Khamis, 13 Mei 2010

Kala Sujud Sajadah dan Solat Subuh Bersatu (KSSSB)

Solat Subuh 3 Set Sujud

Pagi hari Jumaat kebiasaannya majoriti kita atau musolla', surau dan masjid dimana imamnya akan memimpin makmum melakukan dan mengamalkan Solat Subuh dengan 3 set Sujud. Usah merasa pelik kerana sudah boleh dikatakan 'rutin' pagi Jumaat mereka melakukan solat subuh di ikuti Sujud sejadah yang semasa sujudnya di baca satu ayat yang dipanggil ayat sajadah. 
Panduan Melaksanakannya 

Solat Subuh bersama 3 set sujud ini sama juga seperti solat subuh yang kebiasaannya kita lakukan. Yang membezanya sujudnya di tambah pada awal rakaat. Cara melaksanakannya adalah seperti berikut :


1) Hendaklah berdiri tegak bagi yang mampu. Seperti biasa berniat solat subuh sama ada niat seorang atau bermakmum/berimam bagi imam. Takbiratul Ikhram dan niat dihati solat subuh itu.)

2) Doa iftitah dibaca (Sunat Hukumnya). Al-Fatihah dan Surah Sejadah dibaca. (Boleh Rujuk Al-Quran Surah Sejadah surah yang ke - 32 selepas surah Luqman).


3) Sama ada sendiri atau berimam, bacaan Surah Sejadah akan berhenti pada ayat ini . .

Ayat 15 (Ayat Sajadah yang menghendaki kita sujud:

Maksudnya :

 "Sesungguhnya orang yang benar benar percaya kepada ayat ayat kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong."

4) Selepas bacaan imam atau kita(jika solat sendiri) melepasi ayat 15 Surah Sejadah maka terus Sujud tanpa melakukan rukuk. Bacaan Ketika Sujud di panggil bacaan Sajadah. Bacaannya ialah :

 

Maksudnya

Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”

5) Selepas Ayat ini dibaca maka bangun lalu laksanalah solat Subuh seperti biasa sebanyak dua rakaat berserta Qunut.

Doa Qunut :

   
Jemaah Solat Subuh Seperti Solat Jumaat


Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan,pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”
Alhamdulillah fenomena yang di katakan Dr. Raghib As Sirjani ini pernah berlaku cuma tidaklah istiqomah. Fenomena ini berlaku kebiasaannya 10 subuh pertama di bulan Ramadhan dan beberapa tempat di Surau kediaman rumah saya sendiri pernah juga saya mengikuti terjadinya fenomena ini.  Namun begitu masih belum boleh dikatakan umat Islam bersatu kerana fenomena ini susah hendak dilihat dan yang menyedihkan masih ada umat Islam yang mengabaikan solat Subuh itu sendiri sehingga wujud istilah 'Subuh gajah'. Sian gajah, kerana manusia gajah yang dapat nama.

Namun tidak kurangnya umat Islam yang juga acuh tak acuh dalam menunaikan solat Jumaat terutamanya muslimin kerana perintah solat Jumaat ini wajib bagi golongan Muslimin.. 

Artikal yang berkaitan :

Dari Blog Ustaz Pahrol 


Dari Blog Ana sendiri

Wa'Allahu'ta'alam..

1 ulasan:

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular