Jumaat, 11 Disember 2015

JAJAHAN TAKLUK

Bismillahir rahmanir rahim..


Saya tak mahu muqqadimah panjang, post kali ini kita terus ke tajuk dihijaukan di atas yakni JAJAHAN TAKLUK. Saya menulis ni hari jumaat [4:17 pm]. Lepas solat Jumaat dan waktu nak hampir masuk Asar. Sudah saya jamak tadi masa solat Jumaat kerana saya musafir semalam dari kuantan ke Kluang, Johor. Jika merujuk hukum fiqh bab solat Jumaat, barangsiapa yang musafir sebelum Jumaat subuh [lelaki] tidak wajib atasnya solat Jumaat, namun pengalaman Jumaat di negeri Johor menjadi kenangan paling indah walaupun sudah 3 tahun lebih beriisterikan anak kelahiran johor dan menjengah ke kampung halamannya hampir setiap 2 bulan sekali.


Maaf, tak mahu sisipkan gambar masjid, mahupun khatib sedang berkhutbah kerana percaya cakap saya. Tidak akan tidur atau mengantuk punya jika solat di masjid masjid daerah johor. Saya memuji penyampaian khatib khatib di daerah ini setakat saya solat jumaat di Yong Peng dan Kluang serta pernah satu masa dahulu di daerah Skudai, penyampaian khutbah yang jelas dan doa di akhirnya dalam bahasa melayu serta jelas menjadikan saya mengaminkan dan bertuahlah menjadi sebahagian daripada negeri JAJAHAN TAKLUK Sultan Johor [SULTAN IBRAHIM] yang kalau kita baca hari ini pelbagai jasa beliau kepada rakyat Johor. Wa'Allahualam..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular