merata-rata. Cerita "Orang lombok melarikan gadis Malaysia belum lagi reda" Cerita kisah pembuangan bayi pula menguasai rating tertinggi. Cukupkah prihatin kita terhadap kes-kes ni? Cukup ke bila kita baca kita berasa simpati dan sedih? Cukupkah? Benak hatiku menjerit. Tidaaakkkk!!!! Kenapa tidak? Yalah, kalau kita sebagai kerajaan kita sedarkan masyarakat tentang teruknya gejala ni dan minta masyarakat sedar akan berleluasanya pembuangan benih ini. Yalah, kalau kita sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang penting menjaga anak-anak kita daripada 'couple' dan seterunya 'mengongkong' mereka serta mengawal segala aktiviti-aktiviti mereka. Ke mana mereka pergi? Dengan siapa? Buat apa? Urusan apa? Berapa lama? Dan laranglah anak apabila hendak keluar malam. Kerana "Ibu bapa prihatin anak selamat"

BAYI ITU SUCI DAN IBU BAPA YANG MEMCORAKKANNYA


Mahukan Bayi yang suci  seperti ini perlulah bermula dengan Ibu bapa yang menjaga syariat sebelum nikah, semasa nikah dan selepas nikah..

Wa'Allahu'Alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular