Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Lebaran.. Salama Eidul Fitri



Assalamualaikum. Di sini, sempena Eidul Fitri yg bakal menjelma esok. Ana, isteri dan mujahid kecil memohon seribu kemaafan diatas kesilapan, kekhilafan dan kesalahan serta dosa kepada semua terutama yg mengenali secara langsung atau yak langsung. Semoga Hari Raya Eidul Fitri kita dapat mengembalikan kita kepada fitrah yakni fitrah semula jadi seorang hamba ialah taat kepada PengciptaNya. Ameen.

Mai mai beli pantun..

Makan ketupat dgn lemang,

Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti..

Dua tiga kuih koci,
Mana nak sama kuih suji,
Hari raya eidulfitri bakal menjelma lagi,
Bila mau buat open house kasi makan free?


Mari mengail si ikan gelama,
Ikan dijual di dalam kota,
Ramadhan berlalu syawal menjelma,
Jangan dilupa yg jauh dimata..


Ketuput rendang kueh samprik,
Enak dimakan bersama keluarga,
Wahai teman wahai saudaraku yg baik,
Mari bermaafan dihari raya..


Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1434 Hijrah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular