Jumaat, 7 September 2012

Couple atau Nikah Lebih Afdal?



 
(Tak payah beri kredit pada UAI sebab UAI pakai Bil)

♥  Wali Band kata 'Cari Jodoh' bukan 'Cari Cinta'. Sebab kalau dah jumpa JODOH, konfirm berCINTA.. 

Rasa ramai tahu Wali Band, Band lelaki Indonesia. Tapi bukan itu Ana nak cerita. Ana nak cerita mana lebih afdhal? Lebih afdal tentulah NIKAH daripada COUPLE. Couple kita jadi budaya dah pada anak muda. Eh, anak tua pun sama.. Sibuk ke hulur ke hilir cari COUPLE. Nauzubillah sambil abai ibadah, abaikan ketaatan pada ibu bapa dan ambil semua yang mazmumah yakni dah mula tipu kedua ibu bapa, dah mula pandai keluar dating, dah pandai ke arah bibit zina ni walaupun semua orang telah tahu dan telah dipesan agar "JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA"..

|| Orang bercinta risau - Bertepuk sebelah tangan ||

Cinta lepas nikah KONFIRM tak bertepuk sebelah tangan. Dah nikah tak perlu dah risau CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN. Main TEPUK AMAI AMAI PUN takpe kalau dah nikah. Kalau dah NIKAH CONFIRM BERCINTA :))

Betul tau, cuba fikir secara logiknya. Betul, kita tak tahu siapa jodoh kita. Itu yang buat kita cari dan cara kita cari salah. Kita sering tertipu dengan frasa ini, ala biasalah dalam pengcarian ni mesti kena susah sikit. Air mata, gangguan emosi dan kecewa itu biasalah kalau nak masuk dunia cinta ni. Nauzubillah boleh kata macam tu. Meh nak tambah sikit, kalau sebab ini lupa Allah, sebab cinta derhaka pada ibu bapa dan paling tak suka dengar kerana cinta ternoda. Siapa nak jawab?

 Nikah dululah baru BERCINTA yg Konfirm..

|| Orang yang bercinta risau - Orang yang dicinta terlepas ||

Pastu buat apa? Pendam perasaan buat perkasam pastu ada masalah hati macam tu? Yalah, kalau macam nilah boleh tak kalau kita kata orang yang takut cinta hatinya terlepas tak percaya Qadha dan Qadar Allah. Yalah, lagi logiknya, jodoh itu sudah tertulis di Luh Mahfuz lagi. Di mana sahaja, apa sahaja, bagaimana sahaja dan apa apa sahaja walaupun terpisah kalau dah jodoh pasti akan bertemu juga. Tak perlu cari ke macam tu? Perlu cari tapi jangan cari cara yang salah dan jangan COUPLE. Kalau dah rasa mampu baru cari, sampaikan hasyrat hati pada dia,biar dia tahu dan jika dia pun memanti, ajak dia istikhoroh dan jika positif masuk meminang. Kita nak anak orangkan? Cara beradap dan sopanlah. Bawa anak orang keluar rahsia rahsia dan pegang memegang dan buat tak patut tu maknanya kita dah tak hormat ibu bapanya..

Barakallah pada yang berjaya mendirikan rumah tangga. Banyak betul jemputan para sahabat, pensyarah dan ustaz/ustazah. Tapi itulah, mcm UAI kata jika asbab pernikahan itu COUPLE maka lepas nikah maka bertaubatlah kedua-dua suami isteri. Jika asbab nikah itu JODOH dan Cinta itu dipupuk selepas nikah (Kan saya kata dah nikah(jodoh) konfirm nikah) maka InsyaAllah ibu bapa dan Allah redha caramu sebelum, semasa dan selepas.. :)) <3 span="span">

RASULULLAH pesan rahsiakan pertunangan dan sebarkan pernikahan. Tapi amat amat bahaya cara ORANG kita sebarkan khabar pernikahan sampai kena FITNAH. Yang bakal mendirikan RUMAH TANGGA waspadalah.. :))

Kepada para gadis/wanita ketahuilah :

  "...Ciri-ciri wanita baek itu apabila cepat perkahwinannya, rendah maharnya dan jika dia sudah menikah cepat mendapatkan zuriat...alhamdulillah ketiga-tiga ini suami ana kata sudah ada pada ana...Allah telah memberi amanah kpd ana untuk menjaga dan mendidik zuriat ini..."

Pesan saya pada bakal bakal Suami / dah jadi suami :

"...Mulut kata SAYANG. Lumrah yg fitrahnya kalau DAH SAYANG kita jaga elok elok, kita penuhi keinginannya dan kita lindungi si dia(isteri) dari apa pun bahaya. Ni tidak, si suami tak pandai nak beza SAYANG atau TIDAK SAYANG apabila Isteri jadi mangsa lepas geram, curang dan ditinggalkan.. :(( Jadi si suami buktikan 'sayang' pada isteri. Bukan dengan harta benda tapi dengan sifat KEBAIKANMU.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular