Isnin, 4 Januari 2016

MUKA SURAT SATU


BANGUN SEMUA... SELAMAT PAGI CIKGU..

Amboi, lupa sudah cara beri salam. Di lembaran muka surat satu salam 'ASSALAMUALAIKUM' pun sudah lupa barangkali diberi tapi tak mengapa sebab belum terlambat nak beri salam. Tapi agak tidak berapa nak faham seingat saya dahulu memang amalan, SELAMAT PAGI CIKGU, SELAMAT TENGAH HARI CIKGU. Tiada rasanya ASSALAMUALAIKUM CIKGU, Oh mungkin ada masa Ustaz dan Ustazah masuk mengajar mata pelajaran Agama Islam.

Aih telatah setiap awal tahun melihat anak anak kita darjah 1 ada yang senyum lebar, menangis, tarik pagar, panjat pagar nak balik tak mahu sekolah. Epik perkara ini dari dulu masa saya kecil pun macam tu, naik bus sekolah tak mahu pergi sekolah pusing satu bandar dengan pak cik bus hantar orang. Hahaha. Saya jenis baiklah tak nangis, tapi cakap terus terang kalau tak mahu pergi sekolah terus cakap tak mahu tapi seiingat saya pak cik bus tu kata kali ni je sekali pak cik PAYUNG kamu, esok tak mau turun pak cik hantar balik rumah biar kena piat dengan mak kamu. Masa tu mak blogger garang tau, garang garanglah jadi manusia sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular