Sabtu, 20 Februari 2010

Hey Kawan.. Elakkan Berlagak Bijak.. Kau Tahu Segala-galanya ke?

 

Kita harus mengakui jasa dan kelebihan orang lain , apatah jika orang itu lebih tua dan berilmu dari kita, bijak menangani kekurangan dan kesalahan orang lain. Kita harus lihat kekurangan diri sendiri serta tidak mengungkit kebolehan, jasa dan kebaikan diri.


Setinggi mana pun darjat dan kedudukan, kita sebagai seorang manusia biasa pasti pernah melakukan dosa dan kesalahan, sama ada kecil atau besar. Ada kalanya kesalahan itu disengaja atau tidak disedari. Tapi agak malang jika tidak mahu mengaku kesalahan dan kelamahan diri sendiri.
 
Justeru, adalah tidak wajar kita menghina, berpesersi negatif dan merendahkan  orang lain kerana kesalahan dan dosa yang pernah  dilakukannya. Ketahuilah, ketika kita menghina dan merendahkan  orang lain itu sebenarnya ketika itu juga kita merendahkan darjat dan menghina diri sendiri, kecuali  terhadap orang yang memang dihina Allah S.W.T. 
 
Kita tidak harus merasa EGO dan BERLAGAK SOMBONG, seolah-olah kita bijak dalam segala-galanya sehingga meremehkan pendapat dan kebolehan orang lain yang mungkin lebih baik dan lebih tinggi darjatnya, lebih bernas pendapatnya dan kebolehan orang lain yang mungkin lebih tinggi dan lebih baik darjatnya daripada diri kita.
 
Kalau kita tidak pakar dalam satu bidang, mengakulah kekurangan kita dan jangan sekali-kali tunjuk pandai yang akhirnya menjadi seperti tikus membaiki labu. Jika hal ini dilakukan juga, tunggulah detik kehancuran.
 
Hakikatnya, selain menerusi amal ibadah, Allah S.W.T boleh mengangkat darjat seseorang kerana dosanya. Bagaimana mungkin? Ketika seseorang itu dibebani dosa dan menyesali dosa yang dilakukannya, kemudian terus-menerus meminta ampun kepada Allah S.W.T, ia pun gigih menjauhi dosa dan bertaubat serta berusaha menebus dosa itu dengan kebaikan, maka yakinlah ketika Allah S.W.T mengangkat darjatnya.
 
Allah S.W.T. berfirman : 
. 
" Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama Dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." 
 
(Surah At-Tahriim ayat 8
 
 
Justeru itu, usahlah kita menghina dan merendahkan orang lain kerana kekurangannya apa lagi di hadapan atau diketahui oleh orang lain. Kita dianggap baik oleh orang, hakikatnya kerana Allah S.W.T masih menutupi keaiban kita. Jangan sampai anugerah Allah S.W.T kita kianati.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, bermaksudnya: " Ketika kita gemar membuka aib orang membuka aib orang lain, maka Allah S.W.T pun akan membukakan aib dan kekurangan kita kepada orang lain"
 
Bagaimana cara agar kita boleh bersikap mulia. Caranya amatlah mudah. Lihatlah diri sendiri terlebih dahuku sebelum melihat orang lain sehingga tidak terjebak kedalam sikap merendahkan orang lain, berburuk sangka dan menganggap diri kita begitu mulia.
 
P/S :  Bagiku, ada kemungkinan apa yang aku tahu kamu tidak tahu. dan ada kemungkinan apa yang aku tidak tahu kamu tahu. Dan ada kemungkinan juga kita sama-sama tahu atau sama sama tidak mengetahui. Yang Maha Mengetahui adalah Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular